Thursday, September 30, 2010

hey gadis..

pagi yang gelap kini sudah terang...la..la..la...camne lagu ni bleh berkumandang diruang legar otak aku pun aku tak berapa mahu pasti. sebenarnya mud hari ini agak baik sebab telah berjaya bangun dengan kadaar yang paling lambat.cukup tidur aku untuk malam tadi. tapi ada berita yang tak berapa mahu best sebab bangun-bangun tidur dengar pengumuman mengatakan bekalan air takda selama sehari untuk hari ini. aku pun apa lagi.. bangun dan bergegas ke bilik air? sudah semestinya tidak.. kalau korang bayangkan aku begitu maknanya korang lom kenal aku siapa.. muakakaka..

berita ketiadaan air telah disebarkan kepada jiran tetangga yang aku kompom-kompom tak tahu akan perihal tersebut. tidak lain dan tidak bukan cik seri hanna. dan seperti yang dijangka memang beliau tak tahu hari ni takda air. ko patut berterima kasih kat aku hokkay seri.. kalau tak, ada yang berak takl cebok petang nanti..huhu...

oklah.. sampai sini dulu.. kepelikkan melanda jiwa ni.. orang dah buat pengumuman pasal takda air harini tapi still ada orang yang membasuh baju ditandas. patutnya jimat-jimat lah air untuk pakai mandi n bersuci nanti..tak paham betul..pe pikiran korang?

mata hampir tertutup

entry kali ni tajuk still berkanaan dengan mata. motip? takda motip tertentu.. eh sukati akulah nak wat tajuk pe..ko susah hati pahal? wah!ayat seperti seorang gengster. bukan apa.. oksigen tak sampai ke otak lagi dah ni.. mata sudah mengantuk teramat sangat. kesimpulan yang dapat dibuat di sini.. jangan minum old town kopi putih di malam hari lebih-lebih lagi esoknya korang dah ada plan nak berjalan seharian and jangan dengar sangat pendapat member korang sebab selapas apa yang terjadi beliau akan enggan bertanggung jawap..

entry ni takleh nak taip panjang-panjang sebab sangat mengantuk hokkay..nanti isok aku cerita pasal pengalaman mengambil ahli geng bas sekolah yang mahu konvo ujung minggu ni..

Wednesday, September 29, 2010

mata dah ngantuk tapi hati mahu main..

"mata dah ngantuk tapi hati mahu main" nilah ayat feberet mak aku time aku and adik aku kecik-kecik dulu.. kalau mata dah kuyu n merah-merah tapi masih ligat berlari sekeliling rumah kompom akan kedengaran mak aku mengeluarkan kata-kata seperti di atas. sekarang aku rasa masih boleh diaplikasikan lagi pepatah mak aku ni..

mulut dah menguap-nguap tapi mata masih enggan tutup. terima kasih kepada pak cik ld Town sebab memberikan saya tenaga untuk tidak tidur pada malam ini walopun takda sedikit pun niat untuk tidak tidur.. oh..lupa mahu mengucapkan terima kasih kat kawan @ geng bas metro i dulu cik sri hanna sebab telah berjaya mengeluarkan wang untuk membelanja kawannya yang terchenta ni..lain kali belanja lagi ye. beliau dah menyuarakan kesanggupan beliau untuk membelanja aku jika beliau berjalan mendapatkan pekerjaan sementara di KLCC. jangan ko..mintak keje kat KLCC..vas gitew..haha..

rasa hati seperti mahu berlari setempat sudah ni. agak-agaknya kalau aku melompat di pagi hari ni ada orang marah tak? haha.. kegembiraan lebih kepada dibuat-buat sebab kepala sudah merasa sedikit bingung..mungkin kesan dari kopi tadi.memang terbaiklah..

oh ya..aku sudah menukar nama blog dan lay out blog ni supaya tidak jemu mata memandang.. tapi bak kata puan moli..kalau tak hapdet takda gunanya..muakaka... pasni saya akan lebih rajin mengupdate blog saya ini hokkay..

untuk entry kali ni aku nak bagi satu pertanyaan untuk renungan bersama.."kenapa nak menipu sedangkan lambat laun akan terbongkar jugak?"

akhir kata...renung-renungkan dan korang fikirlah sendiri..challow babeh..

hujan...

entry kali ni aku bagi tajuk hujan.. bukan sebab apa, sekarang ni tiap-tiap hari hujan. kalau tak pagi kompom petang hujan. nak jemur baju, jemur dalam bilik jelah.. karang kalau g kelas hujan tak pasal-pasal baju yang dah separa kering basah kembali. bukan takat basah je..lencun hokkay.. hari ni nasib baik dah sampai bilik baru hujan turut. turun dengan lebatnya pulak tu.. kepala sedang memikirkan camnalah keadaan cik sri hanna yang interview di KLCC petang tadi. mahu telepon beliau tapi malas sebab sekarang mahu berjimat. wuwuwuw...

malam ni nak sambung buat EAP yang dari aritu lech mintak draft dia. sangat malas sampai tak terbuat. bak kata sir bukan malas tapi penat. nak buat tapi penat.. sir.. u are the best ar..cam sangat memahami perasaan student beliau.. ntah-ntah dulu dia pun tambah tolah darap bahagi cam aku gak kot malas dia. haha..

dalam kelas Communication engineering tadi sempat berangan dan membuat sedikit kajian mengenai belanjawan untuk berkahwin. bukan pe..bila dengar sepupu yang bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan sedang mencatu bajet aku pun dah naik seram. bak kata dia, duit ada 13 ribu pun belum tentu cukup..wooot..wooot... gila ah.. berapa bajet kawin korang eik? boleh share kat sini tak? sementara ni yang aku dah dapat anggaran bagi pihak wanita jelah.. pihak lelaki nanti aku kena tanya incik kekasih sebab itu beliau yang buat.. so far anggaran aku..

barang hantaran (aku pukul rata 1 hantaran dalam rm150) x 7 = rm1050
kad jemputan (RM0.50) x 1000 = rm500
bunga telur / survenior (RM1) x 1000 = rm1000
tukang amek gambo (amek member n share dengan incik kekasih ) = rm1000
ni je dah total rm3550..

andaman n pelamin n baju pengantin aku tak tau lagi berapa hengget..


paling-paling koman mesti ada rm7-10k ni nak kawin..kena makan masa 1 tahun nak ngompol duit banyak tu..huhu..cam terfikir kenapa tak buat kecil-kecilan je? tapi mak dah pesan.. kawin hanya sekali.. kena buat betul-betul..ye ke?

apa-apa pun yang baik jadikan amalan, yang buruk korang pikirlah sendiri..dadaaaaa..

Monday, September 27, 2010

lupa janji...

ya...aku mengaku kesalahan aku yang lupa pada janji aku untuk menulis blog ni setiap hari..mintak ampun dan maaf k uols..di hari raya ni tak baik marah-marah hokkay.. hahaha..so far takda menda yang menarik yang berlaku sepanjang ketiadaan aku kat blog ni.. kehidupan dilalui seperti biasa.. oh lupa mahu beritahu.. hujung minggu ni ada konvo kat UIA. kamal n natrah akan konvo pada tahun ini.. tahniah ye korang. hope nat dapat amek sijil time tu sebab dia punya due date nak beranak 10 hb. amek ko..jangan terberanak atas pentas sudah.. terpaksa bagi anak nurkonvo or mohd konvo nanti..ko jangan..

dalam hati tengah berkira-kira..ada ke orang kira dalam hati?orang kira menggunakan otak yang waraslah cik sheeda oi..sila faham konsep.. oh terlupa satu lagi perkara. tahniah gak pada incik aizat sebab dah terkonvo tahun ni.. penantian dah berakhir dah buat beliau.. pasni boleh potostate banyak2 sijil tu.. g cari kerja baru..aku dah tak sanggup mendengar keluhan hati ko tu dah hokkay..

berbalik pada hal berkira-kira ni.. aku sedang mengira budget untuk bunga kawan2 seperjuangan aku ni. cik sri hanna dah bersetuju untuk berkongsi tenaga dan wang untuk membeli bunga kepada kengkawan yang berkenaan..ya..sila bersyukur dengan apa yang bakal korang dapat ye kawan-kawan..haha..

oklah..mahu belajar..renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, September 21, 2010

setahun sekali..

sebab pe aku bagi title setahun sekali ni?aku bukan nak wat entry pasal raya yang orang cakap setahun hanya sekali..rayakan setahun ada dua kali.. raya puasa n raya haji.. so salah pendapat anda itu..

tajuk ini adalah kerana aku yakni tuan tanah kedaung blog ni sangat jarang mengupdate blog aku ni.. kalau rumah, bukan takat bersawang je dah ni.. ini dah tahan jin dah dok beranak pinak dalam rumah.. fakta.. tahukah anda bila anada meninggalkan rumah atau kediaman selama 3 hari..ya.. hanya tiga hari.. jin yakni makhluk halus akan mula mendiami rumah anda.. sebab tulah bila masuk rumah yang agak lama ditinggalkan kita digalakkan memberi salam... bukan pe.. untuk memberi isyarat kepada makhluk2 ALLAH yang lain bahawa kita akan memasuki kawasan mereka.. jadi bagilah salam hokkay..

ok cukup dengan fakta seciput tu.. aku ada banyak nak cerita sebenarnya tapi perasaan utnuk menulis blog tiada.bila baca blog-blog orang lain cam best pulak. boleh? bila baca blog orang mulalah perasaan untuk menulis blog berkobar-kobar. nak-nak plak sekarang ni tenet di bilik agak kencang perjalanannya.. ya..maafkan bahasa saya yang agak tunggang-langgang..

ok lah..malam ni ada mengajar..mahu membaca buku karangan terlebih dahulu supaya guru nampak lagi hebat dari murid..huhu..daaa..