Wednesday, February 25, 2009

Kesudahan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Salam semua. kesibukan melanda memandangkan banyak projek memerlukan tindakan segera. sampaikan aku x sempat nak menulis ape2 kat blog ini walaupun aku sekadar penulis jemputan. aku sekadar sempat menambah syokbok di blog aku ini dan berkelapangan sedikit untuk tulis pasal ujian aku tempoh hari.

aku gerak dari KL petang jumaat terus ke rumah member aku kat melaka iaitu fatah. bekas housemate aku tuh masa aku belajar dulu. lebih kurang jam 8.30 aku sampai di rumah dia. rehat sekejap then terus gerak nak gi makan dan nak survey jalan ke tempat kejdain iaitu tempat aku nak ujian tuh.

pagi sabtu tuh, aku gerak seawal 8.05am untuk ke tempat ujian tuh. sampai di sana rasa cam sangat berkobar2 tapi rasa hampeh lak sebab tengok lebih kurang dalam 30 orang je yang ada di tempat kejadian. rupanya dari 90 calon, hanya 51 yang hadir. yang lain mungkin x sempat datang.

tepat jam 8.30am, kertas soalan untuk bahagian pertama diedarkan. bahagian pertama berkisar mengenai isu semasa dan sejarah penubuhan malaysia. soalan dia .. mak tuan ai .. 80% tahap keyakinan aku bahawa aku hentam sahaja. hahaha .. antara contoh soalan dia, negara manakah yang antara berikut tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan malaysia. jawapan dia pun nak hampir sama je. antaranya cuba dan nama yang hampir2 dengannya. aku dengan cargasnya membuat keputusan untuk menghentam sahaja jawapan kepada soalan itu. rasa macam cuba banyak jual dadah dan candu je, so aku pilih beliau. kertas nih berlangsung selama 45 minit. kepala aku lak sangat sakit time tuh sebab aku x bawa minyak rambut sendiri, aku pau minyak rambut si fatah. sekali x ngam kepala aku lak. abis aku !! lepas je exam 1st tuh terus cari panadol sebagai ubat kepala aku nih.

ujian bahagian kedua start 10.15am. bahagian kedua merupakan esei bahasa melayu. yang nih aku buat soalan berkaitan dengan isu tanah runtuh. ujian nih abis kul11.15. ujian ketiga lak start 11.45am. ujian ketiga ialah esei bahasa inggeris. yang nih lak aku wat soalan berkaitan dengan kesan penggunaan kamera litar tertutup iaitu cctv. aku goreng jelah pe yang aku tau.

kemudian rehat dari 12.45 sampai 2.00pm. ujian keempat start 2.15. nih yang aku suka sikit bahagian mengira iaitu daya menyelesai masalah. masala soalan ialah sangat berputar belit. layankan jelah. kena baca 2 kali baru dapat key jawapan dia. kalu sekali baca je, cam padaiyappa lah ..

dan yang terkahir sekali ujian kelima ujian kefahaman bahasa melayu dan bahasa inggeris. kena baca perenggan kemudian jawab soalan yang diberikan. perenggan bahasamelayu je tapi peribahasa yang dia gunakan tahap karam singh walia. aku kena surf tenet baru tau maksud peribahas tersebut. sangat aneh didengar. ia berbunyi "paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka" maksud ia ialah Sesuatu yang selalu dicita-citakan. tapi masa tuh aku hentam je sebab aku tatau. huhu.. yang bahasa inggeris pun bahasa yang digunakan sangat mendalam. kalu setakat baca kosmo ngan majalah ujang lum tentu soalan tuh aku leh jawab dengan berkesan.

apa2 pun setelah aku berusaha, kini masanya aku bertawakal padaNYA. jika rezeki aku disitu, insyaALLAH ada. doakan bersama ye. akhir kalam, renung2kan dan selamat beramal ..

1 comment:

molliesa said...

wess...aku pom jawab esei same aa ngan ko..hikhik..tapi aku kompom failed..hehehe