Friday, April 24, 2009

cream puff

ni aku nak cerita sikit pasal cream puff aku ni. ari selasa yang lepas, setelah aku sukat tahap kebosanan aku maka aku pun dapat idea untuk membuat cream puff untuk dimakan. almaklumlah aku ni kuat makan. pe yang aku teragak nak makan aku buat pastu makan. heee..
dengan berbekalkan tepung, mentega, tepung castard n bahan2 sampingan lain aku pun menggaul bahan2. kalu korang nak dia punya resepi korang cari jelah kat tenet yang canggih manggih ni sebab aku pun amek dari tenet. boleh tahan gak ar tapi aku lagi suka cream puff dari resepi saji. yang dalam tenet yang aku wat ni agak lembek bila cam dah lama sikit. awal2 dia ok lagi. kalau yang saji tu aku buat rangup sentiasa tapi aku dah tak tau mana tujunye majalah tu. aku pun hantam sajalah. yang penting dia cream puff. kesian dekat dak adik sebab dia nak inti blueberry tapi jem dah abis so dia kena makan inti castard jelah. tapi aku tengok berkilo-kilo gak dia makan. sedaplah tu. heee... ni aku sertakan gambar cream puff aku tu..




cam ehem2 je bila dia belum dimasak

bila dah masak n dicoatkan ngan coklat

Thursday, April 23, 2009

buhsan...

aku tak tau nak watpe dah ni. arini dah masuk hari ke 3 aku praktikal kat sini. manager @ jiran aku kat sini suruh aku g praktikal kat tempat lain sebab kat sini belum ada projek yang berkaitan ngan bidang aku. huarggghh!!
tenseyen pulak aku dibuatnye. aku dah hantar emel ke EIT unit tanya pasal procedure kalau nak tukar company. pak cik ni pun dah suruh aku siapkan resume untuk hantar kat member dia dekat Powertek. dia akan telefonkan orang kat situ suh amek aku. harap2 semua berjalan dengan lancar. ingatkan senang rupanya susah gak. nak kena transfer2 ni lagi memeningkan kepala aku.
tapi ok kot. aku punya opis ni praktikal 5.5 hari seminggu. kalu aku tukar tempat kat powertek tu aku keje 5 hari seminggu je.
dah lama tak jumpa cik shaffiq. rindu pulak aku dengan dia. selama ni tiap2 minggu jumpa ni dah lama tak jumpa. takat tiap2 malam telefon. cam tak best je rasanya. huhuu.. windu...

Saturday, April 18, 2009

our 24th birthday

12 haribulan april aritu birthday aku. ujan labat giler tapi aku gagahkan gak ar nak g sambut. dengan kehadiran 2 mangsa keadaan (Piah@ adik aku n pakwe dia@ wan) aku menyambut birthday aku ngan keadaan yang agak sadis. huhuhu.. ni aku tuliskan rentetan atucara majlis..

1000 : niat nak g beli kek tapi baru nawaitu je
1330 : baru gerak g TV3 sebab aku nak tengok karnival kek. masa tu ujan dah renyai2
1400 : gerak dari TV3. keciwa sebab banyak booth dah tutup.
1430 : makan kat pak li. makan cendol. sedap!!nyam2!!
1445 : ujan dah berenti n mangsa2 dah sampai di tempat yang dijanjikan
1500 : beli kek kat king's confectionary. black forest kek kegemaran aku

1530 : jumpa mangsa2 kat dataran sunway
1600 : nyanyi2 pastu potong kek. mangsa2 di paksa menyanyi sekuat hati oleh pihak penganjur
yakni kitorang berdua..muahahaha!!
1630 : dah makan2 bosan plak g tunggu. mangsa di tinggalkan untuk wat FYP sementara
kitorang g berjalan2 cari pasal n makanan
1900 : balik ke tempat kejadian n bertemu ngan mangsa2 sekali lagi. bawak makanan untuk
diorang n tunggu ABP bermula. sempat gak kiorang g tido kat dalam keta sebab bosan
menunggu
2100 : ABP start tapi mat2 bangla kat food court tu dengan selambanye menukar ke perlawanan
bola. agak keciwa di situ. tapi bangkit semula sebab pak cik jual rojak kat situ nak tengok
ABP gak. Muahahaha.. TQ pak cik rojak.. rojak pakcik memang sedap. nanti saya datang
lagi
2330 : balik dengan membawa satu mangsa yakni adik aku sebab aku nak numpang umah dia.
kat bawah ni aku selitkan gambar2 masa kejadian

cop!! kenapa tajuk aku our 24th bithday? sebab ada orang menumpang sekali. aku pun bagi can ar sebab aku nak wat praktikal kat melaka. birthday cik shaffiq bulan mei sekali gua aku tak dapat nak sambut ngan dia nanti. so kitorang wat sekali terus. senang n jimat!! huhuhu

inilah rupa kek yang aku pilih


selepas lilin dinyalakan

upacara meniup lilin

potong kek

p/s:

gambar agak gelap sebab teknik pencahayaan yang salah di sisi undang2



Thursday, April 16, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang !!

12 *April 1985, lahirlah seorang makhluk yan bernama Sharifah Shahidah binti Syed Shah Minan. so, tanggal *12 April 2009 yang lepas, genap lah usianya 24 tahun. dah tua. lagik tua dari haku ghupenye. keh3..
untuk ulang tahunnya yang ke-24 nih, aku mendoakan kebahagiaan kami sampai akhir hayat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. insyaALLAH, jika ada rezeki, makan2 akan diadakan nanti lepas dia habis praktikal. lambat sikit. wat sambutan makan2 bersama untuk ulang tahun aku sekalik.
aku dedicate lagu imran ajmain untuk dia keyh.

Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


SELAMAT HARI JADI ! SEMOGA SEGALA YANG DIHAJATI TERCAPAI !

P/S: dua kali pembetulan. sori keyh !!!!

Kahwin Hafiz Elektrik SMK Teknik Bukit Piatu Batch 01/02

Kahwin Hafiz Elektrik SMK Teknik Bukit Piatu Batch 01/02 - Kelasmet saya !!

okeyh, korang dah layan gambir hafiz jentera kahwin, korang layan lak gambir hafiz elektrik kelasmet aku lak kahwin. kahwin dengan budak sekolah aku gak cuma kos berlainan. si gadis kos pertanian. aku menyaksikan dia seawal dari sebelum pernikahan berlangsing sehinggalah makan bersuap selesai. amek kap-ba-ro-kaf-alif-ta-nun kot. keh3. semoga kekal selamanya. insyaALLAH. korang layan lagi gambir yang disediakan.


molie dan sape ntah nama dia aku lupa .. preggy tuh. tahniah !!


amatullah, tahniah ye !!

acara potong kek .. jauh sangat shoot .. malas bangun ..


sawit (tiada dalam gambir sebab terlindung) merajuk setelah gambirnya tidak muncul lepas di snap ..


open table lah ..


hah .. ni acara potong kek ..


dia dah jumpa seteru dia memang abis r semua orang dia tunjuk pis !!


gambir blur sikit .. sori keyh ..


yang mengambil berkat, kami !!!

Kahwin Hafiz Jentera SMK Teknik Bukit Piatu Batch 01/02

Kahwin Hafiz Jentera SMK Teknik Bukit Piatu Batch 01/02

aku dah lama nak letak gambir mereka nih berkahwin tapi masa terhad. apelah yang disibukkan sangat agaknya dengan hal dunia nih semua. aku pun xtau r tap masa sangat lincah berlalu. so korang layan jelah gambir yang aku amek dari fs molie nih keyh..




macam biasalah kami masih berslogan berdua lebih baik !!

kami bermain layang2. kredit to molie untuk gambir yang mannntop inip !!


shida dan molie dengan temanya, mesraaaa ..


yang dirai, hafiz dan pasangannya. semoga kekal selamanya yerk !


pengapit lelaki tuh ngantuk kot, sempat tertido lak !!

Tuesday, April 14, 2009

Kesibukan Dunia !!

sudah lama blog tidak diupdate walaupun aku sekadar penulis jemputan. kesibukan dunia membatasi masa yang aku ada. 4 minggu kerja luar membantutkan aktiviti pengupdate-an blog ini. dalam kesibukan, sempat jugak aku keluar detim menuntun filem yang sedang hangit dipasaran sekarang ini. antaranya, talentime, jangan tegur, confession of a shopaholic, fast & furious 4, dan unborn.
dalam kesemua filem yang sempat aku tonton, filem yang paling banyak memberi mesej bagi aku ialah talentime. korang harus menuntun filem ini jika ingin merasai apa yang aku rasa. (tuh pun kalu korang rasa r pe aku rasa. gua pun jiwa brutal gak, tapi filem nih menyentuh beb. haha.. aku mula2 kutuk filem nih, rasa cam pe2 ntah. tapi lepas digesa untuk menuntun oleh budak yang sorang tuh, kitorang pun gi menuntun. sanggup beb, gi One Utama xde tiket, beli online untuk Times Square lak. jauh tuh ku redah. redah jee..tapi aku x menyesal kerana filem nih memang besh!

kebetulan aku terbaca satu email yang berkait dengan filem talentime ini. perkaitan dengan seorang anak yang mahu menghiburkan hati ibunya. korang layan jelah ye..


Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu...

Renung-renungkan dan selamat beramal !!