Tuesday, December 30, 2008

mari klaka sarawak!!

hari ni aku rajinlah pulak dan sebab kerajinan aku, aku wat 2 blog untuk hari ni. untuk blog yang ni aku nakbawak korang bercakap sarawak bermula dari sekarang. mun ada salah nak, padah kay (ayat tok utk sri) hahaha...aku sik pandei klaka sarawak benar-benar bah. mun berklaka sikit-sikit dapatlah. kedak di padah kamal.. setakat untuk bertanya jalan di sarawak dapatlah. banyak juak suku kata yang dibelajar aku sepanjang aku berkawan dengan mbiak sarawak tok. aku ney da kawan lain. ya jak lah kawan aku di sitok. loser sik? hahaha.. roommate aku mbiak kelantan. kelak aku molah sigek blo berklaka kelantan pulak. haha.. dapatkan aku mok molah cam ya? doakan aku panjang umor. dapatlah aku molah ya kelak. aku terpikir tok. kenak aku sik molah 3 bahasa sekali gus dalam sigek blog jak...

untuk bahasa kelate aku dok panda sangat. aku sokmo salah cakap kalu kecek klate nih. roommate aku mek su pun tok sey kecek ngan aku. su..kalu ko baca blog aku nih..kalu ado banyok saloh jange marah deh..hahaha.. aku yakin mek su tak do baca blog nih. hehehe...

ni aku nak cakap bahase melake pulak. orang kate bahase melake kasau. sebenarnye bukan bahase melake yang kasau tapi orang melake yang kasau. tapi sekarang ni dah tak ramai yang menggunekan bahase yang kasau tu. kebanyakkan yang menggunekan bahase yang agak ganaz tu orang tue-tue je sekarang. aku ingat lagi mase aku kecik, ade je kawan2 aku yang menggunakan bahase yang kasau. aku tak termasuk. aku tak suke orang mencarut macam tu. kalau orang melake celaka and lahabau tu macam perkataan biase je. tanpa perasaan bersalah je perkataan tu digunakan.

hurm..

penat gile hari ni. ni baru balik dari buat ic or kad pengenalan kata orang melayu. huhuhu.. dah ada lesen gak.aku bukan orang pendatang lagi..!!!yay!!
mata pun dah ngantuk ni..tapi aku mok nonton cerita "how i meet your mother". cerita paling kelaka yang penah aku tengok. ujung minggu hari tu aku dah buat menda gila dengan seri. kitorang tengok wayang dua sekali. satu pagi, satu siang. cerita yesman ngan cerita brainscan. dua-dua cerita kelakar. dah nak pecah perut kitorang gelak dalam panggung tu. korang patut tengok cerita tu. sekarang aku, kamal ngan seri dahsiap ikut-ikut cara percakapan diorang. Awak...hati-hati ye awak..mrmang lawak lah.

Saturday, December 27, 2008

wo..

bleh tak sapa-sapa yang baca blog ni bagi komen kat topic ni?aku nak tau bape ramai yang baca blog aku nih. so far yang aku tau cik molisa sorang je yang baca n memberi komen. so korang tolng reply eik..(kalu si moli je yag reply kompom aku keciwa..)

peragut ..

tensinye aku..handbag aku telah diragut semalam.cam tergamam je.nak kata sedih aku pun tak tak taulah. cam dah nak gila je rasa. dah ah dalam tu ada handphone aku, purse kesayangan aku, ada kad2 bank, ada rantai mutiara semua. teramatlah tensi aku rasa. cam pening gile sekarang ni. semalam terus buat laporang polis. nak buat laporan sikit punya lama. tapi aku suka dengan servis diorang. walaupun macam lambat tapi diorang ni sangat mesra pelanggan. macam melayan kitorang dengan sangat bagus. betul jugak kata encik polis tu. naseb baik peragut tu tak cederakan kitorang. duit dan barang-barang lain bolah cari. kalu nyawa ke pe ke dah cam bahaya gile. Malaysia sekarang ni makin bahaya. aku cam tensi. cik abang aku kata pasni jangan bawak handbag lagi. dah kalu tak bawak handbag, letak dalam poket bahaya jugak. ada pick pocket. cam teramatlah tensinye... dah bape banyak aku guna perkataan tensi eik? ada lebih kurang 6 kot. itu dah menunjukkan betapa betulnya perasaan aku sekarang ni.
jahat gile manusia sekarang ni. tu tak lain kerja mat rempit lah tu. dah takda kerja g meragut orang. gilah meragut rumput di tepi jalan. takda menyusahkan orang.
tapi ni semua pengalaman. sekarang aku dah tahu macam mana nak buat report polis. macam mana perasaaan mangsa-mangsa ragut. aku dah senaseb ngan diorang...hua.....sedih gile bila pikir balik. dahlah dalam tu ada jam baru beli hadiah anniversary aku ngan si dia. hukhuk.. kerugian di anggarkan rm700 jika merujuk kepada laporan polis. tuh yang ditulis, sebenarnya masih banyak lagi yang nak ditulis tapi cam dah xde rezeki. kepada semua yang berbeg tangan. hati-hatilah dengan beg tangan korang. aku nasihatkan pasni jangan letak semua barang penting dalam handbag. letak dalam poket sikit, dalam beg sikit supaya cam kalu kena ragut still ada barang penting lain. sekarang aku dah jadi cam papa kedana. duit tada..handphone pun tada..
mujurlah cik shaffiq ada lagi dekat sini. dapat dia menolong aku buat menda-menda semua. so far tak da apa yang dapat di buat pun. nak buat IC pun JPN tutup hari ni. kena tunggu ari senin. sementara ni aku cam pendatang asing yang mempunyai report polis jelah..
hidup..hidup..
p/s
kalu aku dapat peragut tu.. aku ragut tali perut dia.

Tuesday, December 23, 2008

hmm...

dah lama aku tak update blog ni. syaz dah tanya nape tak update. aku ingat takda orang baca blog aku rupa-rupanya ada jugak insan yang membacanya..(ayat cam loser giler)..hahaha..aku dah masuk ke kuliah semula..enaugh playing.holiday yang selama 5 minggu aku rasa cam jap sangat je. mana taknya.kerja aku cuti ni dok menemankan adik aku gi interview je..ces!!

aku nak cerita pasal anak sedara aku si kembar hari ni.. dalam keluarga aku tak pernah ada kembar and suddenly akak sepupu aku beranak anak kembar.boys plak tu.korang tak tau betapa aktifnye mereka..tak tercapai akalmu lah ke'aktive'an mereka. dulu masa diorang stillkecik cam yang tak tau pe2 tu aku cam adore gak ngan diorang. cam siap fikir cam best je dapat anak kembar. aku siap cakap ngan akak sepupu aku nanti bila diorang dah besar aku nak bawak g klcc jalan2.sekarang ni bila diorang dah besar,akak sepupu aku dah sound2 dh nyakat tanya bila nak bawak anak dia berjalan2 kat klcc. huhuhu..

diorang ni sekarang dok kat korea ikut ayah dia kerja kat sana but cam once or twice in a year mesti balik sini. masa raya hari tu diorang ada balik sini. ibu ngan ayah diorang siap bawak diorang berjalan2 di melak. aku sebagai tourist guide lah kononnya.duduk di tengah2 antara car seat dua orang makhluk tuhan tu dah satu azab. sebaik mak long diorang ni kecik je (eceh!mesti angah meluat dengar ayat aku ni). jalan2 kat melaka aku boleh kategorikan sebagai bukan berjalan2 tapi ersukan. penat gila mengejar si kembar tu tapi ada satu petua yang ayah diorang bagi kat aku. kalau nak jaga diorang..kena jaga yang abang je sebab dioang ni cam tarian singa tu.korang taukan tarian singa?yang ada kepala and ekor tu..yang abang dia cam kepala and adik dia cam ekor so kalu dapat jaga abang dia adik dia pun akan berjaya di control. yang si abang mohd ashraf tak nak berhenti berjalan. yang si adik,mohd afiq cam baiklah kononnya..konon2 dia pun dok tolong jaga abang dia. cam mulut dia tak berhenti2 cakap "ashap..no!" cam comel je sebab kadang2 dia yang berjalan tapi dia cakap "ashap..no!".
tapi dalam busy2 menjaga budak2 dua orang tu sempat jugak kitorang bergambar..



ini gambar diorang masa raya tahun ni..ni masa diorang tengah wat tunjuk perasaan sebab tak mau turun dari kereta. sampai berenang atas lantai. hehehe..yang berbaju biru tu adik aku merangkap mak ngah diorang. konon2 nak pujuk lah tu tapi segala pujukan dan sogokkan tak dilayan.sampai dengan mak ngah dia pun cam dah nak nangis sebab pujukkan tak dilayan.. hahaha...

Thursday, December 18, 2008

balik ke sekolah..

huhuhu..sedar tak sedar dah masuk minggu ke lima aku bercuti.hujung minggu ni balik ke universiti balik.tak rasa macam cuti sangat sebab aku sebok mengikut adik aku pergi interview. dah dapat kerja dah pun. umah sewa pun dah ada dan yang bestnya bapak aku belikan aku katil ubuh sekali dekat umah dia..huhuhu..penumpang pun ada katil tau.nak tau benda yang lagi mengbestkan?umah dia sebelah dengan blok cik shaffiq kesayangan aku..muahahaha..nampak gayanya selalulah aku ke damansara lepas ni..hehehehe..
aku tengah runsing ni.result aku tak dapat dilihat lagi sebab aku ada saman sebanyak 3 saman yang aku kompom2 bukan aku yang bersalah.menyusahkan orang betullah pihak hostel aku.skema sangat.hostel lain relex je..

Monday, November 24, 2008

takutnyee..

tak dapat aku nak katakan betapa ketaqnye otak aku sementara nak tunggu result exam aku keluar ni.semua sindrom2 yang bikin aku makin tertekan melanda diri.aku sakit kepala..tak nyanyak tidur..selalu nak marah2. kesian cik abang aku kena marah dengan aku semata2 aku sakit kepala takutkan result aku ni.

Thursday, November 13, 2008

cuti...

hmm...cuti dah start.baru tak sampai 1 minggu dok umah aku dah rasa bosan yang teramat lah sangat. kalau cikgu kamaiah ismail(cikgu BM aku dulu) baca blog aku ni mesti dah banyak bulatan2 kat ayat2 aku ni. salah ejaan, salah tatabahasa, salah guna tanda baca. pendek kata banyaklah salah dari betulnya.hahaha.
berbalik kepada kisah time cuti ni.aku balik hari ahad lepas. hari senin aku wat cream puff (sory lah sri,aku dah wat pe yang ko rancang) hahaha.pastu selasa aku wat muffin cklat.agak2 tak menjadi muffin tu sebab tak naik.salah resepi tu ar.resepi yang aku selalu buat tu dah hilang. aku dah semangat2 konon2 nk wat icing dia sekali tapi cam tak menjadi so tak rugilah. sume resepi aku amek dari tenet.zaman dah moden mak aku kata.hahaha.
esok cam nk try wat yang lain.ingat nk bawak g kl.nk bagi kekasih hati try.tapi tak tentu gak lagi.hehehehe

Thursday, November 6, 2008

dah agak dah

memang aku dah agak dah tak da sorang makhluk tuhan pun yang baca blog aku..huhuhu.. kesedihan melanda jiwa.baru cam excited je wat blog. hukhuk..tak pe yang penting aku nk taip gak pe2 yang aku suka.sukati aku lahkan? blog aku..lantaklah ada ke tak orang nak baca (ayat nk sedapkan hati sendiri). baru jap tadi abis exam yang ke2 terakhir. ahad ni ada last paper.paper maut n harap2 aku tak maut jawab exam tu nanti. kepala ada sedikit mereng ni sebab cam tak cukup tidur. bukan sebab study bagai nak rak tapi sebab melayan cite kekasih ku seru. pergh!! mula2 ingat nk layan barang 1 or 2 episod je tapi pastu cam sangat trill yang cam nk kena tengok gak sampai habis. hasilnya pagi tadi tidur kul 3 pagi. kalau mak aku tau mesti teruk aku kena marah. kalau belajar mesti cam dah pandai gile. kadang2 aku siap fikir betapa aku suka baca blog. pe kata lecturer aku ngajarmenggunakan blog? mesti cam aku lagi rajin membaca. bernas tak idea aku? hahaha..
mata aku dah ngantuk ni tapi tengah tunggu nk upload gambar. ahad ni balik umah. cuti panjang. untuk kali pertamanya ku dapat cuti 5 minggu. cam sangat excited.macam2 dah plan.ingat nk blaja wat baju kebaya ngan mak n nk masak n makan banyak2. tapi azam aku cuti ni nk kuruskan badan dengan berdiet dan bersukan. bleh berjaya atau tidak tunggulah keputusannya 5 minggu dari sekarang..
nanti aku upload gamba aku yang terkini pas aku berjaya kuruskan badan aku.
aku ada jumpa gambar cam menarik je pose dia.sebenarnya gambar ni tak di rancang cara pengambilannye.korang tengok ar sendiri.



Tuesday, November 4, 2008

teruja

aku sangat teruja ni. aku dah ada blog sendiri. selama ni aku dok baca blog orang lain je. sambil baca blog aku selalu pikir alangkah canggihnye orang2 yang mempunyai blog ni. rupa2nya senang je wat blog ni. tapi ni pun atas bantuan dan tunjuk ajar member aku. background blog aku pun still cam bodoh2 je..yelah, baru first time guna n sekarang ni aku rasa cam aku ni canggih gile.nampak sangat yang selama ni darjah kebuta itan aku tak dapat dikawal. hahaha..ngutuk diri sendiri.eh..excited sangat sampai lupa aku nk kenalkan diri aku.
nama aku s.s je dah ar..baru cam serena dalam gossip girl.hahaha x.o.x.o. i know you like me..ahaks. nk bagi nama blog je aku dah pening kepala.kat bawah ni aku ada senaraikan nama2 yang mula2 aku nk bagi kat blog aku n sebab2 aku rejek nama2 tersebut:

::1:: nama penuh ( kena rejek sebab nama aku panjang sangat )
::2:: careless (nampak cam loser plak)
::3:: carefree (jenama tuala wanita)
::4:: kakikudibibirmu(cam pengganas)

so kesimpulannya aku amek dontknowyet sebab memang aku tak tau lagi nk bagi namaapa. tapi cam best plak nama ni. hidup memang berdasarkan ayat dontknowyet. aku bagi contoh2 benda yang memang jawapan dontknowyet tu paling sesuai.

~ bila korang nk kawin nih?(time couple)
~ bila nk dapat anak?(bila dah kawin)
~ bila nk beli umah sendiri? (bila dah berkeluarga)

dan aku paling selalu jawap dengan ayat ni adalah bila orang tanya "bila nk abis blaja?". uhuks! bleh tersedak+tercekik+termalu2 alah bila orang tanya aku soklan cepumas ni. memang jawapan dia dontknowyet.kalu aku kata aku abis sem depan n aku tak dapat abiskan kompomog pelikso tu jelah jawapan yang paling sesuai takat ni..
waa...aku dah ngantuk.nak edit bagi canggih pun aku tak tau nk wat camne sebab kawan yang tolong aku nih dah siap berdengkor tido blakang aku nih. esok malam aku sambung lagi ar..kalu rajin

p.s
aku terpikir jap.ada ke orang yang akan baca blog aku nih?