Tuesday, September 21, 2010

setahun sekali..

sebab pe aku bagi title setahun sekali ni?aku bukan nak wat entry pasal raya yang orang cakap setahun hanya sekali..rayakan setahun ada dua kali.. raya puasa n raya haji.. so salah pendapat anda itu..

tajuk ini adalah kerana aku yakni tuan tanah kedaung blog ni sangat jarang mengupdate blog aku ni.. kalau rumah, bukan takat bersawang je dah ni.. ini dah tahan jin dah dok beranak pinak dalam rumah.. fakta.. tahukah anda bila anada meninggalkan rumah atau kediaman selama 3 hari..ya.. hanya tiga hari.. jin yakni makhluk halus akan mula mendiami rumah anda.. sebab tulah bila masuk rumah yang agak lama ditinggalkan kita digalakkan memberi salam... bukan pe.. untuk memberi isyarat kepada makhluk2 ALLAH yang lain bahawa kita akan memasuki kawasan mereka.. jadi bagilah salam hokkay..

ok cukup dengan fakta seciput tu.. aku ada banyak nak cerita sebenarnya tapi perasaan utnuk menulis blog tiada.bila baca blog-blog orang lain cam best pulak. boleh? bila baca blog orang mulalah perasaan untuk menulis blog berkobar-kobar. nak-nak plak sekarang ni tenet di bilik agak kencang perjalanannya.. ya..maafkan bahasa saya yang agak tunggang-langgang..

ok lah..malam ni ada mengajar..mahu membaca buku karangan terlebih dahulu supaya guru nampak lagi hebat dari murid..huhu..daaa..

Sunday, July 18, 2010

tada...

hello semua...jangan terkejut sbb i dah lama tak update mi blog kan? sebenarnya takda cerita best yang nak ceritakan sangat. rasa malas semakin melampa sekarang ni. rutin seperti biaa.. kelas harus d hadiri.. Alhamdulillah... dapat gak add english at last.. kira berbaloi gak ar aku g serang CELPAD pagi2 buta.. adakah pagi itu buta?aku pun tak tahu kenapa pagi dipanggil begitu walaupun ternyata dia tak bersalah..

semalam aku dan incik kekasih pergi ke ladang UPM untuk mengambil gambar.. aku dengan puan moli berposing bagai nak rak walo pun incik kekasih sebenarnya amek gambar pemandangan sahaja.. penat kami berposing hokkay..model amaturlah katakan... siap amek gambar dengan lembu2 ternakan UPM lagi.. muka tukang amek gambar pucat lesi walopun puan moli yang berada berdekatang dengan lembu berkenaan.. sesi amek gambar bersama lembu terpaksa dihentikan sebab lembu2 tu macam nak serang kitorang je..

balik dari ladang smpat nyinggah umah puan moli..makan2 n semayang jap terus zusss ke karaoke yang berdekatan.. kagum sebentar mendengar suara incik suami moli sebab tak sangka beliau boleh menarik suara beliau sebegitu rupa.. sungguh ku tak sangka..tapi cam tak puas je sebab RM18 untuk 1 jam. dahlah bilik panas..bak kata budak yang jaga kat situ.."ekon ni panas sikit sebab kitorang tak tukar lagi.." pastu aku tanya.."dik..pintu tu memang takleh tutup rapat ke?" beliau menjawap"pintu ni memang takleh rapat sebab kitorang tak tukar lagi.." bape banyak benda korang tak tukar lagi da...

rasa tak puas hati sangat sebab rasa nyanyi jap je.dah biasa nyanyi kat sogo 3 jam baru rm9 so rasa cam tak berbaloi je rm18 untuk sejam.. tapi tak kesahlah janji enjoy kata orang muda2..balik sempat singgah pasar borong selangor g kedai amy(nadia) budak bilik aku masa kat teknik dulu.. niat nak berkenalan ngan anak dia sebab moli kata anak dia comel tersangat tapi budak comel tu tidor.. so dapat tengok muka je..memang cute... bila balik baru tahu yang umah moli n kota damansara ni dekat je sebenarnya..lalu LDP..masuk susur serdang kajang..pastu amek susur ke umah dia.. so dekat..nanti boleh datang lagi..tol rm3.20..

oklah sampai sini dulu..nak tengok gambar2 kami tengok kat facebook i hokkay..malas nak up kat sini sebab malas nak ejas2 gambar dia.. take care..dadaaaa....

Thursday, July 8, 2010

update

sudah lama tidak mengupdate blog ni.. kalau boleh bersawang memang dah beratus ribu labah-labah bertapak kat blog aku ni.. ni pun update atas pertanyaan moli.. ye puan moli.. saya update sekarang ye..

banyak perkara n aktiviti yang dah beraya kami lakukan sepanjang ketidak'update'an blog aku ni.. kalau mak budak yang ku ajar tusyen baca blog aku ni kompom dia was-was..oh ya..aku sekarang dah start mengaar tusyen.. subect? bahasa melayu, english n math. budak standard 3 and 5. kira oklah kan..

ok.. sekarang untuk entry ni aku nak cerita pasal pengembaraan geng bas sekolah ke bukit broga. dimanakah letaknya bukit broga tersebut?bukit tersebut terletak di daerah Kaang ye kawan-kawan.. dah lama kitorang merancang untuk menakluki puncak bukit tersebut sebab member cakap cantik pemandangan dari atas puncak.. dapat tengok pemandangan matahari terbit.. dikaburi dengan kabar-kabar nagin dari pihak kawan-kawan perjalanan kami bermula..

journey kitorang bermula pada jam 6 petang kalau tak salah aku.. mula-mula aku, piah n incik shaffiq ke pasar malam paya jaras untuk mencari ikan yang dipesan oleh ibunda beliau..(nama ikan tu aku dah terlupa. maafkan nenek yang dah tua ni ye..) pencarian kami berakhir dengan kekeciwaan sebab takda ikan yang dicari.. beli cendawan goreng n tembikai.(incik shaffiq baru beli blender so dia sekarang sangat teruja untuk membuat air jus buah-buahan)

sekembali dari pasar malam kami berkumpul.(rumah cik shaffiq dijadikan markas untuk kami cas tenaga yakni makan n minum) lepas tu gerak g funfair n main game dart sampai dapat 2 biik bantal love n 2 ketul bear. sempat gak aku n incik fatah menaiki sebuah permainan yang berjaya membuatkan kami sakit bahu dan pungkok. dah abis labur duit kat funfair kitorang meneruskan perjalanan mencari downtown cheras. dengan berbekalkan google map(hp cik shaffiq) n gps piah, kami berjaya menyesatkan diri.. pastu berenti tanya kat kakak yang jual burger tepi jalan dan beliau telah menunjukkan kami jalan ke arah kesesattan.. bak kata fatah.."akak tu cakap u turn pastu jalan terus je. nampak balai polis pun terus je." at last kitorang mendapatkan pertolongan dari sepupuku terchenta. kul 10 malam sampai sana..jalan2 ushar baju n kasut. aku ,piah n cik syu sempat berinai besar gak kat sana. hasil dari situ fatah dapat 2 pasang kasut n satu lampu picit. cik shaffiq dapat lampu picit, piah dapat beg lappy yang diidamkan, syu dapat selai t shirt n legging dan aku? aku tak beli pe2 pun.. takda budget..hahaa..

kul 2 pagi gerak g kg bnaru amek incik piji @ photographer kami. sampai kota damansara kul 3 pagi. minum2 isi perut kat mcD kota pastu balik dengan kadar yang paling menggelupur. turun balik kul 4 and terus bergerak ke tempat yang diidamkan. aku dah rasa cam tak sedap hati and dah bagi cadangan untuk tidak meneruskan aktiviti tapi cadangan aku ditolak. kali ni aku drive dari damansara sampai bukit broga. sampai kat sana am menunjukkan kul 530. kami ber6 memulakan perjalanan dengan lafaz bismillah. belum sampai level pertama hujan turun ngan lebatnya hokkay. basah kuyup. yang pompuan semuya dah berpayung. aku dah siap tersemput2 nak naik ke atas tu. takda stamina dah(dah tua katakan)sampai cek poin 1 @ puncak pertama kitorang lepak jap. ramai gak dah samapi kat situ time tu. bila hujan cam dah reda perjalanan diteruskan. dengan kaki n badan yang menggegel2 akak naik gak nyah... setiap puncak kitorang berenti minum n rehat. nak naik ke puncak terakhir yang paling mencabar. time tu hari cam dah terang sikit so kitong gagahkan diri panjat batu2 menggunakan tapi semua.. sampai kat puncak tunggu mathari terbit.. sekali matahari tak nampak sebab hari hujan.. turun dengan kadar paling segera sebab memasing dah nak terkucil tapi ku tahan jebat. sempat gak posing2 on the way turun.. aku pun sempat gak tergelincir sebab tanah sangat licin n curam..

sampai tak bawah dalam kul9 lebih n masa tu dah ramai yang baru nak naik. nasihat aku pasa sesiapa yang nak naik bukit broga tu sila tonton ramalan kaji cuaca seblom gerak dari rumah..

Sunday, May 30, 2010

opinion?

can't help but thinking that when people ask for an opinion do the really want for opinion or they just asking? why bother to ask for other opinion when you had made your decision? i think from now on I will reserve my opinion. you want for an opinion? they come with the price..

Tuesday, May 11, 2010

akhirnya...

okey kawan-kawan..sila keji aku sebab aku dah lama tak update blog aku ni. kalau umah aku rasa dah berpenunggu dah kot. bukan sebab takda idea tapi sebab dasar kemalasan yang melampaui batas-batasan manuasia menyebabkan hal ini berlaku. okey fine.. sekarang aku dah ketiadaan idea.

sebenarnya banyak perkara yang dah terjadi sepanjang ketiadaan aku di blog ini ye. untuk mengetahui perkempangan terbaru aku sila lah rajin2 cek facebook aku sebab aku malas nak upload gambar di sini.

betul ke kata orang love can hurt you? wah! kecek orang putih ar plak. dalam bahasa ibundanye cinta or sayang bleh menyakitkan? menyakitkan dari segi apa? adakan si cinta or si sayang itu boleh menoreh muka anada? boleh menumbuk anda selaju 320km/j? tidak ye kawan-kawan.. dalam konteks ini menyakitkan lebih kepada melukakan hati. bagi pendapat aku memang agak betullah. yelah, walopun cam kami tak bergaduh sangat tapi kadang2 sentap tu berlaku gak. lebih2 lagi incik shaffiq tu suka menyakitkan hati aku. ini telah diakui oleh adik aku sendiri hokkay.. kalau tak caya tanya piah!

okey.. nak citer pasal menda lain plak. adakah kita seorang yang kejam kalau kita gembira dengan ketidak-gembiraan orang lain? bagi akulahkan, aku rasa tak kot. tapi persoalan tu sering keluar kat kepala hotak aku ni. sebagai contoh eik. cik seri hanna baru saja mengalami kerosakkan pada laptop beliau dan aku gembira. motip? sebab pasni aku bleh bawak dia makan or berjalan kemana saja sebab beliau dah takda aktiviti lain. haha.. keji tak? ampun ye cik seri... adakan ini menunjukkan aku seorang yang kejam? tidak! sebab bukan aku pun yang mendoakan kerosakkan laptop beliau. laptop tu yang nak rosak. so?

okeylah.. sampai sini dulu. kepala pun agak kepeningan. perut pun agak kesakitan. chow! renung2kan dan selamat beramal...~~