Thursday, July 8, 2010

update

sudah lama tidak mengupdate blog ni.. kalau boleh bersawang memang dah beratus ribu labah-labah bertapak kat blog aku ni.. ni pun update atas pertanyaan moli.. ye puan moli.. saya update sekarang ye..

banyak perkara n aktiviti yang dah beraya kami lakukan sepanjang ketidak'update'an blog aku ni.. kalau mak budak yang ku ajar tusyen baca blog aku ni kompom dia was-was..oh ya..aku sekarang dah start mengaar tusyen.. subect? bahasa melayu, english n math. budak standard 3 and 5. kira oklah kan..

ok.. sekarang untuk entry ni aku nak cerita pasal pengembaraan geng bas sekolah ke bukit broga. dimanakah letaknya bukit broga tersebut?bukit tersebut terletak di daerah Kaang ye kawan-kawan.. dah lama kitorang merancang untuk menakluki puncak bukit tersebut sebab member cakap cantik pemandangan dari atas puncak.. dapat tengok pemandangan matahari terbit.. dikaburi dengan kabar-kabar nagin dari pihak kawan-kawan perjalanan kami bermula..

journey kitorang bermula pada jam 6 petang kalau tak salah aku.. mula-mula aku, piah n incik shaffiq ke pasar malam paya jaras untuk mencari ikan yang dipesan oleh ibunda beliau..(nama ikan tu aku dah terlupa. maafkan nenek yang dah tua ni ye..) pencarian kami berakhir dengan kekeciwaan sebab takda ikan yang dicari.. beli cendawan goreng n tembikai.(incik shaffiq baru beli blender so dia sekarang sangat teruja untuk membuat air jus buah-buahan)

sekembali dari pasar malam kami berkumpul.(rumah cik shaffiq dijadikan markas untuk kami cas tenaga yakni makan n minum) lepas tu gerak g funfair n main game dart sampai dapat 2 biik bantal love n 2 ketul bear. sempat gak aku n incik fatah menaiki sebuah permainan yang berjaya membuatkan kami sakit bahu dan pungkok. dah abis labur duit kat funfair kitorang meneruskan perjalanan mencari downtown cheras. dengan berbekalkan google map(hp cik shaffiq) n gps piah, kami berjaya menyesatkan diri.. pastu berenti tanya kat kakak yang jual burger tepi jalan dan beliau telah menunjukkan kami jalan ke arah kesesattan.. bak kata fatah.."akak tu cakap u turn pastu jalan terus je. nampak balai polis pun terus je." at last kitorang mendapatkan pertolongan dari sepupuku terchenta. kul 10 malam sampai sana..jalan2 ushar baju n kasut. aku ,piah n cik syu sempat berinai besar gak kat sana. hasil dari situ fatah dapat 2 pasang kasut n satu lampu picit. cik shaffiq dapat lampu picit, piah dapat beg lappy yang diidamkan, syu dapat selai t shirt n legging dan aku? aku tak beli pe2 pun.. takda budget..hahaa..

kul 2 pagi gerak g kg bnaru amek incik piji @ photographer kami. sampai kota damansara kul 3 pagi. minum2 isi perut kat mcD kota pastu balik dengan kadar yang paling menggelupur. turun balik kul 4 and terus bergerak ke tempat yang diidamkan. aku dah rasa cam tak sedap hati and dah bagi cadangan untuk tidak meneruskan aktiviti tapi cadangan aku ditolak. kali ni aku drive dari damansara sampai bukit broga. sampai kat sana am menunjukkan kul 530. kami ber6 memulakan perjalanan dengan lafaz bismillah. belum sampai level pertama hujan turun ngan lebatnya hokkay. basah kuyup. yang pompuan semuya dah berpayung. aku dah siap tersemput2 nak naik ke atas tu. takda stamina dah(dah tua katakan)sampai cek poin 1 @ puncak pertama kitorang lepak jap. ramai gak dah samapi kat situ time tu. bila hujan cam dah reda perjalanan diteruskan. dengan kaki n badan yang menggegel2 akak naik gak nyah... setiap puncak kitorang berenti minum n rehat. nak naik ke puncak terakhir yang paling mencabar. time tu hari cam dah terang sikit so kitong gagahkan diri panjat batu2 menggunakan tapi semua.. sampai kat puncak tunggu mathari terbit.. sekali matahari tak nampak sebab hari hujan.. turun dengan kadar paling segera sebab memasing dah nak terkucil tapi ku tahan jebat. sempat gak posing2 on the way turun.. aku pun sempat gak tergelincir sebab tanah sangat licin n curam..

sampai tak bawah dalam kul9 lebih n masa tu dah ramai yang baru nak naik. nasihat aku pasa sesiapa yang nak naik bukit broga tu sila tonton ramalan kaji cuaca seblom gerak dari rumah..

1 comment:

molliesa said...

sila lah letak gambar. kerana bercerita tampa gambar memang tidak best ok. hahaha