Monday, March 9, 2009

Bukit Tinggi ..

"bagai anjing menyalak bukit takkan runtuh" dan "setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga". begitulah peribahasa yang pernah didengar untuk menggambarkan kehidupan kita yang dituntut. setinggi mana kedudukan kita sekali pun, kita harus sentiasa ingat akan asalan kita. begitu juga sifat orang yang baik takkan pudar jika dihasut perasaan dengki. chewah.. itulah mukadimah cerita yang aku nak sampaikan kali ini. ia tidak berkait dengan kisah bangau mahupun kedudukan aku atau siapa jua sekarang ini. juga tidak berkait langsung dengan mana2 hanjing2 mahupun hotdog. hanya yang berkait ialah perkataan"bukit" dan "tinggi" itu sahaja. pe yang nak dikaitkan tuh ialah Bukit Tinggi. destinasi JJCA a.k.a Jalan-Jalan Cari Amoi kita kali ini ialah Bukit Tinggi yang terletak di negeri Pahang. sebelah Genting Highland je. ekspidisi yang secara tidak sengaja ini berlaku pada isnin lepas iaitu bertarikh 09 Februari 2009.
ia jadi x sengaja sebab masa on the way nak hantar mem aku balik, dia tersebut perkataan bukit tinggi, pastu secara tak langsung aku menyahut, JOM! pe lagi pastu, dengan otomatisnya signal membelok dipasang untuk masuk ke pam minyak untuk isi minyak. lagi pun kami dah lama x berjalan secara bidan terjun camnih. asek lepak key eL jerk, bohsan gak kot. (ye ke nih). membara gak semangat nak menuju puncak tuh. dengan berbekalkan semangat waja CPS, kitorang redah je ke destinasi itu.
memang cam yang seperti biasa, sesat tuh dah jadi kesunatan, lum tahap kewajipan lagik bagi kitorang. nampak signboard kg. bukit tinggi je kitorang terus masuk padahal situ bukan kawasan peranginan yang dimaksudkan tetapi hanyalah kawasan kampung bukit tinggi. patut rasa cam x komersial jerk jalanraya di situ. tanpa rasa bersalah, aku ngan dia pun patah balik selepas tanya orang kat situ dan sedar kami salah masuk tempat. jalan lagi sikit baru jumpa signboard Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi. inilah akibatnya jika suka menggunakan kaedah "redah jeeee". tapi tuh memang hobi yang ditulis dalam resume kitorang.
sampai je pintu masuk rasa dah teruja dah. kena bayar RM10 per person nak masuk dalam. kira ok tuh, x r mahal sangat. berbaloi dengan apa yang kitorang dapat didalamnya. ini bukti pembayaran yang kitorang buat.


perjalanan nak naik ke atas tuh agak bahaya dan lebih bahaya jika anda memandu kancil 660 kerana kuasa ujaan bukit tuh agak tinggi. kami yan menaiki myvi 1.3 transmisi manual pun merangkak nak naik ke atas tuh. siap guna gear 1 beserta aircon dipadamkan baru lah lancar nak naik bukit yang tercuram. setelah mendaki bukit curam dan berselekoh tajam dan seperti ular lidi kena palu, sampailah kitorang ke tempat tersebut. sebenarnya kawasan disitu terbahagi 2, pertama untuk taman botani dan kedua untuk perumahan yang ada bangunan seperti di luar negara tuh. setelah mengharung selekoh segala bagai, sampai lah kitorang kat tempat parking taman botani.
untuk naik ke atas lagik, lori disediakan atau korang boleh mendaki bukit curam tersebut. jika anda tidak kisah untuk berpeluh dan merasa punggung akan tonggek sedikit, silalah mendaki menggunakan jalan yang disediakan. sampai di atas tuh kitorang jalan2 r tengok pemandangan disitu. so, korang layan jelah gambar yang sempat disnap hari tuh.

aku fokus terhadap jalan yang berliku

sesampai di tempat parking


depan pintu gerbang ke taman jepun

greean peace !


gaya tunggu lori angkut penumpang

di dataran yang disediakan

gembira kerana kami sampai pada waktu melawat yang sesuai

tension tunggu giliran nak masuk spa

paip nih bukan SYABAS punya

amoi belakang tuh xmau tengok lak, cis!

berdua lebih baik, jangan tengok yang bukan2 ye.

fokus!

dalam rumah jepun

anak dara x elok di bendul, nanti lurus bendul. anak lelaki xpe

ok selesai sudah perjalanan di sekitar taman botani. luas lagik taman tuh sebenarnya untuk diteroka. tapi diseabkan kami nih suka menjimatkan tenaga, dengan otomarisnya kitorang rasa nak blah dah. sebenarnya banyak lagi gambar yang ingin dikongsikan tapi takut korang muak lak kang. selesai disitu, kitorang bergerak ke rumah2 yang bentuknya seperti rumah di luar negara tuh pula. korang layan gambar k.

di pintu masuk ke Colmar Tropicale

aku pulak pose

dia pulak pose

kat lobby hotel. suite khas untuk jejaka boroi.

kereta kuda. kudanya telah diperkudakan menurut penduduk setempat

telaga yang dikatakan mampu memakbulkan doa. baling duit pastu doa. untuk yang bukan islam sahaja ya!

hm, oklah setakat itu yang aku nak kongsikan. setelah korang baca nih, boleh lah ke sana. support our industry. malaysia juga banyak tempat untuk melancong. untuk ke sana modal yang diperlukan pun biasa sahaja. cuma makanan di situ agak mahal. tapi korang boleh bawa sendiri dari tempat korang. disebabkan kami xtau, pakai redah jeee, kami terpaksa makan angin jelah sebab harga makanan disitu agak x logik dan x berapa menarik jika dilihat. xtau lak kalu dirasa. untuk ke sana hanya memakan masa lebih kurang 45 minit dari kuala lumpur.

akhir kalam, renung2kan dan selamat beramal. sampai jumpa lagi.
p/s: aku tengah tunggu gambar aku gi pantai gold coast ari tuh dari molie untuk aku letakkan dalam blog nih. aku dah x sabar nak amek DSLR nih, geram tul r.



Thursday, March 5, 2009

kebosanan


ha...hari ni aku saje je post gambar2 aku yang terbaru. dengan berbekalkan sedikit rasa kebosanan dan handphone canggih murahan aku tu inilah hasilnya. boleh tahan gaklah ka? huhuhu.. aku memuji diri sendiri. cik shaffiq pun blom tengok gambar ni lagi. ni hasil setelah aku kombinasikan gambar2 yang aku ambil menggunakan perisian picasa. terimas kat picasa atas kebijaksaan beliau menyenangkan kerja aku.

kalau nk tahu banyak lagi gambar yang aku amek tapi cukup lah yang ni je aku post. ni pun cam dah lorat je. kompom kena kutuk ngan member2 aku ni karang. tapi tu semua saya ambil sebagai dugaan untuk berjaya...wakakaka

baju yang aku pakai tu dah lama gak aku beli tapi jarang gile pakai sebab selama ni aku takda inner dan aku tak tahu nk pakai g mana. takkan takat makan kat mamak nak pakai over camtu. betul tak kawan2. tapi sekarang aku dah ada inner dan aku rasa agak bernaslah baju tu nk di bawak berjalan2 sekitar KLCC atau the curve. paling tepat lagi sangat sesuai d pakai ke OU sebab semenjak ada kad JJ ni kitorang dah jadi pengunjung OU tegar. tiap2 minggu kot pergi sana. huhuhu..

okeydoykey.. aku nk memblahkan diri sebab aku dah tahu nak tulis apa lagi. akhir kata...
"agi hidup agi ngelaban!!"

Wednesday, February 25, 2009

Kesudahan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Salam semua. kesibukan melanda memandangkan banyak projek memerlukan tindakan segera. sampaikan aku x sempat nak menulis ape2 kat blog ini walaupun aku sekadar penulis jemputan. aku sekadar sempat menambah syokbok di blog aku ini dan berkelapangan sedikit untuk tulis pasal ujian aku tempoh hari.

aku gerak dari KL petang jumaat terus ke rumah member aku kat melaka iaitu fatah. bekas housemate aku tuh masa aku belajar dulu. lebih kurang jam 8.30 aku sampai di rumah dia. rehat sekejap then terus gerak nak gi makan dan nak survey jalan ke tempat kejdain iaitu tempat aku nak ujian tuh.

pagi sabtu tuh, aku gerak seawal 8.05am untuk ke tempat ujian tuh. sampai di sana rasa cam sangat berkobar2 tapi rasa hampeh lak sebab tengok lebih kurang dalam 30 orang je yang ada di tempat kejadian. rupanya dari 90 calon, hanya 51 yang hadir. yang lain mungkin x sempat datang.

tepat jam 8.30am, kertas soalan untuk bahagian pertama diedarkan. bahagian pertama berkisar mengenai isu semasa dan sejarah penubuhan malaysia. soalan dia .. mak tuan ai .. 80% tahap keyakinan aku bahawa aku hentam sahaja. hahaha .. antara contoh soalan dia, negara manakah yang antara berikut tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan malaysia. jawapan dia pun nak hampir sama je. antaranya cuba dan nama yang hampir2 dengannya. aku dengan cargasnya membuat keputusan untuk menghentam sahaja jawapan kepada soalan itu. rasa macam cuba banyak jual dadah dan candu je, so aku pilih beliau. kertas nih berlangsung selama 45 minit. kepala aku lak sangat sakit time tuh sebab aku x bawa minyak rambut sendiri, aku pau minyak rambut si fatah. sekali x ngam kepala aku lak. abis aku !! lepas je exam 1st tuh terus cari panadol sebagai ubat kepala aku nih.

ujian bahagian kedua start 10.15am. bahagian kedua merupakan esei bahasa melayu. yang nih aku buat soalan berkaitan dengan isu tanah runtuh. ujian nih abis kul11.15. ujian ketiga lak start 11.45am. ujian ketiga ialah esei bahasa inggeris. yang nih lak aku wat soalan berkaitan dengan kesan penggunaan kamera litar tertutup iaitu cctv. aku goreng jelah pe yang aku tau.

kemudian rehat dari 12.45 sampai 2.00pm. ujian keempat start 2.15. nih yang aku suka sikit bahagian mengira iaitu daya menyelesai masalah. masala soalan ialah sangat berputar belit. layankan jelah. kena baca 2 kali baru dapat key jawapan dia. kalu sekali baca je, cam padaiyappa lah ..

dan yang terkahir sekali ujian kelima ujian kefahaman bahasa melayu dan bahasa inggeris. kena baca perenggan kemudian jawab soalan yang diberikan. perenggan bahasamelayu je tapi peribahasa yang dia gunakan tahap karam singh walia. aku kena surf tenet baru tau maksud peribahas tersebut. sangat aneh didengar. ia berbunyi "paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka" maksud ia ialah Sesuatu yang selalu dicita-citakan. tapi masa tuh aku hentam je sebab aku tatau. huhu.. yang bahasa inggeris pun bahasa yang digunakan sangat mendalam. kalu setakat baca kosmo ngan majalah ujang lum tentu soalan tuh aku leh jawab dengan berkesan.

apa2 pun setelah aku berusaha, kini masanya aku bertawakal padaNYA. jika rezeki aku disitu, insyaALLAH ada. doakan bersama ye. akhir kalam, renung2kan dan selamat beramal ..

Wednesday, February 18, 2009

pungguk (2)

orang kata pungguk tunggukan bulan
aku rasa pungguk mahukan bintang
sebab bulan takkan berseri
kalau bintang tak ada di sisi

orang kata pungguk mahukan bulan
malu si pungguk pandang dari jauh
aku rasa bulan mahu membalas sayang si pungguk
cuma ruang yang membataskan perasaan

kalau pungguk mahukan bulan
kenapa pungguk tak terbang tinggi
pungguk hanya menanti di dahan
mengharap bulan jatuh ke bumi

bulan takkan jatuh ke bumi
perlukah pungguk mengubah hati
mencari pengganti sang bulan
yang sama taraf dan sama tinggi

kalau bulan jatuh ke bumi
pungguk paling suka hati

sakit kepala @ sakit hati

tak tau kenapa cam dalam minggu ni aku selalu sakit kepala. pagi-pagi je dah sakit kepala. pelbagai helah telah aku lakukan untuk menghilangkan sakit kepala aku ni tinggal aku tak hilangkan kepala aku je lagi. nak kata tak cukup tidur aku tidur paling awal dah aku rasa. sebelum ni aku tak pulak mengalami masalah sebegini..(ayat aku cam tak menahan je ni mesti kesan dari sakit kepala aku ni) sakit kepala ni telah sekali gus membuatkan aku sakit hati. tidak cukup dengan itu, kelas aku pagi ni dibatalkan dan aku tak tahu langsung pasal pembatalan kelas. tapi salah aku gak. hari selasa aku tak gi kelas. ada mid term malam tu and aku tak abis study lagi.
ni aku busykan dengan autogala plak. minggu ni aku agak busylah kot. jemput2 ye datang ke autogala kat uia. dijamin mantap. muahahaha! aku kena jaga bahagian registration so saper2 yang ada rasa cam nak masuk drift ke drag ke boleh mendaftar dengan aku. even berlangsungn hari sabtu 21hb and ahad 22hb. tapi ahad tu aku ada midterm.. ye.. midterm lagi dan lagi..
tangan kiri aku makin lama makin sakit ni. menambahkan lagi kesakit hatian aku. rasa camnak marah orang je ni. mari2 wat masalah ngan aku. aku nak marah sikit. huhuhu
korang rasa aku ni over sangat ke? (pe punya pertanyaan lah ni) tapi aku rasa cam dah borink dah ngan cara hidup aku sekarang. ntahlah. emosi aku tak stabil ni. banyak merapu je.. waaa...pening kepala.. okeylah.. dari aku terus merapu dan ada tersakitkan hati orang nanti bagus aku chow dulu. kepada kawan2 semua.. jagalah kesihatan anda. ingan lima perkara sebelum lima perkara. renung2kan dan selamat beramal..