Friday, October 8, 2010

teater tun mahathir..

sori ye kengkawan sebab sudah agak lama tidak mengupdatekan diri. bukan apa.. agak busy sekarang ni.. terlalu banyak perancangan yang dibuat di awal dan akhir minit. cam biasalah.. round2 mencari masalah dan cerita terhangat malaya..

ni nak cerita pasal hari rabu yang lepas tanggal 6 haribulan 10 tahun 2010 aku dan incik kekasih telah menghadirkan diri ke Istana Budaya untuk menonton teater Tun Mahathir Mohamad. sekarang ni agak addicted menonton teater sejak tertonton teater muzikal cuci dua bulan yang lepas. kalau mengikut perancangan awal, tontonan kami disertai oleh Mr. Aizat Akmal tetapi beliau terpaksa menarik diri di saat akhir sebab tak dilepaskan pergi oleh bos kesayangan, maka terpaksalah aku dan incik kekasih bermesra-mesra bersua sahaja bak kata penyanyi indon tu berdua lebih baik..

perjalanan dimulakan dengan lafaz bismillah tepat jam 6.30 petang. stuck di Kota Damansara je sampai jam 7.15 petang. kami tiba di IB pada jam 8 malam.setelah menunaikan apa yang perlu kitorang makan di cafe IB tu. incik kekasih makan bihun goreng yang menjadi igauan beliau sejak akhir2 ini..

tepat jam 8.30 malam teater bermula. memang ramai orang pada malam tu. penung IB tu. masa cuci the muzical taklah seramai ni. mungkin sebab harga tiket yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga tiket cuci dulu. cerita sangat best. perjalanan cerita doselang seli dengan lagu. tapi yang tak best sangat ialah masa muzical tu diorang miming je. tak nyanyi live except misha omar.. macam agak terkilan di situ tapi so far cerita dan jalan penceritaan sangat menarik..

teater abis kul 11.30 malam dan cam biasa kitorang menjadi orang terakhir mengambil autograph artis yang berlakon. bukan pe..kalau jadi orang terakhir ni best sikit sebab takda orang nak kecoh-kecoh suh kita cepat. huhu..

sempat gak bergambar dengan artis yang berlakon. kat sini aku tepek 3 keping gambar je...nanti aku tepek banyak2 lagi hokkay..


tun mahathir..memang jadi gila dia berlakon sebagai tun mahathir..tabik spring!!!


datin siti hasmah..erra punya lakonan memang takleh dipertikaikan..


zizan nin!!!wwwoooott...wwwwooooooooooottt.....

No comments: