Thursday, June 18, 2009

lalala~~

baru aku perasan. sejak 2 menjak 3 minjak ni aku selalu update blog aku. maaf ye kengkawan sebab kekerapan aku mengupdate. huhu.. bukan pe.. aku praktikal ni ada masa terbuang dengan sangat banyak kot. adakah sebab aku terlalu power? haha.. sangkaan anda salah sama sekali. ini adalah kerana aku selalu kebuntuan membuat projek aku ni. cam contohnye sekarang ni. aku punya otak cam jam gile. jem ke jam ejaan dia? aku keliru betul dengan ejaan ni. huhu..

kemengantukkan aku tak dapat dibendung ni.. kebosanan melampaui batas2 kesabaran dan kesuburan aku ni. camne kawan2? hari ni aku dapat berita best. setelah akak kat yard ni ngamokkan tanya elaun aku aku dapat elaun untuk bulan lepas. walopun amaunt dia tak berapa nak banyak tapi hak aku mesti dipertahankan. hee...(senyum lebar sebab esok dapat duit) yay!!

takda motif entry aku kali ni. aku dah sedaya upaya menahan diri dari mengupdate blog ni. yelah. lama2 orang bosan pulak dengan cerita2 aku. i got 1 idea. tadi aku ada baca blog mahathir mohamad. I love you Tun!! really love him. admire gile dengan cara pemikiran dia. ada satu entry pasal kerajaan nak kurangkan subjek untuk spm. dia macam tak berapa nak setuju dengan cadangan tu. bagi akulah kan. kenapa mesti nak kurangkan? kenapa mesti nak sekat dan hadkan berapa banyak yang diorang nak amek masa SPM. mak aku cakap dalam cadangan diorang nak wat 10 subjek je boleh di ambil. sebabnya? untuk berlaku adil kepada semua pihak. cam sekarang orang ramai komplain yang anak2 dia dapat 10A tak dapat nak g luar negara. orang sebok tengok berapa banyak A yang budak2 dapat. cam contonhnya ada sorang pelajar A ni dia amek 20 subjek dan dia dapat 18A dan dia dapat g luar negara sedangkan ada sorang lagi pelajar B mendapat 10 A tak dapat ke luar negara. bagi akulahkan. dengan pemikiran aku yang tak berapa nak panjang ni aku rasa bia jelah diorang nak amek bape banyak subjek pun as long as diorang mampu. tapi at the end bila diorang apply masuk U, U kena consider subjek2 yang pentinglah. cam katakanlah pelajar A tadi dia dapat 18 A tapi english dia B dan pelajar B dapat 10A dari 10 subjek. ini bermakna pelajar B lebih layak dari pelajar A.

kalau diorang hadkan matapelajaran. fixkan subject2 yang perlu diambil dan dipelajari, lebih kurang cam kita menghadkan ilmu untuk diorang pelajari. for me, you may take and learn as much as you want as long as you think you can do it. what say u guys?

akhir kalam..renung2kan dan selamat beramal..

4 comments:

molliesa said...

belanje ai hadiah kawen hebat2 sikit ek..hehehe..:p

fisha1245 said...

dah terlambat
ai dah beli

molliesa said...

cet...:p

fisha1245 said...

huhu..