Monday, February 2, 2009

Sifu dan Tongga (Aann..Aann..)

Salam sejahtera dan selamat berbahagia hendaknya. Saya julung kali menampilkan diri disini untuk menceritakan pengalaman saya pergi menonton filem terlatest Abang Ajak kita iaitu Sifu & Tongga. Lokasi pawagam ialah di Alamanda Putrajaya. Berikut ialah serba sedikit info mengenai filem tersebut.

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis
Shukor Mohaideen : (Scriptwriter)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)

Pelakon
Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama)
Nabil : Tongga (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama)
Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Azad : Izzaq (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Adrea Abdullah : Wartawan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek : Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)

Krew
Mohd Erman : (Pengarah Fotografi)
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Ady Putra : (Creative Director)
Mohd Ridzuan : (Pembantu Pengarah)
Azlan Syah : (Pembantu Pengarah)
Amandus : (Wardrobe)
Adzrey : (Juruteknik Bunyi)

Penerbit
Latiff Mohaideen : (Penerbit)
Puad Onah : (Penerbit Eksekutif)
Shukor Mohaideen : (Penyelaras Penerbitan)


Nak dijadikan cerita aku kua menuntun filem nih, aku ke LCCT terlebih dahulu anta laptop akak aku. Nak kirim kat kawan dia yang nak balik ke Sarawak. Akak aku amek KPLI dan kena anta kat sana. Padan muka dia dan aku sekali sebab macam2 aku kena buat gak. Selepas anta barang aku terus ke LCCT ngan gadisku lah. Memang dah cadang nak layan filem nih. Masa beratur cam ok je kot sebab x ramai yang beratur (or memang x ramai penonton disitu aku x sure). Tiket kitorang kul 3.50 petang. Masa masih muda, so aku jalan2 dulu je kat Alamanda tuh. Gi cari gadisku punya memory kad untuk hp tigaji dia yang baru tuh (kasi can r kat dia).

Sinopsis cite nih lebih kurang camnih la. Ia mengisahkan sekumpulan orang purba kononnya yang tinggal dalam gua. Kemudian datang r wartawan yang tamakkan pangkat lakonan Erra Fazira pastuh tangkap si Fauziah Gous tuh n bawa balik rumah dia. Tujuan dia tangkap tuh nak watkan si Gous nih bahan utama paper dia. Dia nih nak jadi Ketua Editor kononnya.

Kemudian Sifu lakonan Apek dan Tongga lakonan Nabil diarahkan untuk mencari Mila (si Gous tadik). Mila nih awek Sifu lah kiranya. Operasi menyelamat dimulakan, Apek boleh berhubung dengan nenek tua. Nenek tua tuh leh masuk dalam badan Apek n kononnya bagi info katne Mila berada. Masa nak cari Mila, diorang jumpa Rozita Che Wan janda meletup tuh. Dia berlakon sebagai polis. Macam2 gak berlaku masa diorang kat balai polis. Kemudian dia jumpa Azwan Ali, Shamsul Ghau Ghau, dan ramai lagik. Setelah dugaan demi dugaan dihadapi, Mila berjaya diselamatkan. Kemudian puak Sifu dan Tongga dipelihara oleh Datuk Jalaluddin Hassan lakonan orang yang sama gak.

Keseluruhannya jika dinilai oleh aku, kalu 5 bintang tuh aku kasi 2.5 bintang jelah. Mula2 aku berkobar nak ketawa, tapi lepas tengok cam hampeh jerk. Xde lawak mana pun, bagi aku jauh nak lawan filem kelakar Afdlin iaitu Baik Punya Cilok. Cuma ada certain part yang kelakar. Contohnya, time dalam balai polis tuh r. Tapi naik meluat lak lepas lawak yang sama diulang2. Daya tarikan filem nih aku rasa sebab ada Nabil kot. Kalu ikutkan filem, xde pe yang menarik. Garapan Abang Ajak dah terlalu banyak n agak klise. Penonton dah mula bosan dengan olahan yang sama. Asek stret cut jerk!

Sampai sini dulu. Buat rakan-rakan yang mahu menonton, silakan. Aku hanya memberi pandangan aku. Mungkin korang punya pandangan berbeza dengan pandangan aku. Sokong industri file melayu. Adioss ~

No comments: