Tuesday, January 5, 2010

yay!!

dah lama aku tak update blog ni eik. dah bersawang-sawang dah wall aku ni. kepada peminat2 ai.. sori ye sebab lama dah tak menulis @ menaip. bukan pe. agak bz d tambah pulak dengan tahap kemalasan yang melampau inilah hasilnya. tapi hari ni disebabkan aku dah takda menda nak wat aku pun updatelah blog ni. cik shaffiq yang suh update. dia cakap aku takda keje aku update blog. agak hampeh ayat beliau. sape kata saya takda keje.. banyak tau tapi saya je yang malas nak wat. wat2 lah cam takda keje. muakaka..

ni aku nak cerita pasal kitorang punya anniversary. tanggal 27hb Disember 2009 genaplah 5 tahun kapel. lama tu.. bak kata cik shaffiq berkat kesabaran.. mesti korang tertanya2 bilalah bebudak dua ketul ni nak kawin... tunggu.. ada rezki dan jodoh maka akan datanglah kad undangan kat umah korang nanti. akan aku post dalam blog ni berita baik tersebut. ok chop! dah melalut. tahun ni kitorang sambut cam biada. tak penah lagi wat menda luar biasa ni. tapi celebrate awal 2 hari sebab tak sabar. bleh ke camtu? aku pedulik hape.. haha..

cik shaffiq bawak aku g makan kat bukit ampang. makan ala2 omputih ni. makanan dia takdalah special sangat tapi view dia memang cantik. kalau korang jenis yang suka romantik2 tengok lampu2 ni bleh g sana aku cadangkan sebab kat sana korang bleh nampak view almost satu KL. si aizat yang memberi cadangan kat cik shaffiq pasal tempat tersebut. tapi agak keciwa ye sebab aku ni bukan jenis yang nak romantik2 tengok pemandangan ni. bak kata cik shaffiq wat penat je dia bawak nek atas tu. orang nak nengok2 pemandangan. lepak2 tapi aku pas makan je nak balik terus. aih.. camlah dia tak kenal aku.

tapi cadangan aku, kalau korang nak datang malam kat situ kena datang awal kalau ujung minggu sebab sangat sesak n ramai orang. pastu kepada yang pompuan tu takyahlah pakai heels segala sebab aku dah merasa keazaban nek bukit tu dengan berheel. menderita kaki mak nyah.. tonggek pungkok nek bukit tu sebab time kitorang sampai parking atas dah penuh so kena parking kat bawah n naek atas sendirian berhad. tangga nak naik tu agak gelap n disebabka aku ni ada history selalu jatuh tangga so kitorang turun kena pakai lampu suluh. credit to hp murahan cokia cik shaffiq sebab menerangi perjalanan turun kami. sampai sini dululah. gambar2 nanti aku update sebab aku punya mmc reader tak dapat dikesan mana dia nyorok. so.. sampai jumpa lagi.. till then..

renung2kan dan selamat beramal