Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ~

~ Salam semua! bersawang blog nih ditinggalkan x berupdate. tukang update missing in action. cik sheeda aku dah kasi pakai berukben pun dia x hapdet gak. x sempat katanya. aku pun x sempat nak hapdet. kena luang²kan masa sikit untuk masuk sini. dalam pada kita bergembira, ingatlah yang tiada. aku baru menerima berita pemergian ayahanda incik pijie pada hari semalam 18 ogos 2009. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang dimuliakan. buat incik pijie, semoga tabah menerima semua ketentuan. dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. AlFatihah untuk Allahyarham.

aku dengan cik sheeda pun dah lama x menuntun wayang untuk dikongsikan sinopsisnya bersama korang. almaklum bahana H1N1, kami mengambil langkah yang lebih selamat dengan tidak keluar ke tempat² yang terlalu ramai manusia. ye ke .. padahal ada gak kekadang .. kebelakangan nih pun aku sedang menghushar kamera DSLR untuk dibeli. taktau nak pilih yang mana. hehe.. antara d5000 .. d90 .. 450d .. atau pun 500d .. kalau korang rasa nak meracun, dipersilakan. wakaka ..

dah lama jugak x letak sebarang gambar kat blog nih. mulanya nak letak gambar rambut aku yang dipotong pada kadar tapak 1 setengah. dah lama aku x potong rambut sependek ini. last rasanya masa sekolah kot. aku potong sependek nih pun sebab nak baiki pertumbuhan rambut ak yang banyak gugur dan beruban. pe kes lak nih.. kalau mak aku tengok rambut aku sekang nih kompom beliau akan memuji.. hihi.. kalau cik sheeda ada simpan gambar rambut saya yang terbaru, sila haplod hoccay!

dalam ramadhan yang bakal menjelang nih jugak, awal ramadhan yang bakal jatuh pada sabtu 22 ogos nih, kami menyusun sepuluh jari kaki dah sepuluh jari tangan pada korang semua agar dapat dimaafin segala salah dan silap kami sepanjang mengenali kalian yerk! korang puasa penuh² dan bagus² hoccay. selamat berpuasa buat semua. buat cik sheeda, macam biasalah tawarannya, kalau puasa tak penuh, tak merasa duit raya hoccay! hehehe..


kemeriahan raya kat giant kota damansara dah melorat².. diorang pun dah pasang lagu raya dan dah melambak jual buku resipi raya dan sengkatan dengannya.. so, korang² yang very the semangat nak raya tuh boleh lah berkunjung ke sana..ke sana..ke sanaaaa.. i'm in a very good mud rite now. sesapa nak membodek aku sekang , boleh lah cuba cucuk line (untuk cik sheeda jerk). gerak dulu! bai!

No comments: