Tuesday, September 8, 2009

Makan³ Di Marche, The Curve

sudah selesai 18 hari puasa. rezeki makan di bulan puasa memang melimpah ruah. minggu lepas ada jamuan di Tropicana. makanan di sana memang tersangat banyak. setakat nih kalau nak berbuka buffet atau makan² ke, aku rekemen korang ke situ. harga dari RM48 hingga RM72. dengan tagline cheapest in PJ, bolehlah korang ke sana. aku pun vendor yang belanja. hehe.. makan free jerk. aku rasa di situ segalah bagai makanan yang korang nak ada. char kue tiau, rendang, tomyam, ketupat, lemang, cendol, jus buah, abc, teh tarik, kopi, lauk pauk, kueh mueh dan lelain lah kekdahnya.

antara makanan di tropicana (raun ke bape tak hengat)

then semalam pulak, satu lagi vendor bermurah hati nak belanja kitorang berbuka puasa. banyak ganjaran bagi makanan untuk mereka yang berpuasa pun. pahalanya seperti kamu berpuasa seperti mereka. destinasi yang dipilih ialah restoran marche di the curve. restoran makanan barat kekdahnya. kos makan di situ untuk seorang ialah RM45 tidak termasuk air minuman. minuman disitu bergantung pada apa yang korangmau minum. harga minuman dari RM1 ke RM25. kalau korang banyak minum, banyak r sikit harganya. tapi memandangkan aku nih vendor belanja, aku layan je yang mahal² sikit. hehe..
sampai kat situ around 7pm. orang dah start ramai meluru masuk ke restoran tersebut. lepas dapat meja, terus lincah kaduk hushar makanan. banyak gak makanan yang disediakan untuk tetamu. yang pasti semuanya segar. dari jus hingga ke
steak, segar dari ladang. bagusnya disini, diorang tak menggalakkan pembaziran di mana tetamu akan didenda RM5 untuk setiap 100gm makanan yang tidak habis dimakan. so kena amek ngam² la untuk mengelak pembaziran. sistem disini menggunakan kad yang akan dicop.

kad yang akan dicop

jus segar orange dan mochachino (lagi sedap dari mocha float di pizza hut) (honey dew tiada dalam gambar pun layan)

peserta yang makan semalam

makanan untuk raun pertama

wajah pinggan setelah selesai makan²

kesimpulannya, makanan disitu memang sedap. tapi pilihan makanan tidak sebanyak mana. menu tidak banyak kot. kalau korang nak cuba, silalah ye ke the curve. kedai dia yang ada lembu di luar kedai tuh.

P/S: hari ini mau makan di mana ya?

No comments: