Thursday, September 3, 2009

Rawatan Rambut di Spa Rambut

banyak masa terluang time bulan puasa nih. beban kerja pun makin kurang, dan masa untk bergosip di internet pun makin banyak. hehe.. semalam aku dan cik shida cadang nak makan steamboat kat johny. tapi aku call untuk reserved lebih kurang kul4 petang, oredi fully booked. apekah sangat ramai yang nak mencekik kat situ.. adeh laa.. tapi kegigihan kitorang x sampai di situ sahaja. asa masih ada untuk di teruskan. wakaka.. dah lama cadang nak jenjalan shoppping tengok baju kat JJ Alpha Angle, masa je xde. then semalam terus ke sana untuk melempiaskan niat kitorang.
dah tau johny fully booked, so kitorang decide untuk minum air je dulu kat food court. layan teh ais dengan cendol special. lupa nak amek gmbar. cendol ada pulut, kacang dan jagung macam biasalah kan. tang mana yang special tuh wa pun tatau. lepas je berbuka kitorang pun jenjalan dulu lah kat JJ tuh sementara nak tunggu restoran johny tuh clear. sebab kalau orang berbuka puasa, mesti dalam kul8.30 baru diorang start blah dari situ. jalan punya jalan, tengok punya tengok, belek punya belek, cik shida kenan kat satu kasut. harga pun ok. terus angkat tanpa was².. dah lama pun beliau cari kasut raya. baru la nih jumpa yang kenan n selesa di pakai katanya.
then masuk ke johny n makan² steamboat. aku macam rasa kureng lak nak makan lagi steamboat di situ. x kena dengan tekak kekdahnya. xpelah, next time aku xmau order steamboat lagi r. lagi bagus layan daging steam kat situ.
kitorang singgah gak kat 1 spa yang ada macam² servis. dari rambut sampai ke hujung kuku kaki. kau masuk situ sebab nak tengok pakej rawatan rambut. aku memang dah lama suvey mana² spa yang leh wat rawatan rambut dengan harga yang munasabah. nih semua sebab rambut aku yang makin banyak uban dan makin tinggal sikit sebab keguguran. lelaki pun leh keguguran tau. tapi rambut r eik. lepas di beri penerangan serba sedikit, aku setuju untuk buat rawatan percubaan.
sebelum rawatan, dia akan scan dulu rambut nak tengok sejauh mana masalah rambut di kepala kita. masa scan, kita akan nampak mana bahagian yang tidak sihat dah yang sihat. jika sihat, rambut biasanya akan ada 2 atau 3 helai rambut pada satu liang. tapi aku ada 1 je. kompom tak sihat! then ada jugak masalah kelemumur pada kulit kepala. bukan pada rambut. maksudnya ini ialah jenis kelemumur yang sukar di musnahkan jika guna syampu biasa yang ada di pasaran. kena guna special syampu baru dia jalan.
then dia start rawatan dengan melumur ubat untuk bunuh kuman pada kulit kepala aku. bais 1 kepala dah kena lumur, dia akan stimkan rambut. (ye ke nama dia stimkan? aku bantai jerk.)

masa kena stimkan

lepas tunggu dia stimkan tuh, layan je r majalah² yang ada kat situ. lebih kurang 15 minit, dia cuci lak rambut aku. lepas siap, rasa ringan je kepala sebab rasa berangin kot. lupa nak habaq cik shida pun buat juga rawatan nih. so aku berduet r dengan dia buat rawatan nih. dia pun ada masalah rambut gak. lebih kurang 30 minit, selesai semua rawatan. nak tengok dulu kesan rawatan percubaan nih. kalau berkesan aku akan rekemen pada korang gak nanti. nama spa tuh The Face Affair di Jusco Alpha Angle. ada juga cawangan lain di KL. kena observe dulu untuk 2 minggu nak tau kesan dia. nanti aku update lagi. sampai sini dulu. jalan daa ..

No comments: