Monday, September 27, 2010

lupa janji...

ya...aku mengaku kesalahan aku yang lupa pada janji aku untuk menulis blog ni setiap hari..mintak ampun dan maaf k uols..di hari raya ni tak baik marah-marah hokkay.. hahaha..so far takda menda yang menarik yang berlaku sepanjang ketiadaan aku kat blog ni.. kehidupan dilalui seperti biasa.. oh lupa mahu beritahu.. hujung minggu ni ada konvo kat UIA. kamal n natrah akan konvo pada tahun ini.. tahniah ye korang. hope nat dapat amek sijil time tu sebab dia punya due date nak beranak 10 hb. amek ko..jangan terberanak atas pentas sudah.. terpaksa bagi anak nurkonvo or mohd konvo nanti..ko jangan..

dalam hati tengah berkira-kira..ada ke orang kira dalam hati?orang kira menggunakan otak yang waraslah cik sheeda oi..sila faham konsep.. oh terlupa satu lagi perkara. tahniah gak pada incik aizat sebab dah terkonvo tahun ni.. penantian dah berakhir dah buat beliau.. pasni boleh potostate banyak2 sijil tu.. g cari kerja baru..aku dah tak sanggup mendengar keluhan hati ko tu dah hokkay..

berbalik pada hal berkira-kira ni.. aku sedang mengira budget untuk bunga kawan2 seperjuangan aku ni. cik sri hanna dah bersetuju untuk berkongsi tenaga dan wang untuk membeli bunga kepada kengkawan yang berkenaan..ya..sila bersyukur dengan apa yang bakal korang dapat ye kawan-kawan..haha..

oklah..mahu belajar..renung-renungkan dan selamat beramal..

No comments: