Wednesday, February 4, 2009

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1


Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1

wachaa .. aku kembali dengan gelabahnya di sini. aku sedang sarat memikirkan pasal Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1 yang perlu aku attend 21hb Februari nih nanti. setelah Pacit Gugel membantu serba sedikit, nampak gayanya nak exam nih bukan sesuatu yang senang cam exam nak amek lesen L. hakikatnya aku kena buka buku dan perlu study semula isu2 semasa dan x berapa semasa. means, kepala hotak aku kena ada isu yang updated, dan outdated. pendek kata, sebelum tutup mata, isu..isu..isu.

aku punya exam kat Dewan Kuliah, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Jalan Tasik, Ayer Keroh, 75450, Melaka. masa exam ialah dari seawal banget 9.00am hinggalah ke selewat keren 4.30pm. kira seharian gak r tuh. kira kalu lupa calit deodoran, alamat buruk r tuh.

peluang bukan datang selalu. so aku kena usaha tangga kejayaan gak r serba sedikit mana yang mampu untuk mempersiapkan diri aku untuk exam tersebut. setakat nih aku dah bercadang nak beli buku kat Popular Bookstore. tapi baru cadang je r. huhu..

ape2 pun, aku wish gudlak untuk diri aku sendiri dan buat semua yang akan turut berjuang dengan aku pada hari dan tempat tersebut. jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat ulat sagu. cheeewah.. akhir kalam untuk kali ini, amalkan pemakanan yang sihat. USAHA, DOA, TAWAKAL !!

1 comment:

molliesa said...

tahniah babe...good luck untuk exam..aku lupe la nak update SPA aku..kehkehkeh...