Wednesday, February 25, 2009
Kesudahan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
aku gerak dari KL petang jumaat terus ke rumah member aku kat melaka iaitu fatah. bekas housemate aku tuh masa aku belajar dulu. lebih kurang jam 8.30 aku sampai di rumah dia. rehat sekejap then terus gerak nak gi makan dan nak survey jalan ke tempat kejdain iaitu tempat aku nak ujian tuh.
pagi sabtu tuh, aku gerak seawal 8.05am untuk ke tempat ujian tuh. sampai di sana rasa cam sangat berkobar2 tapi rasa hampeh lak sebab tengok lebih kurang dalam 30 orang je yang ada di tempat kejadian. rupanya dari 90 calon, hanya 51 yang hadir. yang lain mungkin x sempat datang.
tepat jam 8.30am, kertas soalan untuk bahagian pertama diedarkan. bahagian pertama berkisar mengenai isu semasa dan sejarah penubuhan malaysia. soalan dia .. mak tuan ai .. 80% tahap keyakinan aku bahawa aku hentam sahaja. hahaha .. antara contoh soalan dia, negara manakah yang antara berikut tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan malaysia. jawapan dia pun nak hampir sama je. antaranya cuba dan nama yang hampir2 dengannya. aku dengan cargasnya membuat keputusan untuk menghentam sahaja jawapan kepada soalan itu. rasa macam cuba banyak jual dadah dan candu je, so aku pilih beliau. kertas nih berlangsung selama 45 minit. kepala aku lak sangat sakit time tuh sebab aku x bawa minyak rambut sendiri, aku pau minyak rambut si fatah. sekali x ngam kepala aku lak. abis aku !! lepas je exam 1st tuh terus cari panadol sebagai ubat kepala aku nih.
ujian bahagian kedua start 10.15am. bahagian kedua merupakan esei bahasa melayu. yang nih aku buat soalan berkaitan dengan isu tanah runtuh. ujian nih abis kul11.15. ujian ketiga lak start 11.45am. ujian ketiga ialah esei bahasa inggeris. yang nih lak aku wat soalan berkaitan dengan kesan penggunaan kamera litar tertutup iaitu cctv. aku goreng jelah pe yang aku tau.
kemudian rehat dari 12.45 sampai 2.00pm. ujian keempat start 2.15. nih yang aku suka sikit bahagian mengira iaitu daya menyelesai masalah. masala soalan ialah sangat berputar belit. layankan jelah. kena baca 2 kali baru dapat key jawapan dia. kalu sekali baca je, cam padaiyappa lah ..
dan yang terkahir sekali ujian kelima ujian kefahaman bahasa melayu dan bahasa inggeris. kena baca perenggan kemudian jawab soalan yang diberikan. perenggan bahasamelayu je tapi peribahasa yang dia gunakan tahap karam singh walia. aku kena surf tenet baru tau maksud peribahas tersebut. sangat aneh didengar. ia berbunyi "paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka" maksud ia ialah Sesuatu yang selalu dicita-citakan. tapi masa tuh aku hentam je sebab aku tatau. huhu.. yang bahasa inggeris pun bahasa yang digunakan sangat mendalam. kalu setakat baca kosmo ngan majalah ujang lum tentu soalan tuh aku leh jawab dengan berkesan.
apa2 pun setelah aku berusaha, kini masanya aku bertawakal padaNYA. jika rezeki aku disitu, insyaALLAH ada. doakan bersama ye. akhir kalam, renung2kan dan selamat beramal ..
Wednesday, February 18, 2009
pungguk (2)
aku rasa pungguk mahukan bintang
sebab bulan takkan berseri
kalau bintang tak ada di sisi
orang kata pungguk mahukan bulan
malu si pungguk pandang dari jauh
aku rasa bulan mahu membalas sayang si pungguk
cuma ruang yang membataskan perasaan
kalau pungguk mahukan bulan
kenapa pungguk tak terbang tinggi
pungguk hanya menanti di dahan
mengharap bulan jatuh ke bumi
bulan takkan jatuh ke bumi
perlukah pungguk mengubah hati
mencari pengganti sang bulan
yang sama taraf dan sama tinggi
kalau bulan jatuh ke bumi
pungguk paling suka hati
sakit kepala @ sakit hati
ni aku busykan dengan autogala plak. minggu ni aku agak busylah kot. jemput2 ye datang ke autogala kat uia. dijamin mantap. muahahaha! aku kena jaga bahagian registration so saper2 yang ada rasa cam nak masuk drift ke drag ke boleh mendaftar dengan aku. even berlangsungn hari sabtu 21hb and ahad 22hb. tapi ahad tu aku ada midterm.. ye.. midterm lagi dan lagi..
tangan kiri aku makin lama makin sakit ni. menambahkan lagi kesakit hatian aku. rasa camnak marah orang je ni. mari2 wat masalah ngan aku. aku nak marah sikit. huhuhu
korang rasa aku ni over sangat ke? (pe punya pertanyaan lah ni) tapi aku rasa cam dah borink dah ngan cara hidup aku sekarang. ntahlah. emosi aku tak stabil ni. banyak merapu je.. waaa...pening kepala.. okeylah.. dari aku terus merapu dan ada tersakitkan hati orang nanti bagus aku chow dulu. kepada kawan2 semua.. jagalah kesihatan anda. ingan lima perkara sebelum lima perkara. renung2kan dan selamat beramal..
Sunday, February 15, 2009
Mari Menonton Upin & Ipin !!
kita teruskan dengan tajuk benang kita pada kali ni . Mari Menonton Upin & Ipin !! (baca dengan nada Shin Chan) . pada kawan2 yang nak menonton filem nih, jangan meleceh lagik. sila teruskan niat anda. tempah tiket tuh cepat sikit. x pun beli awal. x pun beli online. x pun wat r cara pe pun untuk pastikan korang berjaya tonton filem menarik nih. aku pun dah lama x menonton filem yang leh dibanggakan dan menghiburkan seperti filem ini.
Poster Filem Ini
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.
sinopsis dari aku pulak. cerita bermula dengan atuk badrul kua TV dan ditemuramah oleh wartawan berita dengan kisah hantu durian yang memakan duriannya. berita tuh ditonton oleh badrul lalu menarik minat beliau untuk pergi ke kampung datuknya itu. dia dan rakannya yang agak cemas iaitu Lim terus bersiap2 untuk ke kampung datuknya. semasa ditemuramah pun, datuk badrul nih dah menunjukkan aksi kelakar beliau. maklum r, orang kampung yang x pernah masuk TV. lawak yang ringkas namun mampu buatkan aku ketawa.korang pulak camne? kena saksikan dulu r.
ok bersambung .. balik pada badrul ngan lim yang nak ke kampung datuk badrul aka tok dalang nih. diorang naik bas nak kampung durian runtuh. masa dalam bas tuh, lalu r motor sorang pakcik, bawa monyet n kelapa di belakang motornya. monyet tuh tengok si lim nih minum air tin. dia kecur sangat n minta kat lim. tapi lim wat muka berlagak. sian tengok monyet tuh tapi lucu n sangat comel. tapi bas lak pancit masa on the way tuh. time dalam bas pun ada aksi kelakar gak r. then, diorang kena jalan kaki ke kampung tuh sebab tayar spare hanya akan sampai esok hari. so, diorang terpaksa jalan kaki sejauh 5000000 mm aka 5 km. masa tuh lim nih sangat haus, then lalu r pakcik n monyet n kelapa yang lim kecurkan masa dalam bas tadii tuh. kelihatan monyet tuh pulak nak kecurkan si lim nih. monyet tuh tenganh minum air kelapa. siap wat muka kat lim. memang kelakar time tuh. masa diorang jalan kaki tuh, ada r lori berhenti nak tumpangkan diorang. pemandu lori tuh singh, dengan tokeinya pe nama ntah aku dah lupa. so, diorang gerak r ke tempat yang dituju. pakcik dalam lori tuh kelihatan garang tapi singh tuh very friendly. on the way tuh macam2 r aksi lucu yang ada.
