Thursday, October 21, 2010

cikgu tusyen..

sebenarnya dah agak lama aku memulakan kerjaya segabai guru tusyen ni..dah lebih kurang 3 bulan kalau tak silap aku.. mengajar student darjah tiga dan darjah lima subjek bahasa melayu.. BAHASA MELAYU hokkay.. akak ni memang power bab2 mengajar bahasa melayu ni ha.. so sebab terlalu power terpaksa membuka semula kitab2 lama yang dah berpasir di rumah tu..

mengajar budak-budak ni tak susah sebenarnya sebab diorang ni memang suka belajar. pelik aku budak-budak ni suka tusyen.. nampak sangat aku ni seorang cikgu yang berjaya..muakaka.. masa first dia nak UJIAN BULANAN.. hati rasa berdebar-debar.. mana taknya.. harapan mak dia memang terletak betul-betul di atas batu jemala patik ni ha.. dapat je result bahasa melayu dia meningkat. Alhamdulillah.. mak-mak dan anak-anak gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang diorang dapat..

yang darjah tiga tu memang minat menulis karangan so bab-bab menulis karangan ni dia dah agak power just nak menambahkan lagi KOSA KATA dan pemantapkan lagi penulisan dia.. yang darjah lima pula lemah dalam penulisan. tak minat penulisan katanya.. tatabahasa diorang agak lemah sikit sebab banyak perkataan yang mereka tak faham dan kadang kala tak pernah dengar..simpulan bahasa dan peribahasa lagilah.. so sebagai guru yang berWIBAWA, aku mengajar mereka simpulan bahasa dan peribahasa..

ni dah nak periksa penggal.. seminggu aku mengajar 3 kali.. masyuk sikitlah tapi pasni dah takda tusyen sebab dah cuti sekolah.. huhu.. so kepada sesiapa yang nak menyekolahkan anak mereka sila-silalah hubungi aku ok..

p/s:
ya..saya mengaku bahasa melayu saja semakin meningkat sejak mengajar bahasa ini..
akhir kata martabatkan bahasa kita..

No comments: