Monday, June 29, 2009

Perkahwinan Kawan-Kawan Lagik !!

Bila tiba cuti sekolah, lazimnya bapak2 ibu2 semua yang ada di sini, goyang yuuukk!! Ops, bukan hoccay, bapak2 ibu2 mengambil kesempatan ini untuk menjalankan majlis samada untuk sunatkan anak, kahwinkan anak, tunangkan anak dan macam2 lagi. Hopefully xde yang amek kesempatan sempena cuti sekolah untuk ceraikan anak sudah lah eik.
Rasanya cuti sekolah yang berlangsung pada awal Jun lalu paling banyak majlis kahwin diadakan. Kawan2 aku sendiri pun ramai tak termasuk sepupu aku yang berkahwin juga dengan pasangannya. Aku harap dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kekal milik korang dan pasangan korang selama2nya. Sabtu, 6 Jun lepas, beberapa orang kawan aku selamat di ijabkabulkan dan yang aku sempat pergi menjenguk ke majlis diorang hanyalah 2 majlis di sebabkan faktor jarak dan masa cuti yang singkat. Kemudian ke majlis sepupu aku pada 7 Jun pulak.
Kawan yang aku maksudkan ialah Nurhanim Aimanan aka Anem ex-SMKTBP batch 01/02 dan Abby ex-UTHM 04/07. (Nama sebenar dia aku lupa lak). Tapi, gambar yang ada pada aku hanyalah gambar henpon yang x cantik. Aku cilok gambar dari FS Anem untuk tatapan korang. Abby lum upload gambar lak. Kalau dah ada aku akan update lagik. Aku ke majlis mereka dengan teman tapi mesra ku lah seperti biasa mengambil berkat dannasi berkat. Hakhak .. Layan jelah eik ..


Raja dan Permaisuri Sehari !!


Kekal selamanya eik !!


Kopang2 Kebum2 .. Kopang2 Kebum2 ..

Thursday, June 25, 2009

talk to my hand!!

uiks.. cam ganaz je bunyi nye.. huhu.. bukan pe.. semalam akak kat tempat keje aku ni dah set ngan aku nak wat inai. kitorang nak bertanding inai sape paling kewl. huhu.. dengan semangatnye kami berdua mengexplore di google untuk mencari corak mana yang berkenan. dan inilah hasilnya.. huhu.. lu pikirlah sendiri...

di tapak tangan. inai ni aku campur semua inai2 yang ada kat umah aku. untuk pengetahuan korang, mak aku n aku suka pakai inai so stok inai memang banyak dan pelbagai jenis. aku campurkan semua2 sekali

nilah hasilnya. tak terang sangat sebab baru basuh. makin lama dia makin terang. hari ni? oren mak cakap ko...

ni kat belakang tangan aku. corak sesuka hati. aku pakai inai merah yang mak aku beli. cepat merah tapi warna dia pecah. aku tak suka

hasil dia. tak nampak bunga pun sebab warna dia pecah2. benci ai !

Wednesday, June 24, 2009

O.G.A

yes! agak dah lama ye saya tak update blog ni (ayat skema badut). dah lama tak pakai perkataan skema badut. masa sekolah menengah dulu cam sangat femes je perkataan tu. adakah badut itu seorang yang skema sampai dipanggil skema badut? tidak.. nape eik? sape2 yang ada jawapan susur galur perkataan skema badut tu boleh reply post ni eik. ada hadiah menanti anda... anda... anda.... huhu..
 berjaya gak aku menahan diri dari menulis blog. sebenarnya bukan apa. aku dah kehabisan idea nak tulis pe dalam blog aku ni. aku review balik banyak yang ngarut dari yang betul kat
dalam blog aku ni. topik aku jari ni adalah berkenaan dengan OGA. pernah tak korang dengan
 OGA? aku pun tak pernah sampailah one day aritu akak kat teknikal ni cakap dia nak g OGA. nak tengok2 peluang kerja. dalam otak aku.. 'apakah itu OGA? adakah sejenis binatang atau
 sebuah organisasi badan2 berkanun? pastu orang kat HR tepon suh akak ni g. tapi at the end of the working hour, HR yang bengong tu tepon cakap takyah pergi sebab tak ramai yang nak g. dia nak penuhkan satu kereta. aku? no komen je sebab aku OGA tu pun aku tak tau ape.
keesokkan harinya aku g lerja cam biasa. pakai jeans dan t-shirt je. sempoi je sebab kerja kat site. tiba2 akak HR yang sama tepon suh akak kat teknikal n aku g OGA. aku dengan kadar tercengang-cengang campur berdebar-debar terpaksa bersetuju. aku takut nak g sebab aku pakai jeans n t-shirt je. dia suh pakai formal. sebaik akak teknikal ni sporting, dia bawak aku
 balik tukar baju dulu. sempat gak kitorang makan nasi seblum g. OGA tu sebenarnya Oil and GAs exhibition. tahun ni diorang buat kat KLCC. bukan d suria KLCC ye kawan2. dia wat dekat convention center dia. banyak gak syarikat2 oil and gas yang wat pameran. menarik
 sangat sebab nilah kali pertama aku tau yang sebenarnya banyak syarikat oil and gas bertapak kat malaysia ni. selama ni aku ingatkan ada shell, petronas, BP dan yang seangkatan dengannyelah. kitorang pergi sana lebih kepada melawat-lawat sambil mengambil sebanyak mana survenior yang ada. huhu. buruk perangai. hikhik. so far nilah hasil dari perjalanan aku di OGA 2009.


nak dapatkan name tag ni kena beratur selama hampir sejam

yay! ada nama dah sykt yang kami wakili

sebahagian dari barang2 hantaran. hukhuk



hasil berwindow shopping

Thursday, June 18, 2009

hahaha

yes! i'm updating twice today. back to back. haha.. if you can watch CSI back to back why not you read my post back to back? (do i sound selfish?) and yes one more. now i'm updating using english. why? i have no reason. should i have reason on what language that i want to you. it's up to me. don't really care what people will say (selfish again) haha..

not everyday i use english. as for real i do more comford using my own language. i have i own language? haha.. translating malay to english make it sound so funny. don't you think so? i only speak in english when needed and when i get angry. really angry. why is that so? for me i think it is more polite when i speak in english when i get mad. don't know why. you may ask cik shaffiq. he knows me better. when i start speaking in english he knows that i am really mad of something.

bad habit? i don't think so. it improved my english as well. i admit that i am not so good in english. luckly, i enter UIA and i have to speak in english. got one friend from bangladesh and she is my lab partner. really nice girl and she is the one that force me to speak in english. i have to!
she would not understand any word in malay.. hukhuk... and also lucky me i got foreign student for my roommate. purely prom china. did noot understand malay. i got foreign roommate twice! and both are from china! can you imagine?

i think english is important. before this i never though that english is needed in my life because i am surrounded will all malaysian. people speak in malay. so guys and girls. start speak in english eventhough it is broken english and sometimes you may speak wrongly but trust me you won't learn if you did not try.


lalala~~

baru aku perasan. sejak 2 menjak 3 minjak ni aku selalu update blog aku. maaf ye kengkawan sebab kekerapan aku mengupdate. huhu.. bukan pe.. aku praktikal ni ada masa terbuang dengan sangat banyak kot. adakah sebab aku terlalu power? haha.. sangkaan anda salah sama sekali. ini adalah kerana aku selalu kebuntuan membuat projek aku ni. cam contohnye sekarang ni. aku punya otak cam jam gile. jem ke jam ejaan dia? aku keliru betul dengan ejaan ni. huhu..

kemengantukkan aku tak dapat dibendung ni.. kebosanan melampaui batas2 kesabaran dan kesuburan aku ni. camne kawan2? hari ni aku dapat berita best. setelah akak kat yard ni ngamokkan tanya elaun aku aku dapat elaun untuk bulan lepas. walopun amaunt dia tak berapa nak banyak tapi hak aku mesti dipertahankan. hee...(senyum lebar sebab esok dapat duit) yay!!

takda motif entry aku kali ni. aku dah sedaya upaya menahan diri dari mengupdate blog ni. yelah. lama2 orang bosan pulak dengan cerita2 aku. i got 1 idea. tadi aku ada baca blog mahathir mohamad. I love you Tun!! really love him. admire gile dengan cara pemikiran dia. ada satu entry pasal kerajaan nak kurangkan subjek untuk spm. dia macam tak berapa nak setuju dengan cadangan tu. bagi akulah kan. kenapa mesti nak kurangkan? kenapa mesti nak sekat dan hadkan berapa banyak yang diorang nak amek masa SPM. mak aku cakap dalam cadangan diorang nak wat 10 subjek je boleh di ambil. sebabnya? untuk berlaku adil kepada semua pihak. cam sekarang orang ramai komplain yang anak2 dia dapat 10A tak dapat nak g luar negara. orang sebok tengok berapa banyak A yang budak2 dapat. cam contonhnya ada sorang pelajar A ni dia amek 20 subjek dan dia dapat 18A dan dia dapat g luar negara sedangkan ada sorang lagi pelajar B mendapat 10 A tak dapat ke luar negara. bagi akulahkan. dengan pemikiran aku yang tak berapa nak panjang ni aku rasa bia jelah diorang nak amek bape banyak subjek pun as long as diorang mampu. tapi at the end bila diorang apply masuk U, U kena consider subjek2 yang pentinglah. cam katakanlah pelajar A tadi dia dapat 18 A tapi english dia B dan pelajar B dapat 10A dari 10 subjek. ini bermakna pelajar B lebih layak dari pelajar A.

kalau diorang hadkan matapelajaran. fixkan subject2 yang perlu diambil dan dipelajari, lebih kurang cam kita menghadkan ilmu untuk diorang pelajari. for me, you may take and learn as much as you want as long as you think you can do it. what say u guys?

akhir kalam..renung2kan dan selamat beramal..

Monday, June 15, 2009

make up 2

inilah peralatan yang digunakan. barang2 ni sumer cik shaffiq yang belikan setelah dibodek2. naseb baik aku cik abang aku ni tak berkira sangat bab2 aku nak melawa ni.. huhu..
dengan mata yang tertutup inilah ghupanye..
mata dah bukak dah tak nampak sangat dah. atas nasihat orang ramai aku menggunakan eye shadow warna terang dan aku merahkan lagi blusher aku tu. amek ko! huhu
bajet comellah wat muka camni (ayat cik shaffiq)
sape bleh teka pe gambar di belakang saya?
pakai spek sebab mata dah penat. sapa suh malam2 baru nak try make up. padan muka aku
putih semacam muka aku time ni. faktor pencahayaan kot. haha

masa aku pakai spek tu aku dah lap lipgloss aku sebab tu bibir cam tak sama warna dengan yang awal2. gambar ni aku amek sendiri kat dalam bilik aku snediri dengan menggunakan camera hp aku sendiri. gambar cam tak clear sangat sebab lampu bilik aku cam malap sikit. kali ni aku tak menggunakan bulu mata palsu sebab aku punya mata dah ngantuk sangat so aku malas nak pakai2 menda2 yang menambah beratkan mata aku.
nanti2 aku up gambar aku make up dengan menggunakan warna yang berlainan dah lebih garang. ngaum!!!


kerja! kerja! kerja!

banyaknye hadiah.. ops! tapi hadiah ni bukan untuk korang dah bukan jugak untuk aku. hadia ini ditujukan khas kepada... supervisor, bos, GM dan lech aku untuk hari presentation aku nanti. jadi kepada siapa yang tiada dalam senarai nama di atas sila telan air liur sahaja. termasuklah dengan aku-aku sekali. hukhuk..
entry kali ni takda kena-ngena pun dengan tajuk kita hari ini ye anak-anak.. kali ni aku nak cerita pasal aku g KL. yay! ujung minggu yang lepas yakni hari sabtu, ahad dan isnin, aku telah mengadakan diri ke KL. dah lama gak aku meninggalkan KL ni. ari sabtu lepas keje aku memulakan perjalanan. bukan dengan berjalan kaki tapi dengan menaiki kenderaan awam yakni bas mara liner. huhu.. 
sesampai je aku kat KL, cam biasalah jam. petang sabtu semua orang nak keluar. aku dengan bangganya menyuruh pak cik driver untuk menurunkan aku di stesen LRT Hang Tuah. pastu dengan naik LRT aku meneruskan perjalanan ke sogo sebab cik shaffiq telah menantiku di sana...di sana..di sana.....~~ sampai sogo bak kata cik shaffiq tak boleh kalau tak tengok sale dia. kat situ kitorang telah berjaya membeli hadiah untuk etam, akak cik shaffiq. hadiah dia ialah.... jeng jeng jeng... handbag dan purse.. satu yang aku suka kat sogo ni, diorang bungkus hadiah tu sangat cantik. aku suka gile..
ari ahad jalan2 OU. inilah hasil perjalanan kitorang kat OU. tapi ni bahagian aku je. shaffiq dan ayin punya tak termasuk. hee...


2 lai t-shirt : 1 nicole, 1 pdi, make up brushes, eye shadow dan lip gloss


Friday, June 12, 2009

pengaruh youtube

huhu.. aku dah terpengaruh. inilah akibatnye kalau selalu tengok youtube di waktu kerja. huhu.. apa yang aku terpengaruhkan tu? ya... tengoklah sendiri...

bajet comellah tu.. haha..


bulu mata palsu.. heavy make up. ok tak?


Thursday, June 11, 2009

waaa...~~(baca dengan berlagu dihujungnya)

cerita matahari dah abes.. hukhuk.. nape dia dah abis? sambunglah lagi bagi panjang-panjang lagi... hukhuk.. saya nak matahari! saya nak matahari! saya nak matahari!(baca ngan nada orang mogok lapar).
oklah cerita matahri tu. ending dia pun ok. pendek kata aku berpuas hati dengan kesimpulan cerita tersebut. memang dari awal2 kemunculan cerita ni aku dah boleh agak dah. aku dah cakap dengan mak aku dah dulu. Ariana tu akhirnya mesti dia jumpa ngan Ikmal jugak dan semestinya Ariana tu akan bersama dengan Ikmal sebab Ikmal tu first love dia. kalau korang tak caya korang boleh tanya mak aku... (baca dengan nada ngajuk)
aku kesian dengan ariana tu. dia baik cuma keadaan menyebabkan dia jadi camtu. sapa yang salah dari awalnye? aku rasalah semua ni salah Ikmal. dia g jadi askar tu takleh ke nak anta kabar berita? dan2 bila si Ariana tu kawin dia balik. cam agak sengallah. kalau aku jadi ariana tu dah sah2 aku menyalahkan si ikmal tu. takkanlah ariana nak tunggu dia sampai 10 tahun. watnye betul2 dia dah mati tak ke dah tua bangka ari tu kalu nak kawin? haa... renung2kanlah.
tapi aku tetap berpuas ati dengan penghujung cerita matahari ni. orang yang berbuat kejahatan memang patut menerima hukuman. terpikir gak ada ke orang camni kat muka bumi ni tapi semua tu tak mustahil. manusia mana pernah puas. cinta pertama mana boleh lupa. betul tak kawan2...??
kesimpulannya.. janganlah tamak sangat. jangan jadi cam anjing dengan bayang2, cam kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. renung2kan dan selamat beramal..

tears in my eyes

tears please don't drop
i don't wanna look like a fool
tears please don't drop
i want to sleep in a smile
how lucky am i
always got smile on my face
but only God knows
what is inside
don't people knows that
my heart is like an ice
even it is cold
but it is fragile
tears please hold up
i don't wanna hurt anyone feeling
by dropping my tears
they may think that they make me unhappy

Wednesday, June 10, 2009

Menonton Filem !!

Sambungan dari benang sebelum ini, balik dari Cameron petang tuh ak uterus on laptop dan membeli tiket Jangan Pandang Belakang Congkak. dengar cerita macam best, so aku pun teruja gak r. cadangnya nak tengok Syurga Cinta, dengarnya best gak tapi tiket xde tayangan malam. so, kitorang layan malam je. Syurga Cinta layan esok2 jelah.

Tiket dah dapat kul9.30 malam. kitorang gerak dalam kul8.10. faham2 jelah nak cari parking kat one utama tu amat susah. tapi nasib menyebelahi kitorang kerana dapat parking yang cepat dan hampir dengan pintu masuk ke gsc. yaiyyy!!!

so, dah amek tiket, kitorang bergegas ak gi cari nasi. dari siang x dapat nasi, orang kampung r katakan. singgah oldtown untuk makan. tapi nasi lak banyak dah abis. so menu yang kitoran dapat x sedap. buwek!!

lepas makan kitorang layan wayang jelah kan. iklan kat gsc sekang aku rasa bertambah banyak kot. iklan je dah makan masa 15-20 minit. berbandung dulu yang mana iklan hanya dputarkan sekitar 5-10 minit sahaja. layan jelah kan. apa yang aku nak komen pasal cite nih, cite nih simple je. memang macam diwar2kan oleh ahmad idham, korang xyah pk pe2. layan je. temanya komedi seram. komedi yang ada sesuai dengan aku kot. sebab tu aku ketawa terbahak2 gak r tengok aksi azlee senario.

aku recommend kat korang untuk tonton filem ini hoccay.. aku yang kepenatan drie the whole day masih leh layan cite nih tanpa mengantuk. selalunya aku ngantuk je tengok movie malam2 nih.

berbanding cerita Syurga Cinta yang aku tonton pada petang 10hb Jun semalam. x besh pun macam yang digembar gemburkan. kelakar sikit je. heliza pun agak kaku. haziq pun macam over. tapi layan jelah. keciwa.. tapi aku vote for Jangan Pandang Belakang Congkak. Terminator lum sempat tengok, kalu aku free aku gi arini. kekekeke ..

Istirehat Setelah Penat Dengan Urusan Dunia

assalam semua .. setelah hampir dua bulan aku hampir tidak melihat dunia luar akibat kesibukan 1 projek, akhirnya submission telah dilakukan untuk projek itu pada 8hb Jun lepas. so, aku dengan nekadnya pada 9hb Jun memontengkan diri dari kerja dengan alasan badan sakit2. hehehe .. sebenarnya aku dah plan ngan akak aku nak ke cameron. beli sayur kekdahnya. hakhak ..
so, seawal 6.30am aku dengan akak aku dan akak aku lagi 1, bergerak dari teratak aku di kota damansara menuju ke tempat kejadian. sangat bersemangat sebab awal gile kitorang gerak.

setelah melayan selekoh selama 4 jam, kitorang pun sampai di tanah rata lebih kurang jam 11.00am. macam biasalah kan, aku malas nak tulis panjang2 nih. aku tepek gambar jelah untuk tatapan korang kalu nak ke sana.

tapi aku rasa tempat tuh xde r berapa best. bosan je macam. dulu best kot. hakhak .. gambar2 yang sempat disnap pada hari kejadian. aku rasa x besh mungkin gak sebab teman tapi mesra aku x gi bersama kitorang. hukhuk .. bilelah nak gi jenjalan ngan beliau lagik nih. lama bebenor la ha ko nih praktikal. praktikal seminggu dah r. huh!!!

aku fokus terhadap laluan hidup yang berliku..

jangan lupa amek gambar kat sini hoccay ..

dah nak sampai dah nih .. tapi jauh gak r lagik ..

sebelum borong teh tarik sejug ..


dah macam peniaga kat petaling street dah aku nih beli barang ..
sebelum turun ke ladang, kasi pose dulu ..

suasana pasar berinchang .. nih yang x sibuk, time jem tuh malas amek gambar ..

masing2 dah senget penat jalan ..

aku saje je pose camnih .. hahaha ..

wajah macho daun teh ..

P/S: banyak lagi gambar yang x sempat diupload. balik dari cameron, layan wayang lak kat one utama. tengok jangan pandang belakang congkak. aku buka benang baru untuk topik filem itu hoccay ..

Tuesday, June 9, 2009

doaku buat kekasih..

hurmmm.. tajuk cam semacam je. tak tau nape hari ni aku punya mud agak kureng. selalu nak marah-marah. ada rasa nak berjalan-jalan. tak mo g keje. macam2 lah aku rasa. kesian kat cik shaffiq sebab dia tempat aku lepas geram aku.. huhu.. thanks gak kat dia sebab sedia untuk dimarah dan dia tau aku punya mud tak bape nak baik ni. windu kat kawan2. cam geli je guna perkataan windu. aku paling tak paham kenapa ada orang nak guna perkatan windu lah.. kewl ar.. cam kelakar ke. gedik semacam pun ada gak.

adoiai... sebenarnya aku takda idea nak post pe2 ari ni. ni post aku yang ke2 untuk arini. tengahari tadi aku ada post lagu bukan kerna sayang. best lagu tu. cam sesuai untuk aku. haha... tapi lagu ni bukan aku tujukan kat cik shaffiq sebab sememangnya aku sayang dia. cit!! hahaha..

aku paling benci kalau time takda mud ni. otak mula memikirkan menda2 yang tak patut @ tak penting @ tak yah nak pikir pun. i hate this moment! kalau aku kat kl dapat gak aku kua berjalan2 @ merewang2 @ cari pasal dengan cik shaffiq tak pun ngan member2 aku terchenta. haha.. ni kat melaka takleh nak watpe. takda masa. kul 8 pagi dah kua g keje. balik kul 6 baru sampai umah. malam dah malas nak kua umah. kalau keluar pun korang boleh bagi cadangan kat aku tak nak g mana? takda tempat oi. paling hebat pun aku lepak kat buai depan umah aku.

jadi untuk menghilangkan semua pemikiran aku yang tak bernas ni aku pun try mengpost something kat blog ni. adoiai. kalaulah boleh aku keluarkan otak aku ni letak kat seblah kan best. ok.. aku dah ada idea nak wat topik pe. topik kita ari ini adalah cinta atau nafsu? huhu.. cam serius je tajuk nikan. bila kita cakap kita cintakan seseorang adakah betul kita maksudkan cinta? ke nafsu yang menguasai diri. aku suka one word yang seri(member aku) selalu guna. "cinta tak bererti memiliki" (betul ke camtu bunyi dia?) aku tak ingat the exact phase yang dia cakap. tapi yang penting ada perkataan cinta dan memiliki tu. aku setuju dengan apa yang dia katakan. wOw! seri kompom bangga ni.. haha..

ni semua sebab aku tengok cerita matahari tulah. salahkan cerita tersebut. haha.. tapi aku rasa ada je orang macam si ariana tu. tamak! hope aku tak macam tulah hendaknya. mintak2 dijauhkan dari sifat tersebut. Amiiinnn...

tak mungkin kerana sayang

Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali


Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


layan...!!


Sunday, June 7, 2009

Ayin Gedik !!

hai ! lama aku x menghadirkan diri untuk melepak menulis kat sini. dengan bebanan kerja dunia yang bertimbun, masa aku agak terhad untuk aku bersosyial di sini. aku sempat balik kampung sempena sepupu aku kahwin je minggu nih.

lama x jumpa orang kampung, rasa berkobar2 nak balik. jumpa anak sedara aku yang sorang yang teramat nakal. sekali dia posing nak amek gambar, macam artis padahal aku xde suh dia pose begitu pun ..


sikat kat baju dia wat fault lak ..




pose nih paling aku xleh blah. dah macam artis ko nak .. siap angkat kain sikit tuh .. hadoih ..



spek xnak kalah tuh ..



gedik tul depan kamera minah nih ..


tuh saje setakat nih. aku saje post pasa minah nih sebab aku dah lama x jumpa dia. jumpa balik kampung pun jap sangat .

LOVE IS LIKE A BUTTERFLY

new addiction!! I love dolly parton! not because her "looks" but because of her music. so easy listening music and country type of music. I've choose one song from her songs that i LOVE the most! really LOVE this song. enjoy the lyric.

Love is like a butterfly
As soft and gentle as a sigh
The multicolored moods of love are like it's satin wings
Love makes your heart feel strange inside
It flutters like soft wings in flight
Love is like a butterfly, a rare and gentle thing

I feel it when you're with me
It happens when you kiss me
That rare and gentle feeling that I feel inside
Your touch is soft and gentle
Your kiss is warm and tender
Whenever I am with you I think of butterflies

Love is like a bag of butterflies. 
The multicolored moods of love are like it's satin wings
Love makes your heart feel strange inside
It flutters like soft wings in flight
Love is like a butterfly, a rare and gentle thing

Your laughter brings me sunshine
Everyday is spring time
And I am only happy when you are by my side
How precious is this love we share
How very precious, sweet and rare
Together we belong like daffodils and butterflies

Love is like a butterfly
As soft and gentle as a sigh
The multicolored moods of love are like it's satin wings
Love makes your heart feel strange inside
It flutters like soft wings in flight
Love is like a butterfly, a rare and gentle thing

Love is like a butterfly, a rare and gentle thing

Tuesday, June 2, 2009

baju baru!!

inilah rupa baju yang aku nak cerita semalam. glamor tak? baju ni aku beli online. ari senin sampai umah. suka sangat dengan baju ni tapi aku tak tau nak bawak pakai g mana. huhu.. yang penting aku suka baju ni. hikhik..

baju ni jarang cam kain kelambu je kain dia sebab tu kena pakai inner. yelah, sebagai insan yang bertudung takkan aku nak pakai baju ni cantu je. tak sanggup mak nyah! hahaha.. aku bajet nak pakai baju ni masa kenduri moli. tapi cam glamor plak. moli.. ko punya baju lagi glamor dari ni tak? kang aku yang lebey2 dari pengantin. haha.. berat seh baju ni. beratkan dia punya manik serata alam baju tu. berat dia aku timbang 550g. half kg tu... hehehe.. 

dah lama dah aku idamkan baju ni. selama ni mampu pandang jelah. mahal tu harga dia. sekali nak dijadikan cerita aku ternampak baju ni kat 1 blog. murah. terus beli tanpa memikirkan masa depan. tapi seblum beli aku suh cik abang aku nengok dulu. kang dia tak kenan plak. yelah baju ni ala2 jarang gitu. sat di dia tak bagi aku pakai pulak dah payah. setelah diperkenankan oleh yang mulia cik shaffiq, aku dengan pantasnye mengemel kepada tuan blog. orang tu kata boleh. esok arinya aku mesej orang tu dia kata aku lambat sikit je. aku mesej dia kul 9 lebey, dia kata kul 8 ada orang dah call dia booked baju tu. kalu orang tu tak bank inkan aritu jugak aku boleh beli baju tu.

sedey gak ar tapi aku cam pasrah jelah. cam aku pikir, kalau tak dapat beli tu maknanya buka rezki akulah tu. tapi petang tu owner blog tu mesej aku gtau aku boleh beli baju tu. tanpa melengahkan masa aku terus tepon cik shaffiq suruh dia transfer duit ke owner tu. pas dapat je dia kompomkan dan terus pos. hasilnya.... inilah dia. berjaya aku mendapatkan baju yang aku idam2kan.. pe2hal tengoklah berani atau tidak aku pakai baju ni untuk kawin moli nanti. tunggu...

hurmm....

aku tak tau nak up pe untuk arini tapi nak up gak. hee.. jap aku fikir aku nak pikir ape yang aku post untuk arini. tadi cam ada idea tapi ni dah takda. tadi aku ada post satu citer pasal baju aku baru terima hasil dari pembelian aku kat satu blog tapi cik abang suh aku buang gambar tu sebab agak seksi. ikur jelah.. 

esok aku post gambar baju tu k kawan-kawan. tiba-tiba teringat pulak kenangan zaman kanak-kanak rebina dulu. dulu aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana (SKSL) untuk darjah 1-6. kira aku habiskan zaman persekolahan rendah aku kat sekolah tersebutlah. kat sekolah nak kata aku takda kawan ada ar gak tapi tak rapat sangat sebab diorang ada klik masing-masing. disebabkan aku ni cam pendiam semacam je so aku cam takda klik ar (cam loser jek) hahaha.. kalau tak caya tanya budak sekolah rendah aku dulu betapa pendiamnye aku kat sekolah dulu. pergi sekolah ada musim aku naik basikal, ada musim aku jalan kaki dan ada musim nek keta. musim nek keta adalah bila musim ujan. disebabkan umah aku dekat je dengan sekolah mak n abah aku suh aku jalan kaki or nek basikal je g sekolah. cikgu yang paling aku ingat samapi sekarang cikgu roslina, cikgu norliza, dan cikgu siti hawa. sebab apa aku paling ingat diorang? cikgu roslina tu guru kelas kau selama 2 tahun (darjah 5 n 6), cikgu norliza cikgu math a.k.a cikgu pustakaan (dulu aku pustakawan sekolah) dan cikgu siti hawa selaku cikgu sains a.k.a cikgu muzik (aku suka main muzik dolu). jap aku nak cuba recall balik senarai nama budak dalam kelas aku darjah 6 dulu. kelas 6 dedikasi yang sangat berdedikasi. heehehe 

masuk tingkatan 1 sampai tingkatan 3, aku sekolah kat Sultan Alauddin. depan sekolah rendah aku. tak jauh gak. gi sekolah tetap naik kaki yang dikurniakan tuhan ni. banyak jasa kaki aku ni. hehe.. aku kat sekolah ni pun tak terkenal mana pun. tapi aku ada klik tersendiri. tupun masa tingkatan 3. nama kumpulan 6GG's (azah kompom ingat lagi) haha.. ahli kumpulan:
1.azah zainal (taiko kumpulan sebab dia paling besar)
2.amalina abdullah@alin(selalu lepak umah dia karaoke)
3.amalina abd halim(susah nak bawak budak ni kua. mak ayah dia garang)
4.ain othman(dah pindah g melaka terus aku tak jumpa dia)
5.hazimah@zimot(kitorang panggil dia lion sebab rambut dia)
6.aku(paling pendiam..ye ke?)
seriusly aku tak ingat pe2 yang berlaku masa aku tingkatan 1. blank gile. cam otak aku di erase untuk tingkatan satu tu. masa tingkatan 2 n 3 aku pengawas sekolah. aku pendiam gak kat sekolah ni. tingkatan 2 aku kenal dengan moli. dia masuk sekolah aku dari terengganu. moli ni satu taman ngan aku. banyak skandal time sekolah.(jangan marah moli) haha tapi dia nilah orang yang paling kenal dengan aku. paling aku percaya makhluk tuhan nilah. kalau dah kawin jangan lupa aku pulak. hukhuk

pastu aku masuk sekolah teknik bukit piatu. mula-mula tak dapat tawaran mana-mana. member-member aku ramai yang dah blah. azah dah masuk teknik BP, alin teknik jasin, moli pun teknik BP gak so aku dah stat cam rasa tertekan. rasa cam takmo g sekolah lagi. takda geng. tapi pastu aku dapat masuk teknik BP gak. kat sekolah nilah aku berubah. sekolah ni banyak ajar aku erti kehidupan. macam mana nak menjaga hati orang lain dan erti bertolak ansur. seriusly aku jenis yang nekad. kalu aku nak aku mesti dapat. maybe sebab aku anak sulung and aku biasa dengan kehendak aku selalu diberikan. masuk teknik ni aku mula banyak cakap. mula aktif. nak kata aku terkenal? tak kot.. aku masuk teater. best! aku jadi Mahsuri. wakil kelas pastu terus wakil sekolah teater. cam kelakar pun ada. ni semua tak dirancang. semua gara-gara budak kelas aku yang otak agak gila-gila. semua menda nak masuk. sampai nak terbarai. puisi berirama pun kitorang bantai masuk dan yang bestnye semua kitorang sapu bersih. maybe kelas kitorang ni kelas berbakat kot. hahaha...

dekat sekolah nilah aku kenal dengan cik abang aku yang tersayang. cik shaffiq. camne perkenalan kitorang dan camne kitorang bleh sampai cenggini nanti aku cerita dalam satu post. sini aku nak cerita pasal sekolah aku dan pengalaman di dalamnye..

okeylah. dah cam terlalu panjang pulak post aku kali ni. sampai jumpa lagi. 
sayonara!!