Wednesday, September 29, 2010

hujan...

entry kali ni aku bagi tajuk hujan.. bukan sebab apa, sekarang ni tiap-tiap hari hujan. kalau tak pagi kompom petang hujan. nak jemur baju, jemur dalam bilik jelah.. karang kalau g kelas hujan tak pasal-pasal baju yang dah separa kering basah kembali. bukan takat basah je..lencun hokkay.. hari ni nasib baik dah sampai bilik baru hujan turut. turun dengan lebatnya pulak tu.. kepala sedang memikirkan camnalah keadaan cik sri hanna yang interview di KLCC petang tadi. mahu telepon beliau tapi malas sebab sekarang mahu berjimat. wuwuwuw...

malam ni nak sambung buat EAP yang dari aritu lech mintak draft dia. sangat malas sampai tak terbuat. bak kata sir bukan malas tapi penat. nak buat tapi penat.. sir.. u are the best ar..cam sangat memahami perasaan student beliau.. ntah-ntah dulu dia pun tambah tolah darap bahagi cam aku gak kot malas dia. haha..

dalam kelas Communication engineering tadi sempat berangan dan membuat sedikit kajian mengenai belanjawan untuk berkahwin. bukan pe..bila dengar sepupu yang bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan sedang mencatu bajet aku pun dah naik seram. bak kata dia, duit ada 13 ribu pun belum tentu cukup..wooot..wooot... gila ah.. berapa bajet kawin korang eik? boleh share kat sini tak? sementara ni yang aku dah dapat anggaran bagi pihak wanita jelah.. pihak lelaki nanti aku kena tanya incik kekasih sebab itu beliau yang buat.. so far anggaran aku..

barang hantaran (aku pukul rata 1 hantaran dalam rm150) x 7 = rm1050
kad jemputan (RM0.50) x 1000 = rm500
bunga telur / survenior (RM1) x 1000 = rm1000
tukang amek gambo (amek member n share dengan incik kekasih ) = rm1000
ni je dah total rm3550..

andaman n pelamin n baju pengantin aku tak tau lagi berapa hengget..


paling-paling koman mesti ada rm7-10k ni nak kawin..kena makan masa 1 tahun nak ngompol duit banyak tu..huhu..cam terfikir kenapa tak buat kecil-kecilan je? tapi mak dah pesan.. kawin hanya sekali.. kena buat betul-betul..ye ke?

apa-apa pun yang baik jadikan amalan, yang buruk korang pikirlah sendiri..dadaaaaa..

No comments: