Showing posts with label puasa dan raya. Show all posts
Showing posts with label puasa dan raya. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Sambutan Raya 2009

Salam aidilfitri diucapkan. raya tahun nih sambutan biasa² aje. sebab ada peristiwa tabes malam nak raya tuh. akak aku masuk sepital n kena tahan di wad. dia disyaki menghidap batu karang. adeh! ari sabtu sebelum raya tuh, aku gi jemput dia kat LCCT, nampak dia macam ok je. sampai je umah, dia dah nampak cam tengah tahan sakit. bawa sampai ke malam. dia kata sakit perut biasa je. malam tuh, tengah bungkus ketupat palas reramai secara berjemaah, mak aku tengok dia cam dah ngerekot sangat je tahan sakit. dalam kul1130 malam aku kemas barang² dia nak bawa gi cek kat hospital. sampai je kat sepital macam biasa r dengan kerenah kakitangan kerajaan yang lagi suka borak dari wat keje. perlu ke nak tinggikan suara dulu baru korang nak buat keje? apekah? lepas doktor cek, doktor nasihatkan untuk duk di wad. syahdunya akak aku kena duk wad malam raya. hukhuk.. aku tumpang sedey. tapi mula² melawan gak ngan doktor tuh. kalau boleh xmau r duk wad. tapi terpaksa sebab nampak gaya macam xde kurang sakit akak aku nih. mak aku pun duk pujuk r dia sampai dia nak duk wad. balik rumah kul3 pagi. sampai rumah tengok jemaah bungkus ketupat palas masih gigih membungkus.
pagi raya tuh, reramai gi lawat akak aku kat sepital. bawakan makanan sikit pe yang patut. sambutan mercun pun macam biasa je. cuma tahun nih ada beli mercun macam merdeka tuh. korang layan video yang aku rekod bawah nih.



nak bakar mercun nih nak kena tunggu semua orang ada pulak tuh. semua dah pesan nak merasa tengok mercun tuh dibakar. last² raya ke3 baru dapat bakar mercun nih. lepas semua orang ada baru bakar. banyak lagi gambar² raya yang x sempat nak upload. aku lagi teruja nak kasi korang tengok mercun nih kot. haha..

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Lagik !

memang benar bagai di kata, kita di mesia nih sangat kaya dengan makanan. melimpah ruah dah kadangkala membazir bagai. aku x terkecuali. semalam, bertempat di kenny rogers jusco au2 keramat, kitorang makan² berbuka puasa di kenny rogers roster. tetamu undangan semalam ialah seri hana dan kamaliah. dah lama pun x kua makan dengan diorang nih. 22 makhluk nih diimport dari uia. nama pun kawan cik shida. pulang dari kerja jam 4.30, balik rumah tukar baju jap. then terus gerak ke gombak untuk pick up makhluk 2 orang nih. on the way tuh dah call lokasi restoran untuk wat tempahan meja. tak mau kejadian x diingini berulang.

tiga dara pingitan (shida, kamal, seri)

sampai di jusco lebih kurang jam 6.30 petang. menepati janji kat staff kenny rogers yang angkat tipon tuh. heheh.. terus check in and amek order and bayar. lepas bayar tengok jam masa ada banyak lagi. jenjalan dulu berbelanja tingkap (window shopping) seraun dua di situ. huhahuha, masa dah time. masa untuk tayang makanan dah sampai.yaiy! huhu.. makan punya makan punya makan..dah muncit memasing, sandar jerk kat kerusi tuh kasi ayam turun ke perut. (orang tua kata r).

kami!!!

makanan kat mesia memang sedap². camne r orang kat somalia tuh bebuka puasa yerk. semoga mereka mendapat makanan yang cukup kekdahnya. kitorang pun amek menu biasa² je. memandangkan nak makan ayam, bape menu je yang ada berkait dengan ayam kat situ. korang pun tau kan. masam untuk gambar. korang tengok jelah gambar makanan yang dimakan. kalua kecur petang kang korang gerak je ke cawangan kenny rogers berdekatan dengan rumah kediaman anda ok.

ayam yang dah tinggal tulang jerk. isi dah di tibai.

muffin yang ada kismis doa (ye ke)

mujur tak tercucuk hidung tuh.

hopefully korang gembira dengan acar berbuka puasa kami nih.
P/S: tunggu buka puasa dengan budak kelas lak batch itho lak. JW Mariot atau One World OU.

Tuesday, September 8, 2009

Makan³ Di Marche, The Curve

sudah selesai 18 hari puasa. rezeki makan di bulan puasa memang melimpah ruah. minggu lepas ada jamuan di Tropicana. makanan di sana memang tersangat banyak. setakat nih kalau nak berbuka buffet atau makan² ke, aku rekemen korang ke situ. harga dari RM48 hingga RM72. dengan tagline cheapest in PJ, bolehlah korang ke sana. aku pun vendor yang belanja. hehe.. makan free jerk. aku rasa di situ segalah bagai makanan yang korang nak ada. char kue tiau, rendang, tomyam, ketupat, lemang, cendol, jus buah, abc, teh tarik, kopi, lauk pauk, kueh mueh dan lelain lah kekdahnya.

antara makanan di tropicana (raun ke bape tak hengat)

then semalam pulak, satu lagi vendor bermurah hati nak belanja kitorang berbuka puasa. banyak ganjaran bagi makanan untuk mereka yang berpuasa pun. pahalanya seperti kamu berpuasa seperti mereka. destinasi yang dipilih ialah restoran marche di the curve. restoran makanan barat kekdahnya. kos makan di situ untuk seorang ialah RM45 tidak termasuk air minuman. minuman disitu bergantung pada apa yang korangmau minum. harga minuman dari RM1 ke RM25. kalau korang banyak minum, banyak r sikit harganya. tapi memandangkan aku nih vendor belanja, aku layan je yang mahal² sikit. hehe..
sampai kat situ around 7pm. orang dah start ramai meluru masuk ke restoran tersebut. lepas dapat meja, terus lincah kaduk hushar makanan. banyak gak makanan yang disediakan untuk tetamu. yang pasti semuanya segar. dari jus hingga ke
steak, segar dari ladang. bagusnya disini, diorang tak menggalakkan pembaziran di mana tetamu akan didenda RM5 untuk setiap 100gm makanan yang tidak habis dimakan. so kena amek ngam² la untuk mengelak pembaziran. sistem disini menggunakan kad yang akan dicop.

kad yang akan dicop

jus segar orange dan mochachino (lagi sedap dari mocha float di pizza hut) (honey dew tiada dalam gambar pun layan)

peserta yang makan semalam

makanan untuk raun pertama

wajah pinggan setelah selesai makan²

kesimpulannya, makanan disitu memang sedap. tapi pilihan makanan tidak sebanyak mana. menu tidak banyak kot. kalau korang nak cuba, silalah ye ke the curve. kedai dia yang ada lembu di luar kedai tuh.

P/S: hari ini mau makan di mana ya?

Thursday, September 3, 2009

Rawatan Rambut di Spa Rambut

banyak masa terluang time bulan puasa nih. beban kerja pun makin kurang, dan masa untk bergosip di internet pun makin banyak. hehe.. semalam aku dan cik shida cadang nak makan steamboat kat johny. tapi aku call untuk reserved lebih kurang kul4 petang, oredi fully booked. apekah sangat ramai yang nak mencekik kat situ.. adeh laa.. tapi kegigihan kitorang x sampai di situ sahaja. asa masih ada untuk di teruskan. wakaka.. dah lama cadang nak jenjalan shoppping tengok baju kat JJ Alpha Angle, masa je xde. then semalam terus ke sana untuk melempiaskan niat kitorang.
dah tau johny fully booked, so kitorang decide untuk minum air je dulu kat food court. layan teh ais dengan cendol special. lupa nak amek gmbar. cendol ada pulut, kacang dan jagung macam biasalah kan. tang mana yang special tuh wa pun tatau. lepas je berbuka kitorang pun jenjalan dulu lah kat JJ tuh sementara nak tunggu restoran johny tuh clear. sebab kalau orang berbuka puasa, mesti dalam kul8.30 baru diorang start blah dari situ. jalan punya jalan, tengok punya tengok, belek punya belek, cik shida kenan kat satu kasut. harga pun ok. terus angkat tanpa was².. dah lama pun beliau cari kasut raya. baru la nih jumpa yang kenan n selesa di pakai katanya.
then masuk ke johny n makan² steamboat. aku macam rasa kureng lak nak makan lagi steamboat di situ. x kena dengan tekak kekdahnya. xpelah, next time aku xmau order steamboat lagi r. lagi bagus layan daging steam kat situ.
kitorang singgah gak kat 1 spa yang ada macam² servis. dari rambut sampai ke hujung kuku kaki. kau masuk situ sebab nak tengok pakej rawatan rambut. aku memang dah lama suvey mana² spa yang leh wat rawatan rambut dengan harga yang munasabah. nih semua sebab rambut aku yang makin banyak uban dan makin tinggal sikit sebab keguguran. lelaki pun leh keguguran tau. tapi rambut r eik. lepas di beri penerangan serba sedikit, aku setuju untuk buat rawatan percubaan.
sebelum rawatan, dia akan scan dulu rambut nak tengok sejauh mana masalah rambut di kepala kita. masa scan, kita akan nampak mana bahagian yang tidak sihat dah yang sihat. jika sihat, rambut biasanya akan ada 2 atau 3 helai rambut pada satu liang. tapi aku ada 1 je. kompom tak sihat! then ada jugak masalah kelemumur pada kulit kepala. bukan pada rambut. maksudnya ini ialah jenis kelemumur yang sukar di musnahkan jika guna syampu biasa yang ada di pasaran. kena guna special syampu baru dia jalan.
then dia start rawatan dengan melumur ubat untuk bunuh kuman pada kulit kepala aku. bais 1 kepala dah kena lumur, dia akan stimkan rambut. (ye ke nama dia stimkan? aku bantai jerk.)

masa kena stimkan

lepas tunggu dia stimkan tuh, layan je r majalah² yang ada kat situ. lebih kurang 15 minit, dia cuci lak rambut aku. lepas siap, rasa ringan je kepala sebab rasa berangin kot. lupa nak habaq cik shida pun buat juga rawatan nih. so aku berduet r dengan dia buat rawatan nih. dia pun ada masalah rambut gak. lebih kurang 30 minit, selesai semua rawatan. nak tengok dulu kesan rawatan percubaan nih. kalau berkesan aku akan rekemen pada korang gak nanti. nama spa tuh The Face Affair di Jusco Alpha Angle. ada juga cawangan lain di KL. kena observe dulu untuk 2 minggu nak tau kesan dia. nanti aku update lagi. sampai sini dulu. jalan daa ..

Tuesday, September 1, 2009

Sahur Di Mana ..

