Thursday, October 21, 2010

cikgu tusyen..

sebenarnya dah agak lama aku memulakan kerjaya segabai guru tusyen ni..dah lebih kurang 3 bulan kalau tak silap aku.. mengajar student darjah tiga dan darjah lima subjek bahasa melayu.. BAHASA MELAYU hokkay.. akak ni memang power bab2 mengajar bahasa melayu ni ha.. so sebab terlalu power terpaksa membuka semula kitab2 lama yang dah berpasir di rumah tu..

mengajar budak-budak ni tak susah sebenarnya sebab diorang ni memang suka belajar. pelik aku budak-budak ni suka tusyen.. nampak sangat aku ni seorang cikgu yang berjaya..muakaka.. masa first dia nak UJIAN BULANAN.. hati rasa berdebar-debar.. mana taknya.. harapan mak dia memang terletak betul-betul di atas batu jemala patik ni ha.. dapat je result bahasa melayu dia meningkat. Alhamdulillah.. mak-mak dan anak-anak gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang diorang dapat..

yang darjah tiga tu memang minat menulis karangan so bab-bab menulis karangan ni dia dah agak power just nak menambahkan lagi KOSA KATA dan pemantapkan lagi penulisan dia.. yang darjah lima pula lemah dalam penulisan. tak minat penulisan katanya.. tatabahasa diorang agak lemah sikit sebab banyak perkataan yang mereka tak faham dan kadang kala tak pernah dengar..simpulan bahasa dan peribahasa lagilah.. so sebagai guru yang berWIBAWA, aku mengajar mereka simpulan bahasa dan peribahasa..

ni dah nak periksa penggal.. seminggu aku mengajar 3 kali.. masyuk sikitlah tapi pasni dah takda tusyen sebab dah cuti sekolah.. huhu.. so kepada sesiapa yang nak menyekolahkan anak mereka sila-silalah hubungi aku ok..

p/s:
ya..saya mengaku bahasa melayu saja semakin meningkat sejak mengajar bahasa ini..
akhir kata martabatkan bahasa kita..

Friday, October 8, 2010

teater tun mahathir..

sori ye kengkawan sebab sudah agak lama tidak mengupdatekan diri. bukan apa.. agak busy sekarang ni.. terlalu banyak perancangan yang dibuat di awal dan akhir minit. cam biasalah.. round2 mencari masalah dan cerita terhangat malaya..

ni nak cerita pasal hari rabu yang lepas tanggal 6 haribulan 10 tahun 2010 aku dan incik kekasih telah menghadirkan diri ke Istana Budaya untuk menonton teater Tun Mahathir Mohamad. sekarang ni agak addicted menonton teater sejak tertonton teater muzikal cuci dua bulan yang lepas. kalau mengikut perancangan awal, tontonan kami disertai oleh Mr. Aizat Akmal tetapi beliau terpaksa menarik diri di saat akhir sebab tak dilepaskan pergi oleh bos kesayangan, maka terpaksalah aku dan incik kekasih bermesra-mesra bersua sahaja bak kata penyanyi indon tu berdua lebih baik..

perjalanan dimulakan dengan lafaz bismillah tepat jam 6.30 petang. stuck di Kota Damansara je sampai jam 7.15 petang. kami tiba di IB pada jam 8 malam.setelah menunaikan apa yang perlu kitorang makan di cafe IB tu. incik kekasih makan bihun goreng yang menjadi igauan beliau sejak akhir2 ini..

tepat jam 8.30 malam teater bermula. memang ramai orang pada malam tu. penung IB tu. masa cuci the muzical taklah seramai ni. mungkin sebab harga tiket yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga tiket cuci dulu. cerita sangat best. perjalanan cerita doselang seli dengan lagu. tapi yang tak best sangat ialah masa muzical tu diorang miming je. tak nyanyi live except misha omar.. macam agak terkilan di situ tapi so far cerita dan jalan penceritaan sangat menarik..

teater abis kul 11.30 malam dan cam biasa kitorang menjadi orang terakhir mengambil autograph artis yang berlakon. bukan pe..kalau jadi orang terakhir ni best sikit sebab takda orang nak kecoh-kecoh suh kita cepat. huhu..

sempat gak bergambar dengan artis yang berlakon. kat sini aku tepek 3 keping gambar je...nanti aku tepek banyak2 lagi hokkay..


tun mahathir..memang jadi gila dia berlakon sebagai tun mahathir..tabik spring!!!


datin siti hasmah..erra punya lakonan memang takleh dipertikaikan..


zizan nin!!!wwwoooott...wwwwooooooooooottt.....

Sunday, October 3, 2010

mahu kurus..

ya..saya mahu kurus!!hahaha.. impian untuk bulan ini ialah kuruskan badan sehingga menjadi seperti nasha aziz.. walopun mendapat banyak kutukan yang tidak memberangsangkan tapi itu semua aku anggap sebagai pemangkin ke arah kekurusan aku.. voleh?

rasa seperti mahu keluar berjalan-jalan tetapi teman baik cik sri telah memulakan kerja beliau hari ini. aku harap ko mampu bertahan bekerja kat sana hokkay.. kalau ada masa akak g melawat ko nyah.. sila bagi diskaun kalau akak data hokkay.. hahaha..

ok..mahu bersenam..wah!hehehe..

renung-renungkan dan selamat beramal..