Wednesday, February 24, 2010

kemalasan yang teramat

di atas, bawah, depan n belakang paksaan seri aku dengan terpaksanya meng hup datekan jugaklah blog aku yang dah agak bersawang dah ni. hallu kawan2.. lama tak aku menghilang? windu tak? eiyyu.. pelis.. haha..

aku takda idea nak tulis pe sebenarnye dalam entry aku kali ni. ujung minggu yang lalu atau lebih specific sekali hari ahad lepas aku, seri, cik shaffiq dan cik aizat telah pergi menjalan2kan diri ke cameron highland. kalau nak tau pasal tentatif perjalanan kitorang berserta gambarajah korang bleh cek it out kat blog si seri. wat pe aku nak g wat entry pasal menda yang sama.. aje membazir je.. ye tak kengkawan..
clik je kat blog ni untuk membaca..http://sixdegreesoffreedom-hannah.blogspot.com/
disebabkan seri telah menceritakan perjalanan kitorang meh aku brief sikit camne bleh kitorang bleh terlibat dalam aktiviti yang agak memenatkan tapi enjoy hokkay..

memula sekali aku nak kenalkan korang dengan saudara aizat. aku sebenarnya baru je berkenalan dengan beliau hokkay. sejak mula aku berkenalan dengan beliau asal jumpa je malam, asal malam je jumpa sampai aku terpikir adakah beliau seorang vampire? vampire pakai seorang ke seekor ke semakhluk eik? renung2kan..

back to the main topik. di satu malam, time tengah panas2.. ops!! jangan pikir yang bukan2 kengkawan.. sekarang nikan musim panas so time panas2 malam2 tetiba cik aizat cakap nak g mandi air terjun. dia tanya aku kat mana ada air terjun yang betul2 terjun and for the first time aku tau ada gak air terjun yang jenis melompat.. OMG! ko memang telah menambah pengetahuan aku untuk hari itu.. ye ke?

pastu aku dengan jujurnye jawab ada.. kat kampung aku kat perak. air terjun latta kinjang. kompom terjun punya. korang kalau on the way g utara kompom bleh nampak air terjun tu dari tepi highway. pastu dia kata ok set ar. ujung minggu depan kita g. for the record, minggu lotorang bincang tu sebelom raya cina so masa raya cina kompom ai nak balikkan so kena pospone ke minggu berikutnya.

aku plak dengan gedik and wat muka comel memberi cadangan untuk ke cameron. aizat terus je setuju.. wakakaka..akak suka nyah.. pilih punya pilih member nak bawak, aku bagi cadangan nak ajak seri.

dan inilah kenapa seri, aku,aizat dan shaffiq bleh ke cameron aritu...

Tuesday, February 9, 2010

sakit kepala...

tak tau kenape sejak 2 3 hari ni aku selalu je sakit kepala. bukan tertekan ye kawan2. maybe sebab panas sangat kot. korang rasa tak macam yang aku rasa. kepala semakin memberat. otak terasa macam mengecut.

Wednesday, February 3, 2010

perniagaan kecil2an...

kepada sesiapa yang berminat. kitorang ada nak jual kain ni. ada tinggal beberapa helai untuk dijual. yang lain2 dah abis. yang ni kira last stok ar. kalau saper2 berminat bleh contact aku sheeda kat emel sheedasyed@yahoo.com.my or cik shaffiq kat tometdagreat@yahoo.com. harga tak termasuk harga pos. kalau nak pos laju tambah RM5 bagi sepasang kain k.. layan....

satin (a) purple biru

satin (b) kuning merah

jenis kain : satin
harga sepasang : RM25
warna maybe berbeza sikit dari gambar sebab lighting..(ceh salahkan lighting..hee)
chiffon pasang

jenis kain : chiffon 2 meter & kelantan silk 2 meter
harga : RM35
yang ni ada 2 pasang corak yang sama

kelantan silk (a) orange bunga2 biru hijau
yang ni ada 2 pasang warna n corak yang sama

kelantan silk (b) warna biru

kelantan silk and chiffon pasang tu masing2 RM35 sepasang tapi kalu beli 3 pasang RM100.

kepada sesiapa yang berminat jangan malu2 segan2.. emel k.. kain sume di jamin bagus. yang kelantan silk tu lembut sangat kain dia kalau kat lua diorang jual RM45 hokkay. kalau yang chiffon tu kat lua diorang jual RM35. bukan jenis kain yang murahan tu. kain tak pecah punya.. selamat membeli belah..