alhamdulillah, dah 12 hari kita semua berpuasa. pejam celik pejam celik, dah nak 2 minggu dah hoccay. jap sangat rasanya. semoga semua dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. tahun nih aku semangat sikit nak sahur. kalau biasanya, sahur akan tebuk² (jarang sahur r tuh), tapi tahun nih rasanya setiap hari akna sahur. lagi pun sahur dengan gadis, semangat r sikit kot.
semalam, lepas makan² kat noodle station di giant kota damansara, balik rehat japs. siap² tarawikh semua dalam kul10.30, plan nak minum kat uptown kota. leh hushar tudung akak aku yang x sempat di beli masa gi jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) ari tuh. layan² minum tengok ada bubur nasi. layan bubur nasi. kuat makan hoccay sekarang nih. padahal masa berbuka dah layan nasi ayam ngan pau chicken chop cik shida. jenjalan kat uptown sat, jumpa jeans untuk cik shida. kain baldu kale cekelat. nampak oldskul sikit. dulu cik shida x berapa minat ngan kale tuh. tapi la nih dia macam minat lak. tanya harga macam mahal sebab menyangkakan harga di uptown danau kota lebih murah.
tanpa keraguan yang banyak, terus je kona stereng kereta menuju ke uptown danau kota. sampai kat danau kota around 12.30am, jenjalan then hushar harga jeans yang sama. rupanya harganya sama jerk! adeh! hamek ko. tapi xpe r, dah sampai pun. dapat jenjalan memalam tengok lelampu bersama kekasih. hukhuk..
sampai habis tawaf kat uptown, masa untuk decide beli di kedai yang mana. at last, dapat gak. tapi saiz pinggang diragu. so nak fitting xde bilik persalinan. so, kitorang sahur terus kat restoran Pak Li. sebab nak guna tandas dia gak pun. hehe.. menu pagi nih ialah mee udang (untuk cik shida) dan telur setengah masak (untuk aku) memandangkan aku dah layan bubur nasi tadi kembang semangkuk kekdahnya. kitorang layan bersama dua cawan white coffee. (sorang satu r). tapi kopi yang dihidangkan kurang kick seperti selalu. macam kureng mantop r. kecewa sedikit.
nilah rupa menu kitorang pagi tadi.

pintu masuk Pak Li

mee udang cik shida

kopi yang x bape kaw! hujung tuh telur dah habis.


sekian dulu. salam ramadhan!

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ~

~ Salam semua! bersawang blog nih ditinggalkan x berupdate. tukang update missing in action. cik sheeda aku dah kasi pakai berukben pun dia x hapdet gak. x sempat katanya. aku pun x sempat nak hapdet. kena luang²kan masa sikit untuk masuk sini. dalam pada kita bergembira, ingatlah yang tiada. aku baru menerima berita pemergian ayahanda incik pijie pada hari semalam 18 ogos 2009. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang dimuliakan. buat incik pijie, semoga tabah menerima semua ketentuan. dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. AlFatihah untuk Allahyarham.

aku dengan cik sheeda pun dah lama x menuntun wayang untuk dikongsikan sinopsisnya bersama korang. almaklum bahana H1N1, kami mengambil langkah yang lebih selamat dengan tidak keluar ke tempat² yang terlalu ramai manusia. ye ke .. padahal ada gak kekadang .. kebelakangan nih pun aku sedang menghushar kamera DSLR untuk dibeli. taktau nak pilih yang mana. hehe.. antara d5000 .. d90 .. 450d .. atau pun 500d .. kalau korang rasa nak meracun, dipersilakan. wakaka ..

dah lama jugak x letak sebarang gambar kat blog nih. mulanya nak letak gambar rambut aku yang dipotong pada kadar tapak 1 setengah. dah lama aku x potong rambut sependek ini. last rasanya masa sekolah kot. aku potong sependek nih pun sebab nak baiki pertumbuhan rambut ak yang banyak gugur dan beruban. pe kes lak nih.. kalau mak aku tengok rambut aku sekang nih kompom beliau akan memuji.. hihi.. kalau cik sheeda ada simpan gambar rambut saya yang terbaru, sila haplod hoccay!

dalam ramadhan yang bakal menjelang nih jugak, awal ramadhan yang bakal jatuh pada sabtu 22 ogos nih, kami menyusun sepuluh jari kaki dah sepuluh jari tangan pada korang semua agar dapat dimaafin segala salah dan silap kami sepanjang mengenali kalian yerk! korang puasa penuh² dan bagus² hoccay. selamat berpuasa buat semua. buat cik sheeda, macam biasalah tawarannya, kalau puasa tak penuh, tak merasa duit raya hoccay! hehehe..


kemeriahan raya kat giant kota damansara dah melorat².. diorang pun dah pasang lagu raya dan dah melambak jual buku resipi raya dan sengkatan dengannya.. so, korang² yang very the semangat nak raya tuh boleh lah berkunjung ke sana..ke sana..ke sanaaaa.. i'm in a very good mud rite now. sesapa nak membodek aku sekang , boleh lah cuba cucuk line (untuk cik sheeda jerk). gerak dulu! bai!