Wednesday, September 29, 2010

mata dah ngantuk tapi hati mahu main..

"mata dah ngantuk tapi hati mahu main" nilah ayat feberet mak aku time aku and adik aku kecik-kecik dulu.. kalau mata dah kuyu n merah-merah tapi masih ligat berlari sekeliling rumah kompom akan kedengaran mak aku mengeluarkan kata-kata seperti di atas. sekarang aku rasa masih boleh diaplikasikan lagi pepatah mak aku ni..

mulut dah menguap-nguap tapi mata masih enggan tutup. terima kasih kepada pak cik ld Town sebab memberikan saya tenaga untuk tidak tidur pada malam ini walopun takda sedikit pun niat untuk tidak tidur.. oh..lupa mahu mengucapkan terima kasih kat kawan @ geng bas metro i dulu cik sri hanna sebab telah berjaya mengeluarkan wang untuk membelanja kawannya yang terchenta ni..lain kali belanja lagi ye. beliau dah menyuarakan kesanggupan beliau untuk membelanja aku jika beliau berjalan mendapatkan pekerjaan sementara di KLCC. jangan ko..mintak keje kat KLCC..vas gitew..haha..

rasa hati seperti mahu berlari setempat sudah ni. agak-agaknya kalau aku melompat di pagi hari ni ada orang marah tak? haha.. kegembiraan lebih kepada dibuat-buat sebab kepala sudah merasa sedikit bingung..mungkin kesan dari kopi tadi.memang terbaiklah..

oh ya..aku sudah menukar nama blog dan lay out blog ni supaya tidak jemu mata memandang.. tapi bak kata puan moli..kalau tak hapdet takda gunanya..muakaka... pasni saya akan lebih rajin mengupdate blog saya ini hokkay..

untuk entry kali ni aku nak bagi satu pertanyaan untuk renungan bersama.."kenapa nak menipu sedangkan lambat laun akan terbongkar jugak?"

akhir kata...renung-renungkan dan korang fikirlah sendiri..challow babeh..

No comments: