Tuesday, February 22, 2011

kelamaan kesungguhan..ing. awal

dah lama sungguh tak update blog ni.. bukan sebab pe.. ketiadaan masa dan internet.. sejak format laptop ni nak guna wireless free pun dah takleh. nak kena g register tapi disebabkan malas melampau aku biakan je. sampai member2 pun ada tanya mana menghilang. rileks semua.. aku masih di sini..cheewah!

disebabkan lama dah tak update dah tentulah banyak menda nak diceritakan. betul tak kawan-kawan?ceciter..ceciter.. kami dah jumpa rumah yang kami impikan! yaiy! dengan berbekalkan kesabaran dan mudah.my akhirnya dapat gak kami umah macam yang dikehendaki. rumah teres 2 tingkat dengan harga yang berbaloi-baloi.. walaupun hanya menyewa tapi rasa sangat gembira hokkay.. takpe.. mula-mula kita menyewa dulu.. nati ada rezeki kita beli pula.. betul tak incik shaffiq.. wink!!

kegembiraan bersambung dengan aku berjaya menyiapkan projek menjahit langsir rumah. ye.. sekarang baru aku tahu kenapa upah membuat langsir mahal nak termampus.. memang penat dan rumit kerjanya walaupun setakat nak jahit lurus.. 4 hari aku memotong n menjahit langsir rumah tu.. rasa berterima kasih kepada bonda tersayang sebab selama ni menjahit langsir rumah tanpa rasa penat. sekarang ni pun dia tengah menjahit langsir untuk kenduri kawin aku nanti..huhu...

bercerita tentang kenduri kawin.. mak aku dah tempat katering.. awal hokkay.. inilah dikatakan semangat..haahaa..tapi tak kisahlah.. yang penting dia cakap murah dan berbaloi.. berapa banyak berbaloi da..

sekarang aku dah dapat mengajar tusyen 2 orang budak lagi. Alhamdulillah.. rezeki.. dapat gak nak menyimpan n membantu incik shaffiq pe yang boleh.. nak pindah rumah n duduk rumah baru memang banyak guna duit. baru sekarang aku tau.. walau pun mak dah offer cakap kalau nak duit mintak tapi kalau boleh kami tak mau mintak duit mak.. kamu cuba usaha sendiri..

excited nak masuk umah baru ni.. nanti aku update gambar umah baru kami dengan langsir yang kacak bergaya hokkay..daa...

p/s ~ trimas kat piah sebab bagi pinjam brodban dia..huhu

No comments: