Monday, December 7, 2009

3.56 pagi...

Salam satu Malaysia semua.. apa kabar pagi anda? aku tengah kebosanan ni. jam dah kul 3.56 pagi. aku baru abes wat kue sample untuk kak ija. vanue? umah piah ar mana lagi.. maxis broadband piah menjadi mangsa keadaan di kala kebosanan. time gulung kue sempat gak melayan youtube HIMYM (How I Met Your Mother) lawak cerita ni. tak tertahan kelawakkan dia ar. kira bagi aku bleh ganti cerita FRIENDS gak ar. lagi pun jalan cerita dia hampir sama iaitu berkenaan dengan per'kawan'an (ada ke word ni?). rasa cam nak tido tapi esok kelas aku kul 830 pagi hokkay. cik shaffiq nak anta kul 730 pagi. untuk mengelakkan dari aku terbabas @ tak bangun aku mengambil pendekatan untuk tidak tido terus. bagus tak kesimpulan yang aku wat? hahaha..

hari yang agak meletihkan telah berlalu. hari ni akan start 1 new busy day. untuk pengetahuan semua, aku dah start belajar semula. kira back to school gak ar ni. minggu pertama memang memenatkan. semalam je satu hari suntuk berjalan. ke hulu ke hilir dengan paper application nak add subject. dengan undang2 study yang semakin diketatkan ni susah nak add subject. subject yang aku bleh add dah penuh pulak section dia. kena tunggu esok kalau2 dia ada buat satu section baru. mintak2 ada ar.. masuk je sem baru otak mesti makin runsing. dah masuk 5 tahun aku belajar kat U aku ni tak abis2 lagi. bilalah aku nak abis ni.. ikut rasa utus asa dah lama dah dia terputus. sekarang ni just pk alang2 study at least abiskanlah. tak mo jadi cam member2 aku yang terkantoi di tengah jalan.

esok ops arini aku nak kena g cari lech aku lagi. nak mintak tambah credit hour. puh! mintak2lah dia bagi. kalau tak mau sepuloh tahun aku blaja tak abis2 lagi ni. kepala pun dah makin pening nak menjawab ngan mak n abah aku. ngan family yang lain2 lagi. bape lama aku nak extend da... nakkata tak belajar aku dah usaha habis2an dah. tapi hasilnya sama je. adoiai.. pening kepala aku ni. kadang2 terpikir gak. kalau aku masuk U lain lama camni gak ke aku blaja.? nape orang lain belajar aku tengok cam sangat senang je nak abis? kalau aku tau camni punya susah n lama bagus aku berenti time aku umo 20 tahun dulu amek kos lain. amek nursing ke.. at least dah jadi nurse dah aku sekarang. ni dah terlambat kot. bak kata adik aku si piah ni.. "ko abiskan jelah yong.. lambat pun.. nak wat camne..." cam sangat senang je dia cakap. dia dah lepas senang ar kot. hai.. entahlah.. dengan english yang tak dapat d add lagi ni.. bertambah pening kepala aku ni..

doakan aku abis belajar k kengkawan.. semoga d permudahkan segala urusan aku.. Amin...

p/s;
cik shafiq pun nk sambung blaja gak. InsyaAllah.. doakan beliau sekali k.. (lambatlah aku kawin nampaknye...)

Tuesday, December 1, 2009

if I were a boy

If I were a boy even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted
And go drink beer with the guys

And chase after girls
I'd kick it with who I wanted
And I'd never get confronted for it
'Cause they stick up for me

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they'd think that I was sleeping alone

I'd put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she'd be faithful
Waiting for me to come home, to come home

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, oh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man

You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy


this song gave me a lot of thought and hope it will gave you all something to think about too..
enjoy this song but don't just enjoy the music but enjoy the lyrics also..

Sunday, November 22, 2009

detim @ keje

mendengarkan tajuk ni cam aku punya entry nak menceritakan tentang kami berdeting d tempat kerja. bukan begitu ye jawan2. ni entry nak cerita pasal nak detim ke nak keje?
oh.. sebelum itu.. ini cik sheeda di talian hokkay. cik shaffiq tak taulah bila dia nak update blog ni. wat masa ni cik shaffiq agak busy dengan kerja beliau. tu yang cam best je kalau wat entry pasal menda ni. bukan nak kata sekarang ni kitorang tak jumpa langsung tapi jumpa pun ala2 makan tengahari n g beli barang d pasaraya terkemuka G****T. kang orang kata aku bias plak. pomot pasaraya ni je. huhu..
cik shaffiq sekarang ni agak busy ye. wat ke2 kalinye aku gtau pasal menda ni. wat drawing untuk projek terbaru. kadang2 kena g puncak alam. dan oleh sebab aku tengah bercuti2 malaysia sekarang ni aku pun meluangkan masa dengan mengikut beliau ke puncak alam. memang berada di puncak lah alam tu. rasa macam berada d alam lain pun ada gak. dengan berbekalkan semangat nak siapkan keje cik shaffiq redah gak ar ke puncak alam tu. dengan pengetahuan yang ala2 malu2 kucing je aku ikut cik shaffiq. first time pergi kitorang ikut sg buluh sebab akak sepupu aku ada beli umah kat puncak alam n dia kata dekat ikut sungai buluh. sampai kat saujana utama shaffiq cakap mak cik dia ada duduk kat sana sorang. di sebabkan tak nak teruskan perjalanan dengan cara songsang kitorang pun menyinggah ke rumah makcik cik shaffiq. terkejut beliau dengan kedatangan kami. cam suprise gak ar. tu pun pakai redah je sebab tepon dia tak angkat. rupa2nya dekat je saujana utama tu dengan puncak alam hokkay. dengan instruction dari mak cik beliau kitorang sampai gaklah d tempat kejadian walaupun cam lewat setengah jam dari masa yang d janjikan. aku tunggu kat dalam keta je time tu. memang bosan. ingatkan nak lepak mana2 tapi takda tempat untuk d lepakkan. puncak alam belum membangun lagi tapi aku rasa satu masa nanti dia akan menjadi satu kawasan yang agak pesat membangun kot sebab ada UITM kat situ.
second time g kitorang ikut arah shah alam. lebih kurang je jarak dia cuma kalau ikut arah shah alam dia banyak lalu hutan. jadi cam jalan agak sunyi. kalau korang sukakan ketenangan bolehlah pertimbangkan puncak alam tu. lokasi agak jauh dari bandar tapi still ok. rumah2 dia pun ok2 n murah2 lagi kalau nak d bandingkan dengan harga runah kat KL ni.
takat ni jelah cerita aku pasal kitorang deting sambil berkerja.bukan aku yang bekerja. cik shaffiq. aku temankan aje..heee..
akhir kalam..renung2kan dan selamat beramal

Wednesday, November 18, 2009

helo..hello..hello...

hai kawan2.. dah lama rasanya ku tak update blog aku ni. bukan pe.. bz sediit ye.. anda rindu saya tak? huhu.. poyo je ayat. tapi tak sepoyo kalau aku tanya camni.."anda windu saye tak?' yaiks! windu? tak kuasa mak nyah..muahaha..!! exam dah abis. yabedabedu... duk lepak umah je sepanjang percutian ni. ni pun aku paw lappy seri. siap paksa dia tengok cerita nenek kebaya. ala cerita drama bersiri petang2 kul 430 sampai 530 tu...
takda cerita yang best yang aku nak bincangkan di sini. kehidupan berjalan dengan sangat smooth. tanpa sebarang persoalan atau perbalahan. cik shaffiq? dia sihat.. sihat sepanjang masa. tengok ar sape yang jaga..muahaha!! lappy si seri ni dah nak tepadam semua gara2 aku gerak2kan lappy dia ni. lappy ni special edision. huhu...sampai sini dulu.. take care semua...

Wednesday, October 14, 2009

baby...

dah agak lama aku tak meng'update'kan aku punya blog ni. windu r plak..windu?! hakhak... raya dah nak abis dah ni tapi mud raya masih berkobar2 di dada. time raya hari tu aku telah menerima sebanyak 2 orang baby sepupu, 2 orang baby anak sedara. tu baru belah abah aku. belah mak aku ada 2 orang baby gak. huhu.. banyaknye baby...
ni gambar sepupu kecik aku. nama dia syed mohamad danish. anak kepada adik abah aku. muka dia sebijik photostate muka abang dia daniel. muka masam je. nak tengok dia senyum punyalah susah...

ni aku nak cerita pasal menda lain pulak. pasal kitorang makan kat A&W. disebabkan aku malas nak wat entry baru aku scrapkan je dalam entry ni. bia korang pening kepala. sebenarnya dah lama dah kitorang g makan kat a&w ni. sebelum bulan poser lagi tapi tak sempat2 nak update blog. asek merepekkan menda lain je.

pasal apa aku cam excited sangat nak cerita pasal a&w ni? mesti korang pikir " da...~a&w je.. tak penah makan ke?". bukan sebab aku tak pernah makan ye.. bukan sebab itu tapi sebab sukar untuk mengaak cik shaffiq untuk makan di situ. aku rasa aku mengambil masa dalam 2 bulan gak nak bagi dia bersetuju untuk singgah kat a&w tu. padahal tiap kali balik umah kompom lalu a&w tu tapi tetap tak singgah. macam2 hintinglah aku dah wat contohnya.. di tengah panas matahari aku berkata "kalau dapat float a&w best ni" sambil memandang ke arah restoran yang memang dah ada depan mata. tapi cam besa.. cik shaffiq wat bodo je so aku pun nak nyedapkan ati berkata "takpelah..nanti2lah makan"..dan perjalanan diteruskan.. tapi akhirnya berjaya gak. itu pun sebab kitorang dah tak tau nak lepak mana. aku bagi cadangan.. "pe kata kita waffle a&w?dapat makan float sekali" dan tak disangka2 dia bersetuju..yay!! ni gambar kitorang kat tempat kejadian. a&w kota damansara..
muka puas ati dapat makan float..konon comellah tu...
nilah waffle yang di mangsakan. tapi tak abis pun makan..

muka cik shaffiq.gambar ni yang menyebabkan aku nak up blog ni. huhu.. nampak tak ke'bulat'tan muka cik shaffiq itu? hahaha...

Thursday, October 8, 2009

Dari Perunding ke Nelayan Kolam Cetek Udang

hahaha..hai semua? salam².. semalam keje agak banyak sebab nak siapkan satu tender nak hantar hari ni. kena stayback sampai malam nak siapkan. opisamate aku cadangkan ajak gi mancing udang. pasal ari tu memang dia dah ajak sebab kat kota damansara area umah aku memang ada buka kedai mancing udang. dalam kul11.30 setel semua keje terus gerak ke kota damansara. kebetulan lak aku gi keje cik shida yang anta. aku tumpang zairi (opismate aku) je nak balik kota. aku roger cik shida, dia pun memang nak tengok orang mancing udang tuh.
sampai kat kedai tuh lebih kurang kul11.45, terus cek in. sejam RM15. kitorang yang cam xtau pe² ni pakai belasah je mancing. aku cadang nak tengok je, sebab zairi je yang mancing. then cik shida pun sampai, terus menunggu dengan sabar. mancing undi pun kena sabar, inikan pulak mancing udang.
aku memang xde pengalaman mancing udang nih. zairi pernah gak mancing udang. so aku tengok je r. nak try xtau. nak tengok orang dulu cara dia. umpan yang di bagi hati ayam. dalam 5 minit letak pancing, terus kena (memang banyak kali umpan ditarik tapi udang nih makan macam main²) yang tarik kuat punya, zairi terus sembat tap sampai atas air je jatuh semula udang tuh. adeh..terlepas! then tunggu lagi, macam dah semangat sikit sebab dah nak dapat. kali ke2, benda yang sama gak terjadi. tapi kali ke3, zairi sembat kuat ke tepi, dapat seekor yang pertama. hehehe.. tangkapan pertama beb. gembira kemain kitorang. bersorak bagai. pastu nampak sepasang kapel india masuk mancing. pekerja kedai tuh ajar sikit cara kat diorang. kitorang curi dengar cara nak sembat udang tuh. rupanya nak sembat kena ikut arah umpan ditarik.lepas dah tau, tengok jam dah tinggal setengah jam. pulak tuh tengok kapel india tadi dah berjaya naikkan udang gak. besar hoccay!
kali nih, kitorang guna strategi yang dijarkan pekerja kedai tuh, alangkah gembira mendapat hasil. dalam masa 20 minit, 4 ekor berjaya dinaikkan. besar gak. hehehe.. cik shida pun nyaris naikkan seekor udang, tapi terlepas atas air gak. aku berjaya gak naikkan 2 ekor. yang 1 tuh pada masa kecederaan. last sekali. hehehe.. kami sangat gembira. aku ngan cik shida memang nak datang lagi. tungggUUUUUUUUUUUUUUU..

ini tangkapan aku! hehehehe

zairi dengan udang tangkapan beliau

hasil tangkapan!!

P/S: nantikan kehadiran ku lagi jebat

Sunday, October 4, 2009

Sambutan Raya 2009

Salam aidilfitri diucapkan. raya tahun nih sambutan biasa² aje. sebab ada peristiwa tabes malam nak raya tuh. akak aku masuk sepital n kena tahan di wad. dia disyaki menghidap batu karang. adeh! ari sabtu sebelum raya tuh, aku gi jemput dia kat LCCT, nampak dia macam ok je. sampai je umah, dia dah nampak cam tengah tahan sakit. bawa sampai ke malam. dia kata sakit perut biasa je. malam tuh, tengah bungkus ketupat palas reramai secara berjemaah, mak aku tengok dia cam dah ngerekot sangat je tahan sakit. dalam kul1130 malam aku kemas barang² dia nak bawa gi cek kat hospital. sampai je kat sepital macam biasa r dengan kerenah kakitangan kerajaan yang lagi suka borak dari wat keje. perlu ke nak tinggikan suara dulu baru korang nak buat keje? apekah? lepas doktor cek, doktor nasihatkan untuk duk di wad. syahdunya akak aku kena duk wad malam raya. hukhuk.. aku tumpang sedey. tapi mula² melawan gak ngan doktor tuh. kalau boleh xmau r duk wad. tapi terpaksa sebab nampak gaya macam xde kurang sakit akak aku nih. mak aku pun duk pujuk r dia sampai dia nak duk wad. balik rumah kul3 pagi. sampai rumah tengok jemaah bungkus ketupat palas masih gigih membungkus.
pagi raya tuh, reramai gi lawat akak aku kat sepital. bawakan makanan sikit pe yang patut. sambutan mercun pun macam biasa je. cuma tahun nih ada beli mercun macam merdeka tuh. korang layan video yang aku rekod bawah nih.



nak bakar mercun nih nak kena tunggu semua orang ada pulak tuh. semua dah pesan nak merasa tengok mercun tuh dibakar. last² raya ke3 baru dapat bakar mercun nih. lepas semua orang ada baru bakar. banyak lagi gambar² raya yang x sempat nak upload. aku lagi teruja nak kasi korang tengok mercun nih kot. haha..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri !

salam buat semua. kami (shaffiq@tomet + sheeda) di sini dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari di atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan dengan semua kenalan-kenalan tidak kira sama ada kesalahan yang terang lagi nyata mahupun kesalahan yang tiidak nyata atau pun secara tidak sengaja. oleh itu, kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri bagi yang menyambutnya di serata dunia.


bersederhanalah di hari raya ini di samping ekonomi yang x berapa nak baik nih kan. ekeke.. semoga semua insan bergembira di hari raya ini.

P/S: kalau korang sesat di muar @ melaka, roger r aku ok. beraya umah aku xde hal punya. sentiasa terbuka untuk korang. tapi roger dulu, kang kalau aku xde kang korang lak terlopong ..

Wednesday, September 16, 2009

balik kampung~~

ya.. setelah agak lama aku tidak meng'update' kerana memberi peluang kepada cik shaffiq untuk meng'update' cerita2 beliau.. untuk pengetahuan semua aku sekarang telah berada di kampung halaman.. kampung ka? aku dah kat melaka bandaraya bersejarah dah ni. dah 1, 2, 3 erm 5 hari aku kat umah ni. ni aku nak kongsi bersama kerajinan aku ketika berada di rumah..

aku balik hari jumaat petang. dalam kesesakkan jalan raya aku tempuh gak. ini semua adik aku punya pasal. dia keje sampai kul 5 petang. time sesak2 dengan orang ramai nak balik umahnye aku g amek dia kat depan opis dia. aku sampai agak lambat sebab seblum balik cek2 dulu pe yang patut kat keta aku tu. cek minyak hitam dan air. setelah memastikan kesemuanya okey okey belaka aku hidupkan enjin dan memulakan perjalanan. persinggahan pertama opis cik shaffiq. nak salam2 jumpa wat kali terakhir seblom raya. mintak mahap in advance lah lebih kurang. dapat jumpa jap je sebab takut jem jalan nanti. sedih gak nak tinggalkan beliau seorang diri diperantauan tapi aku pedulik hapa.. kuikuikui.. sampai dekat depan opis adik aku dia dah sedia tunggu dengan muka ala2 penat gitu. aku terus suh dia masuk keta tanpa memberhentikan kereta. kira hebatlah sebab jalan depan tu takleh nak berenti keta. kereta berderet2 kot. aku sampai umah dalam kul 7.45 malam. berbuka dalam kereta je. hukhuk..

ari sabtu aku sefamily berangkat ke bandar melaka untuk membeli baju raya. niat nak belikan baju raya untuk adik2 aku yang sekolah tu tapi apakan daya.. akak dia ni yang paling banyak membeli. hamek ko! sampia 7 helai baju aku tibai. tapi baju murahan je kot. selai aku bagi kat adik aku sebab dia wat muka kesian nakkan baju tu gak. takpe2.. akak dia ni murah hati. hameklah ko.. aku ada 6 lai lagi hokey...balik dari melaka terus melepak je sebab kepenatan. kaki kiri aku pun dan rasa ngilu. maybe sebab masa balik kat kl jem. pastu ari sabtu plak berjalan.. dia tak tahan lagi..siap pakai ebene mak aku lagi. sapu minyak panas. pastu tido..

ahad aku dengan rajinnye mengarahkan adik2 aku untuk memasang langsir rumah. aku arah diorang tak layan je so terpaksalah akak dia ni gak yang manjat2 bukak langsir lama pasang langsir baru. dah pasang2 langsir ada palk satu langsir pitu tak cukup. terpaksa tunggu mak aku jahit lagi satu. sampai la ni tak siap2 lagi..hukhuk..

ari senin aku bangun dah kul 1145 pagi. pe punya anak dara bangun lambat camni tapi ada aku kesah? bangun2 mandi terus wat kuih tart. walopun aku bangun lambat tapi mak aku tak bising hokkey.. sebab aku wat semua yang dia suruh.. hukhuk.. tak macam sesetengah orang tu.. udahlah bangun lambat.. satu keroje pun idok dibuatnye.. sape yang terasa..terasalah k.. lama tu nak wat kuih tart. lenguh2 gak tangan aku.aku wat tart gulung. mak aku suh masukkan dalam cup je tapi aku tengok cam tak berapa nak cantik. mak aku bukan apa.. dia kesian kat aku.. tahun lepas aku wat kuih tart dari pagi sampai ke malam kot. sampai sakit belakang. tapi tahun lepas aku wat 2 kilo. tahun ni wat 1 kilo je. aku wat sampai buka je dah siap. oklah tu..

ari selasa aku bangun cm biasalah 1145. rutin biasa. bangun, mandi pastu mak aku suh gulung kilt popia. dia nak buat kuih snow white. lama u aku gulung sebab dia kena potong kecik2. korang bayangkan satu lai kulit popiat tu bahagi 25. tu baru selai. satu paket kilut popia tu ada bape lai. aku kena gulung 2 paket. dari kul 1 aku start wat sampai kul 2 pagi baru siap. lama gila..

arini aku bangun awal sikit. kul 1015 pagi aku dah bangun. arini aku wat kuih cornflakes bermadu. senang je wat kuih tu. dalam kul 1245 siap wat kuih aku g amek adik balik sekolha. pastu kul 215 anta dia g sekolah agama. pas nta dia g sekolah agama terus je aku g avon beli barang yang mak and adik aku pesan. pastu singgah nutrimetics jap amekkan liptip mak aku. kat nutrimetiks tu tetiba terasa nak wat facial. amek ko.. aku wat facial samapi adik aku balik. ala.. dia balik pun kul 4. terus je g amek dia tadi. bawak balik umah. dalam kul 5 aku bawak mak aku g bazar ramadhan kat pengkalan balak ni. selalunya ari rabu ada pasar malam tapi tadi takda plak. terbantut niat mak aku nak beli daging nak wat rendang. terpaksa tunggu esok beli kat pasar..

esok aku nak buat biskut choclate chip. ari jumaat aku dah cakap ngan mak aku aku nak kemas umah. mak aku tengah sebok menjahit baju ni. aku cakap ngan dia by friday mesti siap sebab jumaat aku nak sapu n mop satu umah. semua barang2 aku nak kemas. so.. kesimpulannye aku punya cuti selama seminggu ni sangat terisi. kepada sesiapa yang nak ajak ai kelua kena wat appoinment dulu hokkey.. kuikuikui.. cam poyo jerk. nanti aku up gambar biskut2 yang aku dah wat okey.. selamat berpuasa..

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Lagik !

memang benar bagai di kata, kita di mesia nih sangat kaya dengan makanan. melimpah ruah dah kadangkala membazir bagai. aku x terkecuali. semalam, bertempat di kenny rogers jusco au2 keramat, kitorang makan² berbuka puasa di kenny rogers roster. tetamu undangan semalam ialah seri hana dan kamaliah. dah lama pun x kua makan dengan diorang nih. 22 makhluk nih diimport dari uia. nama pun kawan cik shida. pulang dari kerja jam 4.30, balik rumah tukar baju jap. then terus gerak ke gombak untuk pick up makhluk 2 orang nih. on the way tuh dah call lokasi restoran untuk wat tempahan meja. tak mau kejadian x diingini berulang.

tiga dara pingitan (shida, kamal, seri)

sampai di jusco lebih kurang jam 6.30 petang. menepati janji kat staff kenny rogers yang angkat tipon tuh. heheh.. terus check in and amek order and bayar. lepas bayar tengok jam masa ada banyak lagi. jenjalan dulu berbelanja tingkap (window shopping) seraun dua di situ. huhahuha, masa dah time. masa untuk tayang makanan dah sampai.yaiy! huhu.. makan punya makan punya makan..dah muncit memasing, sandar jerk kat kerusi tuh kasi ayam turun ke perut. (orang tua kata r).

kami!!!

makanan kat mesia memang sedap². camne r orang kat somalia tuh bebuka puasa yerk. semoga mereka mendapat makanan yang cukup kekdahnya. kitorang pun amek menu biasa² je. memandangkan nak makan ayam, bape menu je yang ada berkait dengan ayam kat situ. korang pun tau kan. masam untuk gambar. korang tengok jelah gambar makanan yang dimakan. kalua kecur petang kang korang gerak je ke cawangan kenny rogers berdekatan dengan rumah kediaman anda ok.

ayam yang dah tinggal tulang jerk. isi dah di tibai.

muffin yang ada kismis doa (ye ke)

mujur tak tercucuk hidung tuh.

hopefully korang gembira dengan acar berbuka puasa kami nih.
P/S: tunggu buka puasa dengan budak kelas lak batch itho lak. JW Mariot atau One World OU.

Tuesday, September 8, 2009

Makan³ Di Marche, The Curve

sudah selesai 18 hari puasa. rezeki makan di bulan puasa memang melimpah ruah. minggu lepas ada jamuan di Tropicana. makanan di sana memang tersangat banyak. setakat nih kalau nak berbuka buffet atau makan² ke, aku rekemen korang ke situ. harga dari RM48 hingga RM72. dengan tagline cheapest in PJ, bolehlah korang ke sana. aku pun vendor yang belanja. hehe.. makan free jerk. aku rasa di situ segalah bagai makanan yang korang nak ada. char kue tiau, rendang, tomyam, ketupat, lemang, cendol, jus buah, abc, teh tarik, kopi, lauk pauk, kueh mueh dan lelain lah kekdahnya.

antara makanan di tropicana (raun ke bape tak hengat)

then semalam pulak, satu lagi vendor bermurah hati nak belanja kitorang berbuka puasa. banyak ganjaran bagi makanan untuk mereka yang berpuasa pun. pahalanya seperti kamu berpuasa seperti mereka. destinasi yang dipilih ialah restoran marche di the curve. restoran makanan barat kekdahnya. kos makan di situ untuk seorang ialah RM45 tidak termasuk air minuman. minuman disitu bergantung pada apa yang korangmau minum. harga minuman dari RM1 ke RM25. kalau korang banyak minum, banyak r sikit harganya. tapi memandangkan aku nih vendor belanja, aku layan je yang mahal² sikit. hehe..
sampai kat situ around 7pm. orang dah start ramai meluru masuk ke restoran tersebut. lepas dapat meja, terus lincah kaduk hushar makanan. banyak gak makanan yang disediakan untuk tetamu. yang pasti semuanya segar. dari jus hingga ke
steak, segar dari ladang. bagusnya disini, diorang tak menggalakkan pembaziran di mana tetamu akan didenda RM5 untuk setiap 100gm makanan yang tidak habis dimakan. so kena amek ngam² la untuk mengelak pembaziran. sistem disini menggunakan kad yang akan dicop.

kad yang akan dicop

jus segar orange dan mochachino (lagi sedap dari mocha float di pizza hut) (honey dew tiada dalam gambar pun layan)

peserta yang makan semalam

makanan untuk raun pertama

wajah pinggan setelah selesai makan²

kesimpulannya, makanan disitu memang sedap. tapi pilihan makanan tidak sebanyak mana. menu tidak banyak kot. kalau korang nak cuba, silalah ye ke the curve. kedai dia yang ada lembu di luar kedai tuh.

P/S: hari ini mau makan di mana ya?

Monday, September 7, 2009

Scalp Treatment Yang Menyengsakan!

Lepas 3 hari aku buat scalp treatment, dengan ini aku memaklumkan aku tidak sesuai dengan treatment tersebut. Kepala aku migrain 3 hari berturut². aduh! tak mau buat kat situ lagik! nak buat dekat spa lain pulak.

sekadar hiasan.

P/S: sesiapa ada salon atau spa nak rekemen untuk wat treatment rambut, sila gunakan syokbok kami atau komen k.

Thursday, September 3, 2009

Rawatan Rambut di Spa Rambut

banyak masa terluang time bulan puasa nih. beban kerja pun makin kurang, dan masa untk bergosip di internet pun makin banyak. hehe.. semalam aku dan cik shida cadang nak makan steamboat kat johny. tapi aku call untuk reserved lebih kurang kul4 petang, oredi fully booked. apekah sangat ramai yang nak mencekik kat situ.. adeh laa.. tapi kegigihan kitorang x sampai di situ sahaja. asa masih ada untuk di teruskan. wakaka.. dah lama cadang nak jenjalan shoppping tengok baju kat JJ Alpha Angle, masa je xde. then semalam terus ke sana untuk melempiaskan niat kitorang.
dah tau johny fully booked, so kitorang decide untuk minum air je dulu kat food court. layan teh ais dengan cendol special. lupa nak amek gmbar. cendol ada pulut, kacang dan jagung macam biasalah kan. tang mana yang special tuh wa pun tatau. lepas je berbuka kitorang pun jenjalan dulu lah kat JJ tuh sementara nak tunggu restoran johny tuh clear. sebab kalau orang berbuka puasa, mesti dalam kul8.30 baru diorang start blah dari situ. jalan punya jalan, tengok punya tengok, belek punya belek, cik shida kenan kat satu kasut. harga pun ok. terus angkat tanpa was².. dah lama pun beliau cari kasut raya. baru la nih jumpa yang kenan n selesa di pakai katanya.
then masuk ke johny n makan² steamboat. aku macam rasa kureng lak nak makan lagi steamboat di situ. x kena dengan tekak kekdahnya. xpelah, next time aku xmau order steamboat lagi r. lagi bagus layan daging steam kat situ.
kitorang singgah gak kat 1 spa yang ada macam² servis. dari rambut sampai ke hujung kuku kaki. kau masuk situ sebab nak tengok pakej rawatan rambut. aku memang dah lama suvey mana² spa yang leh wat rawatan rambut dengan harga yang munasabah. nih semua sebab rambut aku yang makin banyak uban dan makin tinggal sikit sebab keguguran. lelaki pun leh keguguran tau. tapi rambut r eik. lepas di beri penerangan serba sedikit, aku setuju untuk buat rawatan percubaan.
sebelum rawatan, dia akan scan dulu rambut nak tengok sejauh mana masalah rambut di kepala kita. masa scan, kita akan nampak mana bahagian yang tidak sihat dah yang sihat. jika sihat, rambut biasanya akan ada 2 atau 3 helai rambut pada satu liang. tapi aku ada 1 je. kompom tak sihat! then ada jugak masalah kelemumur pada kulit kepala. bukan pada rambut. maksudnya ini ialah jenis kelemumur yang sukar di musnahkan jika guna syampu biasa yang ada di pasaran. kena guna special syampu baru dia jalan.
then dia start rawatan dengan melumur ubat untuk bunuh kuman pada kulit kepala aku. bais 1 kepala dah kena lumur, dia akan stimkan rambut. (ye ke nama dia stimkan? aku bantai jerk.)

masa kena stimkan

lepas tunggu dia stimkan tuh, layan je r majalah² yang ada kat situ. lebih kurang 15 minit, dia cuci lak rambut aku. lepas siap, rasa ringan je kepala sebab rasa berangin kot. lupa nak habaq cik shida pun buat juga rawatan nih. so aku berduet r dengan dia buat rawatan nih. dia pun ada masalah rambut gak. lebih kurang 30 minit, selesai semua rawatan. nak tengok dulu kesan rawatan percubaan nih. kalau berkesan aku akan rekemen pada korang gak nanti. nama spa tuh The Face Affair di Jusco Alpha Angle. ada juga cawangan lain di KL. kena observe dulu untuk 2 minggu nak tau kesan dia. nanti aku update lagi. sampai sini dulu. jalan daa ..

Tuesday, September 1, 2009

Sahur Di Mana ..

alhamdulillah, dah 12 hari kita semua berpuasa. pejam celik pejam celik, dah nak 2 minggu dah hoccay. jap sangat rasanya. semoga semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. tahun nih aku semangat sikit nak sahur. kalau biasanya, sahur akan tebuk² (jarang sahur r tuh), tapi tahun nih rasanya setiap hari akna sahur. lagi pun sahur dengan gadis, semangat r sikit kot.
semalam, lepas makan² kat noodle station di giant kota damansara, balik rehat japs. siap² tarawikh semua dalam kul10.30, plan nak minum kat uptown kota. leh hushar tudung akak aku yang x sempat di beli masa gi jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) ari tuh. layan² minum tengok ada bubur nasi. layan bubur nasi. kuat makan hoccay sekarang nih. padahal masa berbuka dah layan nasi ayam ngan pau chicken chop cik shida. jenjalan kat uptown sat, jumpa jeans untuk cik shida. kain baldu kale cekelat. nampak oldskul sikit. dulu cik shida x berapa minat ngan kale tuh. tapi la nih dia macam minat lak. tanya harga macam mahal sebab menyangkakan harga di uptown danau kota lebih murah.
tanpa keraguan yang banyak, terus je kona stereng kereta menuju ke uptown danau kota. sampai kat danau kota around 12.30am, jenjalan then hushar harga jeans yang sama. rupanya harganya sama jerk! adeh! hamek ko. tapi xpe r, dah sampai pun. dapat jenjalan memalam tengok lelampu bersama kekasih. hukhuk..
sampai habis tawaf kat uptown, masa untuk decide beli di kedai yang mana. at last, dapat gak. tapi saiz pinggang diragu. so nak fitting xde bilik persalinan. so, kitorang sahur terus kat restoran Pak Li. sebab nak guna tandas dia gak pun. hehe.. menu pagi nih ialah mee udang (untuk cik shida) dan telur setengah masak (untuk aku) memandangkan aku dah layan bubur nasi tadi kembang semangkuk kekdahnya. kitorang layan bersama dua cawan white coffee. (sorang satu r). tapi kopi yang dihidangkan kurang kick seperti selalu. macam kureng mantop r. kecewa sedikit.
nilah rupa menu kitorang pagi tadi.

pintu masuk Pak Li

mee udang cik shida

kopi yang x bape kaw! hujung tuh telur dah habis.


sekian dulu. salam ramadhan!

Monday, August 24, 2009

poser2..

assalamualaikum kawan2.. dah agak lama aku tak meng"update" eik.. cik shaffiq amek alih semula. bukan apa..aku takda topik perbincangan yang hangat yang nak diketengahkan. harini masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa termasuk aku. belom ponteng lagi takat ni.. pasni tak tau lagi lah pe naseb. haha.. hari berlalu cam biasa. harini aku berbuka steamboat. wat kat dalam bilik je.illegally tau.. korang jangan g ngadu kat principal kolej aku plak. eh! bukan aku tapi seri dan kamal.

tak tau tiba2 je rasa nak makan steamboat. nak g makan kat johnny's cam tak berapa nak mampu je.. kalau takat nak rasa2 je bleh ar.. tapi ni dengan tahap kelaparan berpuasa aku amek keputusan untuk memaksa kamal and sri untukbersetuju masak steamboat kat bilik je. hasilnya sangat memuaskan. nasi dah masak, ayam, udang, sotong dan bebola2 yang lain telah siap terhidang. tunggu masa untuk dileburkan je dalam periuk berisi air tomyam.. terkeliur tak bunyinye.. muahaha.. aku nak g beli air bandung dengan aiskrim soda.. adoiai.. sangat sedap kot. hukhuk..

esok cik shaffiq gaji.. huhu... "Abang...esok kita buka sama k~~"(ayat bodek sambil wat muka comel)..heee...sampai sini dulu.. daaa...

Sunday, August 23, 2009

Kejadian Menyambut Ramadhan

Dalam keghairahan aku nak balik menyambut ramadhan di kampung, aku telah ditimpa kecelakaan namun aku sangat bersyukur r xde pe² berlaku pada aku. Tayar depan kereta meletup time on the way balik kampung jumaat lepas. aku gerak dari KL lepas solat jumaat dalam kul2.15pm. sebelum gerak dari opis, opismate aku dah saun, dia kata 'eh, met, tayar ko bocor tepi ke ari tuh?' aku pun duk kata, 'a'ah, bocor tepi'. then abis kat situ je. dia pun x sempat nak pesan seterusnya kat aku bahawa jika tayar pernah bocor di tepi, sangat bahaya untuk dipandu untuk jarak yang jauh.
masa on the way tuh, aku dah terasa dah stering macam berat ke sebelah. aku fikirkan alligment tayar lari sikit. then beberapa saat kemudia aku terfikir cakap opismate aku. then aku fikir, aku akan cek bile sampai di tol sebab jarak tol dah x jauh lagi. dalam 10km. beberapa minit je lepas tuh sejurus selepas hentian bemban, sekali pom daa. tayar meletup sewaktu aku di lane paling kanan lak tuh. aku dah kaget tengok stering sukar di kawal. aduh! mujur kereta dari belakang jauh lagi.

aku try kawal then dapat berhenti kat tepi. kaki ketaq abis. huhu.. pengalaman sulung r katakan. aku kua dari kereta then tengok tayar memang dah hancus dah. rim xtau bengkok ke x. aku terus call semula opismate aku, dia pun kata lupa nak pesan jangan bawa laju kalau tayar dah pernah bocor tepi. adeh! then aku terus amek alat² nak tukar tayar kat but kereta. nasibbaik pengalaman tukar tayar kereta dah ada. xde r jakun sangat tengok alat² tuh.

tengah nak buka² tayar tuh, sampai la plus ronda. dia reverse dari mana ntah. ak utengok tadik depan aku xde sape pun. juah gak dia reverse. bagus gak hidung diorang dapat menghidu kejadian yang aku alami. then, diorangtawarkan diri untuk tolong. aku pun setuju jelah. tengah panas lagi pun dengan kereta laju nak mati di situ. then salah sorang anggota plus ronda tuh kawal lalu lintas then lagi sorang tolong aku tukar tayar.

lepas siap semuanya, aku pun jalan semula pelan². sebab guna tayar spare yang kecik tuh. paling laju leh gi dalam 80kmh jerk. ngan kaki ketaq lagi, kena bawa pelan² r since perjalanan pun dah x jauh. kesimpulan yang aku dapat buat, kalau tayar dah pernah bocor tepi, korang tukar baru jelah. bahaya sebab di bahagian tepi tuh dawai yang mnampung kekuatan tayar dah kurang. so senang nak meletup. hukhuk..

tidak dilupakan juga, masa aku nak sumbat tayar yang dah pecah tuh dalam but kereta, tiba² nampak ada darah menitik. eh, darah sape lak aku duk pk. sekali tengok jari aku dapat cenderahati rupanya. erk ..


tayar yang pecah

tayar selepas diganti

cenderahati pada jari.

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ~

~ Salam semua! bersawang blog nih ditinggalkan x berupdate. tukang update missing in action. cik sheeda aku dah kasi pakai berukben pun dia x hapdet gak. x sempat katanya. aku pun x sempat nak hapdet. kena luang²kan masa sikit untuk masuk sini. dalam pada kita bergembira, ingatlah yang tiada. aku baru menerima berita pemergian ayahanda incik pijie pada hari semalam 18 ogos 2009. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang dimuliakan. buat incik pijie, semoga tabah menerima semua ketentuan. dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. AlFatihah untuk Allahyarham.

aku dengan cik sheeda pun dah lama x menuntun wayang untuk dikongsikan sinopsisnya bersama korang. almaklum bahana H1N1, kami mengambil langkah yang lebih selamat dengan tidak keluar ke tempat² yang terlalu ramai manusia. ye ke .. padahal ada gak kekadang .. kebelakangan nih pun aku sedang menghushar kamera DSLR untuk dibeli. taktau nak pilih yang mana. hehe.. antara d5000 .. d90 .. 450d .. atau pun 500d .. kalau korang rasa nak meracun, dipersilakan. wakaka ..

dah lama jugak x letak sebarang gambar kat blog nih. mulanya nak letak gambar rambut aku yang dipotong pada kadar tapak 1 setengah. dah lama aku x potong rambut sependek ini. last rasanya masa sekolah kot. aku potong sependek nih pun sebab nak baiki pertumbuhan rambut ak yang banyak gugur dan beruban. pe kes lak nih.. kalau mak aku tengok rambut aku sekang nih kompom beliau akan memuji.. hihi.. kalau cik sheeda ada simpan gambar rambut saya yang terbaru, sila haplod hoccay!

dalam ramadhan yang bakal menjelang nih jugak, awal ramadhan yang bakal jatuh pada sabtu 22 ogos nih, kami menyusun sepuluh jari kaki dah sepuluh jari tangan pada korang semua agar dapat dimaafin segala salah dan silap kami sepanjang mengenali kalian yerk! korang puasa penuh² dan bagus² hoccay. selamat berpuasa buat semua. buat cik sheeda, macam biasalah tawarannya, kalau puasa tak penuh, tak merasa duit raya hoccay! hehehe..


kemeriahan raya kat giant kota damansara dah melorat².. diorang pun dah pasang lagu raya dan dah melambak jual buku resipi raya dan sengkatan dengannya.. so, korang² yang very the semangat nak raya tuh boleh lah berkunjung ke sana..ke sana..ke sanaaaa.. i'm in a very good mud rite now. sesapa nak membodek aku sekang , boleh lah cuba cucuk line (untuk cik sheeda jerk). gerak dulu! bai!

Sunday, August 9, 2009

Kelambatan Keupdatean!

hm, setelah lama aku x masuk sini, aku masuk r atas permintaan tuan tanah kedaung tersebut. aku memang sibuk sikit lately dengan kerja² pejabat + aku x berapa sihat. setelah lama x demam, kena lak demam. hm..dah nak kena kan..lagi musim² H1N1 nih, ahmatlah takut aku.
pagi khamis tuh aku dah puasa tapi masuk je opis, dah tutup ekon semua dan memakai sweater, aku rasa sejuk ya amat. tanda yang pertama! kemudian rasa tekak yang sangat x selesa. itu kedua! pastu lak kepala dah rasa meong pulak! lengkap dah petanda demam pada aku. waktu lunch tuh aku pun gi klinik panel kat opis aku tuh. aku minta doktor tu cek sekali tekanan darah aku. mana tau lately nih kerja banyak, pressure lebih sikit, takut tekanan darah naik gak kan. alhamdulillah, tekanan darah normal. naik max 110, turun min 80. suhu badan aku time tuh dalam 39 darjah celcius. dalam fahrenheit korang konbet sendiri hoccay.
dalam kekalutan gi cek tuh, doktor dah bekalkan aku dengan 5 jenis ubat untuk demam tuh beserta MC sehari jerk.(kedek la doktor nih, panel la katakan) ubat²nya ialah:
1. demam (makan 2 biji selepas makan, 3 kali sehari)
2. selesema (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
3. buang kahak (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
4. antibiotik (makan 1 biji selepas makan, 3 kali sehari)
5. batuk (makan 2 biji selepas makan, 3 kali sehari)

ini menjadikan semuanya 7 biji sekali makan.wiki..wiki..banyak gile. leceh tul ah. layan jelah sebab takut demam berlarutan. ubat selesema lak macam biasalah kan, kalau x ngantuk lepas makan dia, x feel ah.hehe..so don't ever take it and cycling near the lake hoccay. dengan berbekalkan MC yang ada, kemas barang sikit then balik rumah lah untuk berehat. macam nak tengok wayang tapi niat terbatal lah sebab lepas makan ubat(kena buka pose) rasa ngantuk yang ahmat tabachan dasat lah. kensel jelah nak tengok wayang, kepala pun ada high sikit. aku sambung MC aku sampai jumaat pasal malam jumaat tuh lepas makan ubat, macam obedos lak. pagi terlajak bangun. kul12 hoccay aku bangun.pergh, ubat nih dasat tul lah. tabik toinggggGG lah kat ko.
so,arini lepas dua hari, demam dah beransur pulih. esok dah boleh masuk seperti biasa. harap semuanya bejalan lancar. sampai sini sulu, renung²kan dan selamat beramal!

Wednesday, August 5, 2009

yaaa!!!

tuan tanah kedaung dah menggila!! huhu.. sementara menunggu waktu lab yang bakal tiba. cik sheeda mengambil kesempatan ini untuk meng'update' blog ini buat kesekian kalinya. asek cik sheeda je yang update. cik shaffiq bz hoccay.. jangan tanya cik sheeeda pe yang di bzkan oleh beliau sebab cik sheeda pun tak tau. tapi yang penting beliau bz.

cik sheeda pun cik sheedalah janji blog ni ber'update'. cik shaffiq demam.. wuwuwuwu.. pagi tadi selepas memesej selamat pagi muah2 kat cik sheeda, cik shaffiq ngadu beliau sejuk kat opis. tekak dah mulai perit. memang dari semalam beliau dah cakap beliau cam sakit tekak tapi tidak diendahkan oleh pihak penaja @ cik sheeda @ aku lah tu.. hari ni makin sakit tekak so atas desakan cik sheeda. dan hasilnya... cik shaffiq dianugerahkan dengan setimbunan ubat beserta MC. MC hokkay... yay! boleh g tengok wayang! bukan cik sheeda yang ajak.. cik shaffiq yang ajak.. cik sheeda baek je tau..(puji diri sendiri)

cik seri sudah berangkat pulang ke pangkal jalan @ JB. dengar kabar @ rumors minggu depan giliran UIA @ IIUM pulak bakal menutupkan pintu pagar. semua tengah menunggu berita diumumkan je. sekarang ni diorang tunggu PM datang wat talk kat UIA esok. selepas tu baru diorang umumkan. kata cik seri. so tanpa berlengah lagi cik seri pun mencabutkan diri beliau. meninggalkan cik kamal kesorangan di bilik. cik sheeda pun nak balik petang ini juga. tanpa menunggu dengan lebih lama. kalau tak cuti pun cik sheeda tak kisah. kalau cuti lagi best! mari sama2 kita nantikan keputusan pihak atasan UIA samada mahu menutup UIA atau tidak. tapi cik sheeda dengar kabar dah banyak kes H1N1 kat UIA ni just diorang tak nak war2kan. cik sheeda pun dah suspen je.. hopefully nothing bad happen.

okeylah kawan2.. sampai sini dulu update dari cik sheeda. lepas lab ni cik sheeda nak g melawat cik shaffiq. ada sapa2 nak sampaikan sebarang pesanan? siap nak melawat. kepada sesiapa yang terserempak ngan kitorang kat "lengkong" nanti sila wat2 cam tak kenal ye.. "lengkong"?! ni semua adik aku punya keje. dia bleh panggil the curve tu lengkong. hahaha

Tuesday, August 4, 2009

lalala~~

kali ini aku berlagu riang. walopun dengan ketiadaan laptop yang banyak berjasa tu aaku masih mampu tersenyum. wah! hikhik.. aku dah lama tak update blog ni. mesti korang ternanti2 perkembangan terbaru yang berlaku. sabar ye kawan2.. ai bz aketlah.. huhu..
projek terbaru aku? balik ujung minggu aritu aku wat cupcakes lagi. lagi dan lagi.. semua makhluk kat umah aku terpaksa pasrah dengan kegilaan akak sulong diorang ni. huhu.. korang layankan jelah...
coklat base n roses.. awan n sahlan yang makan semua ni

ni pulak hasil kerja adik aku sakinah yang maleh nak wat ising.dia tau nak guna je..


dan yang ada luv2 ni untuk cik shaffiq.. komen dia? "manis je macam" hukhuk...

tidak cukup dengan itu.. aku nak upload gambar anak2 buah aku yang comel. kembar. aku memang adore akak sepupu aku dengan ketabahan beliau melahirkan dan menjaga si kembar yang agak lasak ni.. layan...



ashraf.. korang panggillah camne pun dia wat tak tau je.. tapi kalau pakai tudung laju je dia ngekor. tau sangat bila orang pakai tudung nak g jalan..



afiq yang sentiasa ceria dan banyak cakap. dia ni anak ibu. manjang cari ibu dia

ni pulak layan video afiq main mata.. kawaiiiieee...

Wednesday, July 29, 2009

lappy lappy...

wa... kebosanan tahap melampaui akal pikiran ar. kalau korang berada d tempat aku apakah yang akan korang lakukan? need some idea... laptop rosak.. takleh nengok cerita2 yang menarik hati dalam lappy tu.. uhuk3.. terpaksalah aku menumpang kaseh sayang chenta aku dengan kamal dan seri. huhu.. bak kata kamal time2 sesak camnilah baru ko ingat kawan. hikhik.. sory ar mal.. pe guna ko sebagai kawan time susah? hehe...

adoiai.. ngeloh lagi. dah masuk kali keberapa lah aku mengeloh ni. ni pun kat bilik kamal ni. tanpa mengendahkan kamal, seri dan ade yang sedang ber"gosssiiip!!" dan mengeluarkan isi hati masing2 aku tetap teguh dengan kebosanan aku. rasa camnak keluar tapi nak berjalan pun aku malas ni. bleh tak kalau aku nak keluar tapi takmo berjalan? merangkakkah? mengengsotkah? kita nantikan bersama-sama samada aku ni akan keluar atau tidak.. yaaa!!

perdebatan antara seri, kamal dan ade dah semakin membahang. dah naik bingit telinga aku ni. huhu.. adoiai... aku mengantuk gile... kawan2 hentikan segala gossip korang sekarang!! hikhik..
ada terasa nak makan old town ni. apa kata jap lagi g old town kat taman melati. best gak eik. teringin nak makan dia punya roti bajar dia.. nyam2.. sedap tu.. kawan2.. jom kita ke old town. bayar sendiri2.. marilah kawan2... kelip.. kelip...

ayat untuk arini.."will flowers bloom without leaves?" ni ayat aku ni.. aku baru invent tak lama aritu. aku cipta pada 2 hari lepas.. hmm.. will flowers bloom without leaves? korang rasakan.. boleh ke korang rasa gembira tanpa sedih? bagi akulah kan.. kalau kita tak rasa sedih, camne kita nak tahu kita gembira? gembira ke sedih ke semuanya hidup. kalau arini kita sedih.. doa lah moga2 esok2 kita akan rasa gembira 2 kali ganda dari kesedihan kita. akhir kata... renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, July 21, 2009

kenduri kawin moli

kepada kawan2 semua.. atas permintaan korang aku up gambar kawin moli yang aku amek. maaf ye kawan2 sebab lagi banyak gambar aku dari tuan punya majlis. bukan ape.. dah kamera aku.. sukati akulah nak amek gambar sapa yang aku suka.. kuikuikui.. pe2 hal pun.. layan...

exclusive dari kedai mekap kami bawak pulang

tekun dengar pak kadi tu cakap. ntah dengar ntah tak je tu

muka excited nak nikah. ko memang tak nyabar tau

diam selepas dijeling mak cik seblah umah

anak sape ntah. aku dah tak ingat nama dia tapi pangkat anak sedara moli budak ni

nanti ada masa aku up lagi. aku malas gile sekarang ni. kepada puan molisa. kalau agak2 nak gambar tu datang amek kat aku. 




Wednesday, July 15, 2009

back to school...

ya.. selamat kembali ke sekolah aku ucapkan kepada semua students yang telah berjaya menghadirkan diri kembali ke universiti masing2 termasuklah aku. agak dah lama aku tak update blog ye. bukan apa.. bukan saya kerek atau sombong. bukan ye.. aku bz sikitlah masuk2 ni. biasalah.. dengan sibuk nak balik umah je kejaannye.. haahaahaaa.. (gelak jahat)

susah sikit nak update sebab laptop aku tak diregister lagi untuk wireless. nanti aku dah register tiap2 hari aku update. amek ko! jangan sampai tak larat sudah ye kawan2 yang membaca. ujung minggu lepas atau lebih specific lagi pada hari sabtu 11 hb julai aku telah pergi ke kenduri kawin member yang agak rapat, mampat, padat aku iaitu... hafidamolisa ngah. gambar aku tak dapat nak update lagi sebab aku tak bawak.. muakaka.. nanti aku update k. dengan ini saya ucapkan selamat pengantin baru kepada cik moli. eh puan moli dan suami cik khairul.. cam geli jek panggil cik khairul. aku lupalah nama penuh beliau. hukhuk

oleh kerana perut aku dah lapar.. aku sudahi blog aku kali ni dengan ucapan. mari kita sama belajar sepenuh hati. muahahaha.. (gelak lagi)

Tuesday, July 7, 2009

hari-hari terakhir...

hari ni hari terakhir aku praktikal. yay! dari dulu aku menanti2 waktu2 ini. ada gak member2 yang dah abis praktikal awal. aku punya keskemaran telah menyebabkan aku menunggu sampai ke titisan saat terakhir untuk praktikal. huhu.. semalam berjaya gak aku mengambil gambar di kapal yang aku tengok dari ujung mata je selama aku praktikal kat sini. niat hati pagi ni nak g amek gambar lagi sebab semalam tak dapat nak amek banyak sangat. aku dah bercadang nak amek gambar ala2 titanic atas damai tu tapi tadi pagi angin sangat kuat sampai ala2 ribut nak melanda. air bag yang diletakkan bawah damai pun bleh bergerak. korang tau tak air bag tu menatang pe? mesti tak tau. 

air bag adalah sejenis alat berwarna hitam cam pelampung. panjang dia ala2 banana boat aku cakap ko. kegunaan dia untuk menampung kapal2 ketika along-side. kapal damai ni memang berada kat tepi sungai ni sebab dia dah takda permit nak belayar. ada sape2 nak beli bleh apply k. haha..

dengan cik rahmat. nanti bleh belanja lagi ye..

aleem yang skema. susah nak amek gambar ngan dia ni

team technical management

technical team tengah bersenam

perhimpunan di pagi hari

Wednesday, July 1, 2009

party buih!!

tanggal 1 julai yakni semalam telah berlangsung satu parti yang agak meriah ye kawan2. sori kepasa sesiapa yang tak menerima undangan. hahaha.. farewell parti untuk supervisor aku encik hamzah atau lebih dikenali sebagai jack sparrow. dia telah tamat tempoh kerja selama setahun. majlis sambutan hari lahir juga berlangsung atas desakan seseorang (sapa makan cili dia rasa pedasnya) huhu...
majlis dijalankan di johnny jaya jusco melaka. seramai 13 orang dewasa berserta 2 kanak2 telah hadir semalam. majlis berlangsung agak lewat sebab masing2 datang lambat. aku, kak tini dan kak pojiah je yang semangat menepati masa yang ditetapkan yang lain hampeh.. lambat je datang tapi majlis telah berlangsung dengan jayanya. aku sertakan gambar2 yang sempat diambil semasa kejadian.

lapar.. terpaksa makan eskrem dulu

muka bajet comel pihak penganjur

kek yang tak bape nak best

muka seorang yang telah berenti happy dapat hadiah

potong kek dulu

Monday, June 29, 2009

Perkahwinan Kawan-Kawan Lagik !!

Bila tiba cuti sekolah, lazimnya bapak2 ibu2 semua yang ada di sini, goyang yuuukk!! Ops, bukan hoccay, bapak2 ibu2 mengambil kesempatan ini untuk menjalankan majlis samada untuk sunatkan anak, kahwinkan anak, tunangkan anak dan macam2 lagi. Hopefully xde yang amek kesempatan sempena cuti sekolah untuk ceraikan anak sudah lah eik.
Rasanya cuti sekolah yang berlangsung pada awal Jun lalu paling banyak majlis kahwin diadakan. Kawan2 aku sendiri pun ramai tak termasuk sepupu aku yang berkahwin juga dengan pasangannya. Aku harap dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kekal milik korang dan pasangan korang selama2nya. Sabtu, 6 Jun lepas, beberapa orang kawan aku selamat di ijabkabulkan dan yang aku sempat pergi menjenguk ke majlis diorang hanyalah 2 majlis di sebabkan faktor jarak dan masa cuti yang singkat. Kemudian ke majlis sepupu aku pada 7 Jun pulak.
Kawan yang aku maksudkan ialah Nurhanim Aimanan aka Anem ex-SMKTBP batch 01/02 dan Abby ex-UTHM 04/07. (Nama sebenar dia aku lupa lak). Tapi, gambar yang ada pada aku hanyalah gambar henpon yang x cantik. Aku cilok gambar dari FS Anem untuk tatapan korang. Abby lum upload gambar lak. Kalau dah ada aku akan update lagik. Aku ke majlis mereka dengan teman tapi mesra ku lah seperti biasa mengambil berkat dannasi berkat. Hakhak .. Layan jelah eik ..


Raja dan Permaisuri Sehari !!


Kekal selamanya eik !!


Kopang2 Kebum2 .. Kopang2 Kebum2 ..