Sunday, August 23, 2009

Kejadian Menyambut Ramadhan

Dalam keghairahan aku nak balik menyambut ramadhan di kampung, aku telah ditimpa kecelakaan namun aku sangat bersyukur r xde pe² berlaku pada aku. Tayar depan kereta meletup time on the way balik kampung jumaat lepas. aku gerak dari KL lepas solat jumaat dalam kul2.15pm. sebelum gerak dari opis, opismate aku dah saun, dia kata 'eh, met, tayar ko bocor tepi ke ari tuh?' aku pun duk kata, 'a'ah, bocor tepi'. then abis kat situ je. dia pun x sempat nak pesan seterusnya kat aku bahawa jika tayar pernah bocor di tepi, sangat bahaya untuk dipandu untuk jarak yang jauh.
masa on the way tuh, aku dah terasa dah stering macam berat ke sebelah. aku fikirkan alligment tayar lari sikit. then beberapa saat kemudia aku terfikir cakap opismate aku. then aku fikir, aku akan cek bile sampai di tol sebab jarak tol dah x jauh lagi. dalam 10km. beberapa minit je lepas tuh sejurus selepas hentian bemban, sekali pom daa. tayar meletup sewaktu aku di lane paling kanan lak tuh. aku dah kaget tengok stering sukar di kawal. aduh! mujur kereta dari belakang jauh lagi.

aku try kawal then dapat berhenti kat tepi. kaki ketaq abis. huhu.. pengalaman sulung r katakan. aku kua dari kereta then tengok tayar memang dah hancus dah. rim xtau bengkok ke x. aku terus call semula opismate aku, dia pun kata lupa nak pesan jangan bawa laju kalau tayar dah pernah bocor tepi. adeh! then aku terus amek alat² nak tukar tayar kat but kereta. nasibbaik pengalaman tukar tayar kereta dah ada. xde r jakun sangat tengok alat² tuh.

tengah nak buka² tayar tuh, sampai la plus ronda. dia reverse dari mana ntah. ak utengok tadik depan aku xde sape pun. juah gak dia reverse. bagus gak hidung diorang dapat menghidu kejadian yang aku alami. then, diorangtawarkan diri untuk tolong. aku pun setuju jelah. tengah panas lagi pun dengan kereta laju nak mati di situ. then salah sorang anggota plus ronda tuh kawal lalu lintas then lagi sorang tolong aku tukar tayar.

lepas siap semuanya, aku pun jalan semula pelan². sebab guna tayar spare yang kecik tuh. paling laju leh gi dalam 80kmh jerk. ngan kaki ketaq lagi, kena bawa pelan² r since perjalanan pun dah x jauh. kesimpulan yang aku dapat buat, kalau tayar dah pernah bocor tepi, korang tukar baru jelah. bahaya sebab di bahagian tepi tuh dawai yang mnampung kekuatan tayar dah kurang. so senang nak meletup. hukhuk..

tidak dilupakan juga, masa aku nak sumbat tayar yang dah pecah tuh dalam but kereta, tiba² nampak ada darah menitik. eh, darah sape lak aku duk pk. sekali tengok jari aku dapat cenderahati rupanya. erk ..


tayar yang pecah

tayar selepas diganti

cenderahati pada jari.

1 comment:

Zaifull said...

seksinyer lutut!! wakakakakakaka