Showing posts with label pikir sejenak. Show all posts
Showing posts with label pikir sejenak. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Scalp Treatment Yang Menyengsakan!

Lepas 3 hari aku buat scalp treatment, dengan ini aku memaklumkan aku tidak sesuai dengan treatment tersebut. Kepala aku migrain 3 hari berturut². aduh! tak mau buat kat situ lagik! nak buat dekat spa lain pulak.

sekadar hiasan.

P/S: sesiapa ada salon atau spa nak rekemen untuk wat treatment rambut, sila gunakan syokbok kami atau komen k.

Wednesday, June 24, 2009

O.G.A

yes! agak dah lama ye saya tak update blog ni (ayat skema badut). dah lama tak pakai perkataan skema badut. masa sekolah menengah dulu cam sangat femes je perkataan tu. adakah badut itu seorang yang skema sampai dipanggil skema badut? tidak.. nape eik? sape2 yang ada jawapan susur galur perkataan skema badut tu boleh reply post ni eik. ada hadiah menanti anda... anda... anda.... huhu..
 berjaya gak aku menahan diri dari menulis blog. sebenarnya bukan apa. aku dah kehabisan idea nak tulis pe dalam blog aku ni. aku review balik banyak yang ngarut dari yang betul kat
dalam blog aku ni. topik aku jari ni adalah berkenaan dengan OGA. pernah tak korang dengan
 OGA? aku pun tak pernah sampailah one day aritu akak kat teknikal ni cakap dia nak g OGA. nak tengok2 peluang kerja. dalam otak aku.. 'apakah itu OGA? adakah sejenis binatang atau
 sebuah organisasi badan2 berkanun? pastu orang kat HR tepon suh akak ni g. tapi at the end of the working hour, HR yang bengong tu tepon cakap takyah pergi sebab tak ramai yang nak g. dia nak penuhkan satu kereta. aku? no komen je sebab aku OGA tu pun aku tak tau ape.
keesokkan harinya aku g lerja cam biasa. pakai jeans dan t-shirt je. sempoi je sebab kerja kat site. tiba2 akak HR yang sama tepon suh akak kat teknikal n aku g OGA. aku dengan kadar tercengang-cengang campur berdebar-debar terpaksa bersetuju. aku takut nak g sebab aku pakai jeans n t-shirt je. dia suh pakai formal. sebaik akak teknikal ni sporting, dia bawak aku
 balik tukar baju dulu. sempat gak kitorang makan nasi seblum g. OGA tu sebenarnya Oil and GAs exhibition. tahun ni diorang buat kat KLCC. bukan d suria KLCC ye kawan2. dia wat dekat convention center dia. banyak gak syarikat2 oil and gas yang wat pameran. menarik
 sangat sebab nilah kali pertama aku tau yang sebenarnya banyak syarikat oil and gas bertapak kat malaysia ni. selama ni aku ingatkan ada shell, petronas, BP dan yang seangkatan dengannyelah. kitorang pergi sana lebih kepada melawat-lawat sambil mengambil sebanyak mana survenior yang ada. huhu. buruk perangai. hikhik. so far nilah hasil dari perjalanan aku di OGA 2009.


nak dapatkan name tag ni kena beratur selama hampir sejam

yay! ada nama dah sykt yang kami wakili

sebahagian dari barang2 hantaran. hukhuk



hasil berwindow shopping

Thursday, June 18, 2009

lalala~~

baru aku perasan. sejak 2 menjak 3 minjak ni aku selalu update blog aku. maaf ye kengkawan sebab kekerapan aku mengupdate. huhu.. bukan pe.. aku praktikal ni ada masa terbuang dengan sangat banyak kot. adakah sebab aku terlalu power? haha.. sangkaan anda salah sama sekali. ini adalah kerana aku selalu kebuntuan membuat projek aku ni. cam contohnye sekarang ni. aku punya otak cam jam gile. jem ke jam ejaan dia? aku keliru betul dengan ejaan ni. huhu..

kemengantukkan aku tak dapat dibendung ni.. kebosanan melampaui batas2 kesabaran dan kesuburan aku ni. camne kawan2? hari ni aku dapat berita best. setelah akak kat yard ni ngamokkan tanya elaun aku aku dapat elaun untuk bulan lepas. walopun amaunt dia tak berapa nak banyak tapi hak aku mesti dipertahankan. hee...(senyum lebar sebab esok dapat duit) yay!!

takda motif entry aku kali ni. aku dah sedaya upaya menahan diri dari mengupdate blog ni. yelah. lama2 orang bosan pulak dengan cerita2 aku. i got 1 idea. tadi aku ada baca blog mahathir mohamad. I love you Tun!! really love him. admire gile dengan cara pemikiran dia. ada satu entry pasal kerajaan nak kurangkan subjek untuk spm. dia macam tak berapa nak setuju dengan cadangan tu. bagi akulah kan. kenapa mesti nak kurangkan? kenapa mesti nak sekat dan hadkan berapa banyak yang diorang nak amek masa SPM. mak aku cakap dalam cadangan diorang nak wat 10 subjek je boleh di ambil. sebabnya? untuk berlaku adil kepada semua pihak. cam sekarang orang ramai komplain yang anak2 dia dapat 10A tak dapat nak g luar negara. orang sebok tengok berapa banyak A yang budak2 dapat. cam contonhnya ada sorang pelajar A ni dia amek 20 subjek dan dia dapat 18A dan dia dapat g luar negara sedangkan ada sorang lagi pelajar B mendapat 10 A tak dapat ke luar negara. bagi akulahkan. dengan pemikiran aku yang tak berapa nak panjang ni aku rasa bia jelah diorang nak amek bape banyak subjek pun as long as diorang mampu. tapi at the end bila diorang apply masuk U, U kena consider subjek2 yang pentinglah. cam katakanlah pelajar A tadi dia dapat 18 A tapi english dia B dan pelajar B dapat 10A dari 10 subjek. ini bermakna pelajar B lebih layak dari pelajar A.

kalau diorang hadkan matapelajaran. fixkan subject2 yang perlu diambil dan dipelajari, lebih kurang cam kita menghadkan ilmu untuk diorang pelajari. for me, you may take and learn as much as you want as long as you think you can do it. what say u guys?

akhir kalam..renung2kan dan selamat beramal..