Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri !

salam buat semua. kami (shaffiq@tomet + sheeda) di sini dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari di atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan dengan semua kenalan-kenalan tidak kira sama ada kesalahan yang terang lagi nyata mahupun kesalahan yang tiidak nyata atau pun secara tidak sengaja. oleh itu, kesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri bagi yang menyambutnya di serata dunia.


bersederhanalah di hari raya ini di samping ekonomi yang x berapa nak baik nih kan. ekeke.. semoga semua insan bergembira di hari raya ini.

P/S: kalau korang sesat di muar @ melaka, roger r aku ok. beraya umah aku xde hal punya. sentiasa terbuka untuk korang. tapi roger dulu, kang kalau aku xde kang korang lak terlopong ..

Wednesday, September 16, 2009

balik kampung~~

ya.. setelah agak lama aku tidak meng'update' kerana memberi peluang kepada cik shaffiq untuk meng'update' cerita2 beliau.. untuk pengetahuan semua aku sekarang telah berada di kampung halaman.. kampung ka? aku dah kat melaka bandaraya bersejarah dah ni. dah 1, 2, 3 erm 5 hari aku kat umah ni. ni aku nak kongsi bersama kerajinan aku ketika berada di rumah..

aku balik hari jumaat petang. dalam kesesakkan jalan raya aku tempuh gak. ini semua adik aku punya pasal. dia keje sampai kul 5 petang. time sesak2 dengan orang ramai nak balik umahnye aku g amek dia kat depan opis dia. aku sampai agak lambat sebab seblum balik cek2 dulu pe yang patut kat keta aku tu. cek minyak hitam dan air. setelah memastikan kesemuanya okey okey belaka aku hidupkan enjin dan memulakan perjalanan. persinggahan pertama opis cik shaffiq. nak salam2 jumpa wat kali terakhir seblom raya. mintak mahap in advance lah lebih kurang. dapat jumpa jap je sebab takut jem jalan nanti. sedih gak nak tinggalkan beliau seorang diri diperantauan tapi aku pedulik hapa.. kuikuikui.. sampai dekat depan opis adik aku dia dah sedia tunggu dengan muka ala2 penat gitu. aku terus suh dia masuk keta tanpa memberhentikan kereta. kira hebatlah sebab jalan depan tu takleh nak berenti keta. kereta berderet2 kot. aku sampai umah dalam kul 7.45 malam. berbuka dalam kereta je. hukhuk..

ari sabtu aku sefamily berangkat ke bandar melaka untuk membeli baju raya. niat nak belikan baju raya untuk adik2 aku yang sekolah tu tapi apakan daya.. akak dia ni yang paling banyak membeli. hamek ko! sampia 7 helai baju aku tibai. tapi baju murahan je kot. selai aku bagi kat adik aku sebab dia wat muka kesian nakkan baju tu gak. takpe2.. akak dia ni murah hati. hameklah ko.. aku ada 6 lai lagi hokey...balik dari melaka terus melepak je sebab kepenatan. kaki kiri aku pun dan rasa ngilu. maybe sebab masa balik kat kl jem. pastu ari sabtu plak berjalan.. dia tak tahan lagi..siap pakai ebene mak aku lagi. sapu minyak panas. pastu tido..

ahad aku dengan rajinnye mengarahkan adik2 aku untuk memasang langsir rumah. aku arah diorang tak layan je so terpaksalah akak dia ni gak yang manjat2 bukak langsir lama pasang langsir baru. dah pasang2 langsir ada palk satu langsir pitu tak cukup. terpaksa tunggu mak aku jahit lagi satu. sampai la ni tak siap2 lagi..hukhuk..

ari senin aku bangun dah kul 1145 pagi. pe punya anak dara bangun lambat camni tapi ada aku kesah? bangun2 mandi terus wat kuih tart. walopun aku bangun lambat tapi mak aku tak bising hokkey.. sebab aku wat semua yang dia suruh.. hukhuk.. tak macam sesetengah orang tu.. udahlah bangun lambat.. satu keroje pun idok dibuatnye.. sape yang terasa..terasalah k.. lama tu nak wat kuih tart. lenguh2 gak tangan aku.aku wat tart gulung. mak aku suh masukkan dalam cup je tapi aku tengok cam tak berapa nak cantik. mak aku bukan apa.. dia kesian kat aku.. tahun lepas aku wat kuih tart dari pagi sampai ke malam kot. sampai sakit belakang. tapi tahun lepas aku wat 2 kilo. tahun ni wat 1 kilo je. aku wat sampai buka je dah siap. oklah tu..

ari selasa aku bangun cm biasalah 1145. rutin biasa. bangun, mandi pastu mak aku suh gulung kilt popia. dia nak buat kuih snow white. lama u aku gulung sebab dia kena potong kecik2. korang bayangkan satu lai kulit popiat tu bahagi 25. tu baru selai. satu paket kilut popia tu ada bape lai. aku kena gulung 2 paket. dari kul 1 aku start wat sampai kul 2 pagi baru siap. lama gila..

arini aku bangun awal sikit. kul 1015 pagi aku dah bangun. arini aku wat kuih cornflakes bermadu. senang je wat kuih tu. dalam kul 1245 siap wat kuih aku g amek adik balik sekolha. pastu kul 215 anta dia g sekolah agama. pas nta dia g sekolah agama terus je aku g avon beli barang yang mak and adik aku pesan. pastu singgah nutrimetics jap amekkan liptip mak aku. kat nutrimetiks tu tetiba terasa nak wat facial. amek ko.. aku wat facial samapi adik aku balik. ala.. dia balik pun kul 4. terus je g amek dia tadi. bawak balik umah. dalam kul 5 aku bawak mak aku g bazar ramadhan kat pengkalan balak ni. selalunya ari rabu ada pasar malam tapi tadi takda plak. terbantut niat mak aku nak beli daging nak wat rendang. terpaksa tunggu esok beli kat pasar..

esok aku nak buat biskut choclate chip. ari jumaat aku dah cakap ngan mak aku aku nak kemas umah. mak aku tengah sebok menjahit baju ni. aku cakap ngan dia by friday mesti siap sebab jumaat aku nak sapu n mop satu umah. semua barang2 aku nak kemas. so.. kesimpulannye aku punya cuti selama seminggu ni sangat terisi. kepada sesiapa yang nak ajak ai kelua kena wat appoinment dulu hokkey.. kuikuikui.. cam poyo jerk. nanti aku up gambar biskut2 yang aku dah wat okey.. selamat berpuasa..

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Lagik !

memang benar bagai di kata, kita di mesia nih sangat kaya dengan makanan. melimpah ruah dah kadangkala membazir bagai. aku x terkecuali. semalam, bertempat di kenny rogers jusco au2 keramat, kitorang makan² berbuka puasa di kenny rogers roster. tetamu undangan semalam ialah seri hana dan kamaliah. dah lama pun x kua makan dengan diorang nih. 22 makhluk nih diimport dari uia. nama pun kawan cik shida. pulang dari kerja jam 4.30, balik rumah tukar baju jap. then terus gerak ke gombak untuk pick up makhluk 2 orang nih. on the way tuh dah call lokasi restoran untuk wat tempahan meja. tak mau kejadian x diingini berulang.

tiga dara pingitan (shida, kamal, seri)

sampai di jusco lebih kurang jam 6.30 petang. menepati janji kat staff kenny rogers yang angkat tipon tuh. heheh.. terus check in and amek order and bayar. lepas bayar tengok jam masa ada banyak lagi. jenjalan dulu berbelanja tingkap (window shopping) seraun dua di situ. huhahuha, masa dah time. masa untuk tayang makanan dah sampai.yaiy! huhu.. makan punya makan punya makan..dah muncit memasing, sandar jerk kat kerusi tuh kasi ayam turun ke perut. (orang tua kata r).

kami!!!

makanan kat mesia memang sedap². camne r orang kat somalia tuh bebuka puasa yerk. semoga mereka mendapat makanan yang cukup kekdahnya. kitorang pun amek menu biasa² je. memandangkan nak makan ayam, bape menu je yang ada berkait dengan ayam kat situ. korang pun tau kan. masam untuk gambar. korang tengok jelah gambar makanan yang dimakan. kalua kecur petang kang korang gerak je ke cawangan kenny rogers berdekatan dengan rumah kediaman anda ok.

ayam yang dah tinggal tulang jerk. isi dah di tibai.

muffin yang ada kismis doa (ye ke)

mujur tak tercucuk hidung tuh.

hopefully korang gembira dengan acar berbuka puasa kami nih.
P/S: tunggu buka puasa dengan budak kelas lak batch itho lak. JW Mariot atau One World OU.

Tuesday, September 8, 2009

Makan³ Di Marche, The Curve

sudah selesai 18 hari puasa. rezeki makan di bulan puasa memang melimpah ruah. minggu lepas ada jamuan di Tropicana. makanan di sana memang tersangat banyak. setakat nih kalau nak berbuka buffet atau makan² ke, aku rekemen korang ke situ. harga dari RM48 hingga RM72. dengan tagline cheapest in PJ, bolehlah korang ke sana. aku pun vendor yang belanja. hehe.. makan free jerk. aku rasa di situ segalah bagai makanan yang korang nak ada. char kue tiau, rendang, tomyam, ketupat, lemang, cendol, jus buah, abc, teh tarik, kopi, lauk pauk, kueh mueh dan lelain lah kekdahnya.

antara makanan di tropicana (raun ke bape tak hengat)

then semalam pulak, satu lagi vendor bermurah hati nak belanja kitorang berbuka puasa. banyak ganjaran bagi makanan untuk mereka yang berpuasa pun. pahalanya seperti kamu berpuasa seperti mereka. destinasi yang dipilih ialah restoran marche di the curve. restoran makanan barat kekdahnya. kos makan di situ untuk seorang ialah RM45 tidak termasuk air minuman. minuman disitu bergantung pada apa yang korangmau minum. harga minuman dari RM1 ke RM25. kalau korang banyak minum, banyak r sikit harganya. tapi memandangkan aku nih vendor belanja, aku layan je yang mahal² sikit. hehe..
sampai kat situ around 7pm. orang dah start ramai meluru masuk ke restoran tersebut. lepas dapat meja, terus lincah kaduk hushar makanan. banyak gak makanan yang disediakan untuk tetamu. yang pasti semuanya segar. dari jus hingga ke
steak, segar dari ladang. bagusnya disini, diorang tak menggalakkan pembaziran di mana tetamu akan didenda RM5 untuk setiap 100gm makanan yang tidak habis dimakan. so kena amek ngam² la untuk mengelak pembaziran. sistem disini menggunakan kad yang akan dicop.

kad yang akan dicop

jus segar orange dan mochachino (lagi sedap dari mocha float di pizza hut) (honey dew tiada dalam gambar pun layan)

peserta yang makan semalam

makanan untuk raun pertama

wajah pinggan setelah selesai makan²

kesimpulannya, makanan disitu memang sedap. tapi pilihan makanan tidak sebanyak mana. menu tidak banyak kot. kalau korang nak cuba, silalah ye ke the curve. kedai dia yang ada lembu di luar kedai tuh.

P/S: hari ini mau makan di mana ya?

Monday, September 7, 2009

Scalp Treatment Yang Menyengsakan!

Lepas 3 hari aku buat scalp treatment, dengan ini aku memaklumkan aku tidak sesuai dengan treatment tersebut. Kepala aku migrain 3 hari berturut². aduh! tak mau buat kat situ lagik! nak buat dekat spa lain pulak.

sekadar hiasan.

P/S: sesiapa ada salon atau spa nak rekemen untuk wat treatment rambut, sila gunakan syokbok kami atau komen k.