Wednesday, July 29, 2009

lappy lappy...

wa... kebosanan tahap melampaui akal pikiran ar. kalau korang berada d tempat aku apakah yang akan korang lakukan? need some idea... laptop rosak.. takleh nengok cerita2 yang menarik hati dalam lappy tu.. uhuk3.. terpaksalah aku menumpang kaseh sayang chenta aku dengan kamal dan seri. huhu.. bak kata kamal time2 sesak camnilah baru ko ingat kawan. hikhik.. sory ar mal.. pe guna ko sebagai kawan time susah? hehe...

adoiai.. ngeloh lagi. dah masuk kali keberapa lah aku mengeloh ni. ni pun kat bilik kamal ni. tanpa mengendahkan kamal, seri dan ade yang sedang ber"gosssiiip!!" dan mengeluarkan isi hati masing2 aku tetap teguh dengan kebosanan aku. rasa camnak keluar tapi nak berjalan pun aku malas ni. bleh tak kalau aku nak keluar tapi takmo berjalan? merangkakkah? mengengsotkah? kita nantikan bersama-sama samada aku ni akan keluar atau tidak.. yaaa!!

perdebatan antara seri, kamal dan ade dah semakin membahang. dah naik bingit telinga aku ni. huhu.. adoiai... aku mengantuk gile... kawan2 hentikan segala gossip korang sekarang!! hikhik..
ada terasa nak makan old town ni. apa kata jap lagi g old town kat taman melati. best gak eik. teringin nak makan dia punya roti bajar dia.. nyam2.. sedap tu.. kawan2.. jom kita ke old town. bayar sendiri2.. marilah kawan2... kelip.. kelip...

ayat untuk arini.."will flowers bloom without leaves?" ni ayat aku ni.. aku baru invent tak lama aritu. aku cipta pada 2 hari lepas.. hmm.. will flowers bloom without leaves? korang rasakan.. boleh ke korang rasa gembira tanpa sedih? bagi akulah kan.. kalau kita tak rasa sedih, camne kita nak tahu kita gembira? gembira ke sedih ke semuanya hidup. kalau arini kita sedih.. doa lah moga2 esok2 kita akan rasa gembira 2 kali ganda dari kesedihan kita. akhir kata... renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, July 21, 2009

kenduri kawin moli

kepada kawan2 semua.. atas permintaan korang aku up gambar kawin moli yang aku amek. maaf ye kawan2 sebab lagi banyak gambar aku dari tuan punya majlis. bukan ape.. dah kamera aku.. sukati akulah nak amek gambar sapa yang aku suka.. kuikuikui.. pe2 hal pun.. layan...

exclusive dari kedai mekap kami bawak pulang

tekun dengar pak kadi tu cakap. ntah dengar ntah tak je tu

muka excited nak nikah. ko memang tak nyabar tau

diam selepas dijeling mak cik seblah umah

anak sape ntah. aku dah tak ingat nama dia tapi pangkat anak sedara moli budak ni

nanti ada masa aku up lagi. aku malas gile sekarang ni. kepada puan molisa. kalau agak2 nak gambar tu datang amek kat aku. 




Wednesday, July 15, 2009

back to school...

ya.. selamat kembali ke sekolah aku ucapkan kepada semua students yang telah berjaya menghadirkan diri kembali ke universiti masing2 termasuklah aku. agak dah lama aku tak update blog ye. bukan apa.. bukan saya kerek atau sombong. bukan ye.. aku bz sikitlah masuk2 ni. biasalah.. dengan sibuk nak balik umah je kejaannye.. haahaahaaa.. (gelak jahat)

susah sikit nak update sebab laptop aku tak diregister lagi untuk wireless. nanti aku dah register tiap2 hari aku update. amek ko! jangan sampai tak larat sudah ye kawan2 yang membaca. ujung minggu lepas atau lebih specific lagi pada hari sabtu 11 hb julai aku telah pergi ke kenduri kawin member yang agak rapat, mampat, padat aku iaitu... hafidamolisa ngah. gambar aku tak dapat nak update lagi sebab aku tak bawak.. muakaka.. nanti aku update k. dengan ini saya ucapkan selamat pengantin baru kepada cik moli. eh puan moli dan suami cik khairul.. cam geli jek panggil cik khairul. aku lupalah nama penuh beliau. hukhuk

oleh kerana perut aku dah lapar.. aku sudahi blog aku kali ni dengan ucapan. mari kita sama belajar sepenuh hati. muahahaha.. (gelak lagi)

Tuesday, July 7, 2009

hari-hari terakhir...

hari ni hari terakhir aku praktikal. yay! dari dulu aku menanti2 waktu2 ini. ada gak member2 yang dah abis praktikal awal. aku punya keskemaran telah menyebabkan aku menunggu sampai ke titisan saat terakhir untuk praktikal. huhu.. semalam berjaya gak aku mengambil gambar di kapal yang aku tengok dari ujung mata je selama aku praktikal kat sini. niat hati pagi ni nak g amek gambar lagi sebab semalam tak dapat nak amek banyak sangat. aku dah bercadang nak amek gambar ala2 titanic atas damai tu tapi tadi pagi angin sangat kuat sampai ala2 ribut nak melanda. air bag yang diletakkan bawah damai pun bleh bergerak. korang tau tak air bag tu menatang pe? mesti tak tau. 

air bag adalah sejenis alat berwarna hitam cam pelampung. panjang dia ala2 banana boat aku cakap ko. kegunaan dia untuk menampung kapal2 ketika along-side. kapal damai ni memang berada kat tepi sungai ni sebab dia dah takda permit nak belayar. ada sape2 nak beli bleh apply k. haha..

dengan cik rahmat. nanti bleh belanja lagi ye..

aleem yang skema. susah nak amek gambar ngan dia ni

team technical management

technical team tengah bersenam

perhimpunan di pagi hari

Wednesday, July 1, 2009

party buih!!

tanggal 1 julai yakni semalam telah berlangsung satu parti yang agak meriah ye kawan2. sori kepasa sesiapa yang tak menerima undangan. hahaha.. farewell parti untuk supervisor aku encik hamzah atau lebih dikenali sebagai jack sparrow. dia telah tamat tempoh kerja selama setahun. majlis sambutan hari lahir juga berlangsung atas desakan seseorang (sapa makan cili dia rasa pedasnya) huhu...
majlis dijalankan di johnny jaya jusco melaka. seramai 13 orang dewasa berserta 2 kanak2 telah hadir semalam. majlis berlangsung agak lewat sebab masing2 datang lambat. aku, kak tini dan kak pojiah je yang semangat menepati masa yang ditetapkan yang lain hampeh.. lambat je datang tapi majlis telah berlangsung dengan jayanya. aku sertakan gambar2 yang sempat diambil semasa kejadian.

lapar.. terpaksa makan eskrem dulu

muka bajet comel pihak penganjur

kek yang tak bape nak best

muka seorang yang telah berenti happy dapat hadiah

potong kek dulu