Wednesday, September 16, 2009

balik kampung~~

ya.. setelah agak lama aku tidak meng'update' kerana memberi peluang kepada cik shaffiq untuk meng'update' cerita2 beliau.. untuk pengetahuan semua aku sekarang telah berada di kampung halaman.. kampung ka? aku dah kat melaka bandaraya bersejarah dah ni. dah 1, 2, 3 erm 5 hari aku kat umah ni. ni aku nak kongsi bersama kerajinan aku ketika berada di rumah..

aku balik hari jumaat petang. dalam kesesakkan jalan raya aku tempuh gak. ini semua adik aku punya pasal. dia keje sampai kul 5 petang. time sesak2 dengan orang ramai nak balik umahnye aku g amek dia kat depan opis dia. aku sampai agak lambat sebab seblum balik cek2 dulu pe yang patut kat keta aku tu. cek minyak hitam dan air. setelah memastikan kesemuanya okey okey belaka aku hidupkan enjin dan memulakan perjalanan. persinggahan pertama opis cik shaffiq. nak salam2 jumpa wat kali terakhir seblom raya. mintak mahap in advance lah lebih kurang. dapat jumpa jap je sebab takut jem jalan nanti. sedih gak nak tinggalkan beliau seorang diri diperantauan tapi aku pedulik hapa.. kuikuikui.. sampai dekat depan opis adik aku dia dah sedia tunggu dengan muka ala2 penat gitu. aku terus suh dia masuk keta tanpa memberhentikan kereta. kira hebatlah sebab jalan depan tu takleh nak berenti keta. kereta berderet2 kot. aku sampai umah dalam kul 7.45 malam. berbuka dalam kereta je. hukhuk..

ari sabtu aku sefamily berangkat ke bandar melaka untuk membeli baju raya. niat nak belikan baju raya untuk adik2 aku yang sekolah tu tapi apakan daya.. akak dia ni yang paling banyak membeli. hamek ko! sampia 7 helai baju aku tibai. tapi baju murahan je kot. selai aku bagi kat adik aku sebab dia wat muka kesian nakkan baju tu gak. takpe2.. akak dia ni murah hati. hameklah ko.. aku ada 6 lai lagi hokey...balik dari melaka terus melepak je sebab kepenatan. kaki kiri aku pun dan rasa ngilu. maybe sebab masa balik kat kl jem. pastu ari sabtu plak berjalan.. dia tak tahan lagi..siap pakai ebene mak aku lagi. sapu minyak panas. pastu tido..

ahad aku dengan rajinnye mengarahkan adik2 aku untuk memasang langsir rumah. aku arah diorang tak layan je so terpaksalah akak dia ni gak yang manjat2 bukak langsir lama pasang langsir baru. dah pasang2 langsir ada palk satu langsir pitu tak cukup. terpaksa tunggu mak aku jahit lagi satu. sampai la ni tak siap2 lagi..hukhuk..

ari senin aku bangun dah kul 1145 pagi. pe punya anak dara bangun lambat camni tapi ada aku kesah? bangun2 mandi terus wat kuih tart. walopun aku bangun lambat tapi mak aku tak bising hokkey.. sebab aku wat semua yang dia suruh.. hukhuk.. tak macam sesetengah orang tu.. udahlah bangun lambat.. satu keroje pun idok dibuatnye.. sape yang terasa..terasalah k.. lama tu nak wat kuih tart. lenguh2 gak tangan aku.aku wat tart gulung. mak aku suh masukkan dalam cup je tapi aku tengok cam tak berapa nak cantik. mak aku bukan apa.. dia kesian kat aku.. tahun lepas aku wat kuih tart dari pagi sampai ke malam kot. sampai sakit belakang. tapi tahun lepas aku wat 2 kilo. tahun ni wat 1 kilo je. aku wat sampai buka je dah siap. oklah tu..

ari selasa aku bangun cm biasalah 1145. rutin biasa. bangun, mandi pastu mak aku suh gulung kilt popia. dia nak buat kuih snow white. lama u aku gulung sebab dia kena potong kecik2. korang bayangkan satu lai kulit popiat tu bahagi 25. tu baru selai. satu paket kilut popia tu ada bape lai. aku kena gulung 2 paket. dari kul 1 aku start wat sampai kul 2 pagi baru siap. lama gila..

arini aku bangun awal sikit. kul 1015 pagi aku dah bangun. arini aku wat kuih cornflakes bermadu. senang je wat kuih tu. dalam kul 1245 siap wat kuih aku g amek adik balik sekolha. pastu kul 215 anta dia g sekolah agama. pas nta dia g sekolah agama terus je aku g avon beli barang yang mak and adik aku pesan. pastu singgah nutrimetics jap amekkan liptip mak aku. kat nutrimetiks tu tetiba terasa nak wat facial. amek ko.. aku wat facial samapi adik aku balik. ala.. dia balik pun kul 4. terus je g amek dia tadi. bawak balik umah. dalam kul 5 aku bawak mak aku g bazar ramadhan kat pengkalan balak ni. selalunya ari rabu ada pasar malam tapi tadi takda plak. terbantut niat mak aku nak beli daging nak wat rendang. terpaksa tunggu esok beli kat pasar..

esok aku nak buat biskut choclate chip. ari jumaat aku dah cakap ngan mak aku aku nak kemas umah. mak aku tengah sebok menjahit baju ni. aku cakap ngan dia by friday mesti siap sebab jumaat aku nak sapu n mop satu umah. semua barang2 aku nak kemas. so.. kesimpulannye aku punya cuti selama seminggu ni sangat terisi. kepada sesiapa yang nak ajak ai kelua kena wat appoinment dulu hokkey.. kuikuikui.. cam poyo jerk. nanti aku up gambar biskut2 yang aku dah wat okey.. selamat berpuasa..

No comments: