Monday, January 17, 2011

selamat tahun baru

woot..wooot..salam satu malaysia semua..walaupun tahun baru dah berakhir 17 hari yang lalu tapi kat sini aku tetap nak wat ucapan tahun baru..rasa lom terlambat lagi nak wish korang semua selamat tahun baru dan semoga apa yang korang plan akan menjadi kenyataan tahun baru ini..hehehe...

untuk pengetahuan sesiapa yang belom tahu, aku sudah selamat menjadi tunangan orang..aih..mestilah kepada incik kekasih hati..incik shaffiq bin sa'an..kami bertunang on krismas tahun lepas..wah..bila guna tahun lepas rasa cam dah lama pulak bertunang..Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan saksama walaupun ada berlaku sedikit ketidak puas hatian dengan tok sidang tempat aku..kerek nak termampus hokkay beliau..huhu..

memang ramai yang tak tahu akan pertunangan kami and bila kitorang upload gambar je terus member2 mesej cakap nape tak inform diorang..maafkan kami penunggu gua..eh..maafkan kami kengkawan..sebenarnya majlis pertunangan nak wat bulan 3 tapi disebabkan kekartunan mak aku dan mak incik kekasih maka majlis merisik ditukarkan kepada majlis bertunang. bukan takat mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat je yang terperanjat..kami tuan punya badan pun terkezut dengan berita kartun ni.. sebaik barang2 hantaran kitorang dah beli awal2 time sale aritu..yelah..nak jimat kena beli time sale..tips dari orang yang berpengalaman hokkay kawan2..harus diingati selalu..

keputusan untuk bertunang terus ni dibuat sebulan sebelum tarikh bertunang. kartun tak mak kami?hahaha...dan sebagai anak2 yang menurut perintah orang tua setuju jelah..sampai akak sepupu aku kata "korang ni kelakarlah..nak kawin tapi cam kena kawin paksa.."huhu..dapat korang bayangkan betapa menjadi superwomannya aku nak menyiapkan hantaran sebanyak 13 dulang itu? fisrt sekali g butik andaman tempah baju..try punya try mak aku kenan baju ni..dan sebagai anak mithali one more time ikutkan jelah...




inilah rupanya selepas dipakai ye kawan2..


rasa diri cam artis pulak bila orang amek gambar senggini..malu akak..muakakaka..

okeylah ye..disebabkan tenet lembap nak termamps nanti-nanti aku sambung upload gambar ye kawan-kawan..

akhir kata..kepada sesiapa yang nak bertunang tu aku nasihatkan korang rajin-rajinkan diri g survey butik andaman, cari mana yang kenan dan harga berpatutan..mintak kurang kalau boleh dan beli barang hantaran time sale..ini tips buat yang nak berjimat cermat..kalau korang rasa banyak duit abaikan jelah nasihat aku ni ye..tatata...