Sunday, February 15, 2009

Mari Menonton Upin & Ipin !!

hai !! bertemu lagik .. persetankan thread aka benang beliau tuh .. mari kita fokus pada matlamat kita ini . haha .. aku tokey gak .. pe de hal .. cam Lady D ngan Pak Cik Din lak berlawan kata camnih .

kita teruskan dengan tajuk benang kita pada kali ni . Mari Menonton Upin & Ipin !! (baca dengan nada Shin Chan) . pada kawan2 yang nak menonton filem nih, jangan meleceh lagik. sila teruskan niat anda. tempah tiket tuh cepat sikit. x pun beli awal. x pun beli online. x pun wat r cara pe pun untuk pastikan korang berjaya tonton filem menarik nih. aku pun dah lama x menonton filem yang leh dibanggakan dan menghiburkan seperti filem ini.


Poster Filem Ini

aku kasi paste sinopsis filem nih yang di amek dari website rasminya iaitu http://www.gengthemovie.com/ . sinopsisnya lebih kurang camnih.


Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.

sinopsis dari aku pulak. cerita bermula dengan atuk badrul kua TV dan ditemuramah oleh wartawan berita dengan kisah hantu durian yang memakan duriannya. berita tuh ditonton oleh badrul lalu menarik minat beliau untuk pergi ke kampung datuknya itu. dia dan rakannya yang agak cemas iaitu Lim terus bersiap2 untuk ke kampung datuknya. semasa ditemuramah pun, datuk badrul nih dah menunjukkan aksi kelakar beliau. maklum r, orang kampung yang x pernah masuk TV. lawak yang ringkas namun mampu buatkan aku ketawa.korang pulak camne? kena saksikan dulu r.

ok bersambung .. balik pada badrul ngan lim yang nak ke kampung datuk badrul aka tok dalang nih. diorang naik bas nak kampung durian runtuh. masa dalam bas tuh, lalu r motor sorang pakcik, bawa monyet n kelapa di belakang motornya. monyet tuh tengok si lim nih minum air tin. dia kecur sangat n minta kat lim. tapi lim wat muka berlagak. sian tengok monyet tuh tapi lucu n sangat comel. tapi bas lak pancit masa on the way tuh. time dalam bas pun ada aksi kelakar gak r. then, diorang kena jalan kaki ke kampung tuh sebab tayar spare hanya akan sampai esok hari. so, diorang terpaksa jalan kaki sejauh 5000000 mm aka 5 km. masa tuh lim nih sangat haus, then lalu r pakcik n monyet n kelapa yang lim kecurkan masa dalam bas tadii tuh. kelihatan monyet tuh pulak nak kecurkan si lim nih. monyet tuh tenganh minum air kelapa. siap wat muka kat lim. memang kelakar time tuh. masa diorang jalan kaki tuh, ada r lori berhenti nak tumpangkan diorang. pemandu lori tuh singh, dengan tokeinya pe nama ntah aku dah lupa. so, diorang gerak r ke tempat yang dituju. pakcik dalam lori tuh kelihatan garang tapi singh tuh very friendly. on the way tuh macam2 r aksi lucu yang ada.

sampai kat kampung tuh, diorang terus nak cari umah tok dalang. tapi si badrul ni hxtau jalan. diorang gi ke gerai muthu. masa tuh diorang jumpa lah dengan si lembut pe nama ntah. lupa gak. n jumpa gak dengan upin n ipin. upin n ipin disuruh tunjukan jalan ke rumah tok dalang. so, badrul follow je makhluk 2 orang tuh. masa nak gerak, ros baru anta kuih kat kedai muthu, so dia kena balik saing ngan upin n ipin. ros wat muka sombong kat badrul n lim. konon jual mahal lah tuh.

sampailah ke rumah tok dalang nih. badrul sempat kena baling selipar ngan si ros. konon garang r tuh. cheit porah! sampai je, badrul ngan si lim rehat2 je. malam tuh atuk badrul nak gi kebun. tapi si lim ngan badrul x gi. masa kat kebun tuh, tok dalang nampak cam kelibat pencuri durian tuh tapi x dapat kesan benda tuh. pagi tuh, sebijik je durian yang berjaya dituai tok dalang sebab lain dah kena curi.

petang tuh sebelum malam yangtok dalang gi kebun tuh, dia suruh badrul dengan lim gi kebun sendiri kalu nak makan durian. tok dalang suruh bawa motor lama bawah rumah dia. then masa test merempit tuh, diorang terserempak dengan rajoo anak muthu tengah naik lembu sambil layan radio. rajoo kena langgar n masuk sungai. radio dia rosak. dia mintak ganti kat lim. si lim janji suh datang rumah tok dalang n dia akan bagi pinjam discman dia.

si raju dengan jujurnya datang seawal 4 pagi ke rumah tok dalang. tok dalang yang baru balik n penat dia kata dia nak tido je. si lim ngan badrul kena gi kebun sendiri. so, rajoo kena tunjuk jalan n si lim kena bagi pinjam discman dia. diorang naik kereta lembu si raju, masa on the way si upin n ipin tahan kereta lembu diorang. alasannya nak ikut sekali.

so, diorang gi r ke kebun tuh. sampai kat kebun diorang dengar bunyi durian jatuh. si lim dengan lajunya nak gi amek durian tuh tapi durian tuh dah lesap. upin n ipin n rajoo perasan seekor makhluk tengah bawa durian tuh. diorang pun kejar makhluk aneh tuh. sampai satu tahap diorang dapat kepong makhluk tuh. time kejar mengejar tuh pun banyak aksi kelakar yang dipaparkan.

lepas dapat kepong makhluk tuh, rajoo yang berkebolehan bercakap dengan lembunya mengetest untuk bercakap dengan makhluk tuh pulak. nama makhluk tuh ialah oopet. memang suka makan durian. mak n bapa dia hilang. diorang dah sesat. ros datang nak cari upin n ipin. lim ngan badrul kena marah ngan ros sebab x jaga upin ngan ipin. diorang pun duk cari upin ngan ipin n rajoo. sampai 1 tahap, diorang jumpa si upin ipin n rajoo tuh. tapi dah jauh dalam hutan. masa tuh gak diorang terjumpa dengan raksasa yang sangat menakutkan. diorang cuba melarikan diri dari makhluk tuh. masa melarikan diri tuh diorang terserampak lak ngan binatang aka menate buas iaitu ular besar dan segala bagai yang besar. lintah besar pun ada.

at last, diorang kena tangkap ngan raksasa yang menakutkan tuh tadi. rupanya raksasa tuh ialah singh yang si lim n badrul tumpang masa nak datang kampung tuh. diorang jadi raksasa untuk tangkap haiwan terlarang di hutan. sebenarnya ada 2 raksasa, lagi 1 raksasa tuh ialah si nyah yang si lim jumpa semasa di kedai muthu tuh.

masa kena tangkap, diorang disumbat dalam umah kosong. dalam umah tuh ada banyak haiwan terlarang yang ditangkap. termasuk emak si oopet. so, diorang berusaha untuk melepaskan diri. sampai akhirnya, diorang berjaya melepaskan diri. dan terbongkarlah rahsia kegiatan orang jahat itu. singh dan tokeinya sesat ke dalam dunia lain. mak si ros dan muthu serta tok dalang yang mencari upin ipin rajoo dan lim serta ros yang hilang tuh pun berjumpa mereka.

begitulah ceritanya, kalu x faham drop komen dan korang gi tonton sendiri. aku cerita bercampur aduk tuh. tapi lebih kurang camtuh r citenye .. hehe ..

2 comments:

LaiLiE iZaNi said...

aku xfhm....hehehee...
tp xpela aku appreciate pe yg ko nak smpaikan 2...hahahah...aku nk g tgk gak nt....;p

Fieyt Cliffe said...

weh
yg ko gi citer sumer watpe
nnti tak surprise laa
lgpun aku rase
ko blum smpai tahap
storyteller yg sukses
ahakss :P