Monday, August 24, 2009

poser2..

assalamualaikum kawan2.. dah agak lama aku tak meng"update" eik.. cik shaffiq amek alih semula. bukan apa..aku takda topik perbincangan yang hangat yang nak diketengahkan. harini masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa termasuk aku. belom ponteng lagi takat ni.. pasni tak tau lagi lah pe naseb. haha.. hari berlalu cam biasa. harini aku berbuka steamboat. wat kat dalam bilik je.illegally tau.. korang jangan g ngadu kat principal kolej aku plak. eh! bukan aku tapi seri dan kamal.

tak tau tiba2 je rasa nak makan steamboat. nak g makan kat johnny's cam tak berapa nak mampu je.. kalau takat nak rasa2 je bleh ar.. tapi ni dengan tahap kelaparan berpuasa aku amek keputusan untuk memaksa kamal and sri untukbersetuju masak steamboat kat bilik je. hasilnya sangat memuaskan. nasi dah masak, ayam, udang, sotong dan bebola2 yang lain telah siap terhidang. tunggu masa untuk dileburkan je dalam periuk berisi air tomyam.. terkeliur tak bunyinye.. muahaha.. aku nak g beli air bandung dengan aiskrim soda.. adoiai.. sangat sedap kot. hukhuk..

esok cik shaffiq gaji.. huhu... "Abang...esok kita buka sama k~~"(ayat bodek sambil wat muka comel)..heee...sampai sini dulu.. daaa...

Sunday, August 23, 2009

Kejadian Menyambut Ramadhan

Dalam keghairahan aku nak balik menyambut ramadhan di kampung, aku telah ditimpa kecelakaan namun aku sangat bersyukur r xde pe² berlaku pada aku. Tayar depan kereta meletup time on the way balik kampung jumaat lepas. aku gerak dari KL lepas solat jumaat dalam kul2.15pm. sebelum gerak dari opis, opismate aku dah saun, dia kata 'eh, met, tayar ko bocor tepi ke ari tuh?' aku pun duk kata, 'a'ah, bocor tepi'. then abis kat situ je. dia pun x sempat nak pesan seterusnya kat aku bahawa jika tayar pernah bocor di tepi, sangat bahaya untuk dipandu untuk jarak yang jauh.
masa on the way tuh, aku dah terasa dah stering macam berat ke sebelah. aku fikirkan alligment tayar lari sikit. then beberapa saat kemudia aku terfikir cakap opismate aku. then aku fikir, aku akan cek bile sampai di tol sebab jarak tol dah x jauh lagi. dalam 10km. beberapa minit je lepas tuh sejurus selepas hentian bemban, sekali pom daa. tayar meletup sewaktu aku di lane paling kanan lak tuh. aku dah kaget tengok stering sukar di kawal. aduh! mujur kereta dari belakang jauh lagi.

aku try kawal then dapat berhenti kat tepi. kaki ketaq abis. huhu.. pengalaman sulung r katakan. aku kua dari kereta then tengok tayar memang dah hancus dah. rim xtau bengkok ke x. aku terus call semula opismate aku, dia pun kata lupa nak pesan jangan bawa laju kalau tayar dah pernah bocor tepi. adeh! then aku terus amek alat² nak tukar tayar kat but kereta. nasibbaik pengalaman tukar tayar kereta dah ada. xde r jakun sangat tengok alat² tuh.

tengah nak buka² tayar tuh, sampai la plus ronda. dia reverse dari mana ntah. ak utengok tadik depan aku xde sape pun. juah gak dia reverse. bagus gak hidung diorang dapat menghidu kejadian yang aku alami. then, diorangtawarkan diri untuk tolong. aku pun setuju jelah. tengah panas lagi pun dengan kereta laju nak mati di situ. then salah sorang anggota plus ronda tuh kawal lalu lintas then lagi sorang tolong aku tukar tayar.

lepas siap semuanya, aku pun jalan semula pelan². sebab guna tayar spare yang kecik tuh. paling laju leh gi dalam 80kmh jerk. ngan kaki ketaq lagi, kena bawa pelan² r since perjalanan pun dah x jauh. kesimpulan yang aku dapat buat, kalau tayar dah pernah bocor tepi, korang tukar baru jelah. bahaya sebab di bahagian tepi tuh dawai yang mnampung kekuatan tayar dah kurang. so senang nak meletup. hukhuk..

tidak dilupakan juga, masa aku nak sumbat tayar yang dah pecah tuh dalam but kereta, tiba² nampak ada darah menitik. eh, darah sape lak aku duk pk. sekali tengok jari aku dapat cenderahati rupanya. erk ..


tayar yang pecah

tayar selepas diganti

cenderahati pada jari.

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ~

~ Salam semua! bersawang blog nih ditinggalkan x berupdate. tukang update missing in action. cik sheeda aku dah kasi pakai berukben pun dia x hapdet gak. x sempat katanya. aku pun x sempat nak hapdet. kena luang²kan masa sikit untuk masuk sini. dalam pada kita bergembira, ingatlah yang tiada. aku baru menerima berita pemergian ayahanda incik pijie pada hari semalam 18 ogos 2009. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang dimuliakan. buat incik pijie, semoga tabah menerima semua ketentuan. dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. AlFatihah untuk Allahyarham.

aku dengan cik sheeda pun dah lama x menuntun wayang untuk dikongsikan sinopsisnya bersama korang. almaklum bahana H1N1, kami mengambil langkah yang lebih selamat dengan tidak keluar ke tempat² yang terlalu ramai manusia. ye ke .. padahal ada gak kekadang .. kebelakangan nih pun aku sedang menghushar kamera DSLR untuk dibeli. taktau nak pilih yang mana. hehe.. antara d5000 .. d90 .. 450d .. atau pun 500d .. kalau korang rasa nak meracun, dipersilakan. wakaka ..

dah lama jugak x letak sebarang gambar kat blog nih. mulanya nak letak gambar rambut aku yang dipotong pada kadar tapak 1 setengah. dah lama aku x potong rambut sependek ini. last rasanya masa sekolah kot. aku potong sependek nih pun sebab nak baiki pertumbuhan rambut ak yang banyak gugur dan beruban. pe kes lak nih.. kalau mak aku tengok rambut aku sekang nih kompom beliau akan memuji.. hihi.. kalau cik sheeda ada simpan gambar rambut saya yang terbaru, sila haplod hoccay!

dalam ramadhan yang bakal menjelang nih jugak, awal ramadhan yang bakal jatuh pada sabtu 22 ogos nih, kami menyusun sepuluh jari kaki dah sepuluh jari tangan pada korang semua agar dapat dimaafin segala salah dan silap kami sepanjang mengenali kalian yerk! korang puasa penuh² dan bagus² hoccay. selamat berpuasa buat semua. buat cik sheeda, macam biasalah tawarannya, kalau puasa tak penuh, tak merasa duit raya hoccay! hehehe..


kemeriahan raya kat giant kota damansara dah melorat².. diorang pun dah pasang lagu raya dan dah melambak jual buku resipi raya dan sengkatan dengannya.. so, korang² yang very the semangat nak raya tuh boleh lah berkunjung ke sana..ke sana..ke sanaaaa.. i'm in a very good mud rite now. sesapa nak membodek aku sekang , boleh lah cuba cucuk line (untuk cik sheeda jerk). gerak dulu! bai!

Sunday, August 9, 2009

Kelambatan Keupdatean!

hm, setelah lama aku x masuk sini, aku masuk r atas permintaan tuan tanah kedaung tersebut. aku memang sibuk sikit lately dengan kerja² pejabat + aku x berapa sihat. setelah lama x demam, kena lak demam. hm..dah nak kena kan..lagi musim² H1N1 nih, ahmatlah takut aku.
pagi khamis tuh aku dah puasa tapi masuk je opis, dah tutup ekon semua dan memakai sweater, aku rasa sejuk ya amat. tanda yang pertama! kemudian rasa tekak yang sangat x selesa. itu kedua! pastu lak kepala dah rasa meong pulak! lengkap dah petanda demam pada aku. waktu lunch tuh aku pun gi klinik panel kat opis aku tuh. aku minta doktor tu cek sekali tekanan darah aku. mana tau lately nih kerja banyak, pressure lebih sikit, takut tekanan darah naik gak kan. alhamdulillah, tekanan darah normal. naik max 110, turun min 80. suhu badan aku time tuh dalam 39 darjah celcius. dalam fahrenheit korang konbet sendiri hoccay.
dalam kekalutan gi cek tuh, doktor dah bekalkan aku dengan 5 jenis ubat untuk demam tuh beserta MC sehari jerk.(kedek la doktor nih, panel la katakan) ubat²nya ialah:
1. demam (makan 2 biji selepas makan, 3 kali sehari)
2. selesema (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
3. buang kahak (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
4. antibiotik (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
5. batuk (makan 2 biji selepas makan, 3 kali sehari)

ini menjadikan semuanya 7 biji sekali makan.wiki..wiki..banyak gile. leceh tul ah. layan jelah sebab takut demam berlarutan. ubat selesema lak macam biasalah kan, kalau x ngantuk lepas makan dia, x feel ah.hehe..so don't ever take it and cycling near the lake hoccay. dengan berbekalkan MC yang ada, kemas barang sikit then balik rumah lah untuk berehat. macam nak tengok wayang tapi niat terbatal lah sebab lepas makan ubat(kena buka pose) rasa ngantuk yang ahmat tabachan dasat lah. kensel jelah nak tengok wayang, kepala pun ada high sikit. aku sambung MC aku sampai jumaat pasal malam jumaat tuh lepas makan ubat, macam obedos lak. pagi terlajak bangun. kul12 hoccay aku bangun.pergh, ubat nih dasat tul lah. tabik toinggggGG lah kat ko.
so,arini lepas dua hari, demam dah beransur pulih. esok dah boleh masuk seperti biasa. harap semuanya bejalan lancar. sampai sini sulu, renung²kan dan selamat beramal!

Wednesday, August 5, 2009

yaaa!!!

tuan tanah kedaung dah menggila!! huhu.. sementara menunggu waktu lab yang bakal tiba. cik sheeda mengambil kesempatan ini untuk meng'update' blog ini buat kesekian kalinya. asek cik sheeda je yang update. cik shaffiq bz hoccay.. jangan tanya cik sheeeda pe yang di bzkan oleh beliau sebab cik sheeda pun tak tau. tapi yang penting beliau bz.

cik sheeda pun cik sheedalah janji blog ni ber'update'. cik shaffiq demam.. wuwuwuwu.. pagi tadi selepas memesej selamat pagi muah2 kat cik sheeda, cik shaffiq ngadu beliau sejuk kat opis. tekak dah mulai perit. memang dari semalam beliau dah cakap beliau cam sakit tekak tapi tidak diendahkan oleh pihak penaja @ cik sheeda @ aku lah tu.. hari ni makin sakit tekak so atas desakan cik sheeda. dan hasilnya... cik shaffiq dianugerahkan dengan setimbunan ubat beserta MC. MC hokkay... yay! boleh g tengok wayang! bukan cik sheeda yang ajak.. cik shaffiq yang ajak.. cik sheeda baek je tau..(puji diri sendiri)

cik seri sudah berangkat pulang ke pangkal jalan @ JB. dengar kabar @ rumors minggu depan giliran UIA @ IIUM pulak bakal menutupkan pintu pagar. semua tengah menunggu berita diumumkan je. sekarang ni diorang tunggu PM datang wat talk kat UIA esok. selepas tu baru diorang umumkan. kata cik seri. so tanpa berlengah lagi cik seri pun mencabutkan diri beliau. meninggalkan cik kamal kesorangan di bilik. cik sheeda pun nak balik petang ini juga. tanpa menunggu dengan lebih lama. kalau tak cuti pun cik sheeda tak kisah. kalau cuti lagi best! mari sama2 kita nantikan keputusan pihak atasan UIA samada mahu menutup UIA atau tidak. tapi cik sheeda dengar kabar dah banyak kes H1N1 kat UIA ni just diorang tak nak war2kan. cik sheeda pun dah suspen je.. hopefully nothing bad happen.

okeylah kawan2.. sampai sini dulu update dari cik sheeda. lepas lab ni cik sheeda nak g melawat cik shaffiq. ada sapa2 nak sampaikan sebarang pesanan? siap nak melawat. kepada sesiapa yang terserempak ngan kitorang kat "lengkong" nanti sila wat2 cam tak kenal ye.. "lengkong"?! ni semua adik aku punya keje. dia bleh panggil the curve tu lengkong. hahaha

Tuesday, August 4, 2009

lalala~~

kali ini aku berlagu riang. walopun dengan ketiadaan laptop yang banyak berjasa tu aaku masih mampu tersenyum. wah! hikhik.. aku dah lama tak update blog ni. mesti korang ternanti2 perkembangan terbaru yang berlaku. sabar ye kawan2.. ai bz aketlah.. huhu..
projek terbaru aku? balik ujung minggu aritu aku wat cupcakes lagi. lagi dan lagi.. semua makhluk kat umah aku terpaksa pasrah dengan kegilaan akak sulong diorang ni. huhu.. korang layankan jelah...
coklat base n roses.. awan n sahlan yang makan semua ni

ni pulak hasil kerja adik aku sakinah yang maleh nak wat ising.dia tau nak guna je..


dan yang ada luv2 ni untuk cik shaffiq.. komen dia? "manis je macam" hukhuk...

tidak cukup dengan itu.. aku nak upload gambar anak2 buah aku yang comel. kembar. aku memang adore akak sepupu aku dengan ketabahan beliau melahirkan dan menjaga si kembar yang agak lasak ni.. layan...



ashraf.. korang panggillah camne pun dia wat tak tau je.. tapi kalau pakai tudung laju je dia ngekor. tau sangat bila orang pakai tudung nak g jalan..



afiq yang sentiasa ceria dan banyak cakap. dia ni anak ibu. manjang cari ibu dia

ni pulak layan video afiq main mata.. kawaiiiieee...