sampai kat kampung tuh, diorang terus nak cari umah tok dalang. tapi si badrul ni hxtau jalan. diorang gi ke gerai muthu. masa tuh diorang jumpa lah dengan si lembut pe nama ntah. lupa gak. n jumpa gak dengan upin n ipin. upin n ipin disuruh tunjukan jalan ke rumah tok dalang. so, badrul follow je makhluk 2 orang tuh. masa nak gerak, ros baru anta kuih kat kedai muthu, so dia kena balik saing ngan upin n ipin. ros wat muka sombong kat badrul n lim. konon jual mahal lah tuh.
sampailah ke rumah tok dalang nih. badrul sempat kena baling selipar ngan si ros. konon garang r tuh. cheit porah! sampai je, badrul ngan si lim rehat2 je. malam tuh atuk badrul nak gi kebun. tapi si lim ngan badrul x gi. masa kat kebun tuh, tok dalang nampak cam kelibat pencuri durian tuh tapi x dapat kesan benda tuh. pagi tuh, sebijik je durian yang berjaya dituai tok dalang sebab lain dah kena curi.
petang tuh sebelum malam yangtok dalang gi kebun tuh, dia suruh badrul dengan lim gi kebun sendiri kalu nak makan durian. tok dalang suruh bawa motor lama bawah rumah dia. then masa test merempit tuh, diorang terserempak dengan rajoo anak muthu tengah naik lembu sambil layan radio. rajoo kena langgar n masuk sungai. radio dia rosak. dia mintak ganti kat lim. si lim janji suh datang rumah tok dalang n dia akan bagi pinjam discman dia.
so, diorang gi r ke kebun tuh. sampai kat kebun diorang dengar bunyi durian jatuh. si lim dengan lajunya nak gi amek durian tuh tapi durian tuh dah lesap. upin n ipin n rajoo perasan seekor makhluk tengah bawa durian tuh. diorang pun kejar makhluk aneh tuh. sampai satu tahap diorang dapat kepong makhluk tuh. time kejar mengejar tuh pun banyak aksi kelakar yang dipaparkan.
lepas dapat kepong makhluk tuh, rajoo yang berkebolehan bercakap dengan lembunya mengetest untuk bercakap dengan makhluk tuh pulak. nama makhluk tuh ialah oopet. memang suka makan durian. mak n bapa dia hilang. diorang dah sesat. ros datang nak cari upin n ipin. lim ngan badrul kena marah ngan ros sebab x jaga upin ngan ipin. diorang pun duk cari upin ngan ipin n rajoo. sampai 1 tahap, diorang jumpa si upin ipin n rajoo tuh. tapi dah jauh dalam hutan. masa tuh gak diorang terjumpa dengan raksasa yang sangat menakutkan. diorang cuba melarikan diri dari makhluk tuh. masa melarikan diri tuh diorang terserampak lak ngan binatang aka menate buas iaitu ular besar dan segala bagai yang besar. lintah besar pun ada.
at last, diorang kena tangkap ngan raksasa yang menakutkan tuh tadi. rupanya raksasa tuh ialah singh yang si lim n badrul tumpang masa nak datang kampung tuh. diorang jadi raksasa untuk tangkap haiwan terlarang di hutan. sebenarnya ada 2 raksasa, lagi 1 raksasa tuh ialah si nyah yang si lim jumpa semasa di kedai muthu tuh.
masa kena tangkap, diorang disumbat dalam umah kosong. dalam umah tuh ada banyak haiwan terlarang yang ditangkap. termasuk emak si oopet. so, diorang berusaha untuk melepaskan diri. sampai akhirnya, diorang berjaya melepaskan diri. dan terbongkarlah rahsia kegiatan orang jahat itu. singh dan tokeinya sesat ke dalam dunia lain. mak si ros dan muthu serta tok dalang yang mencari upin ipin rajoo dan lim serta ros yang hilang tuh pun berjumpa mereka.
begitulah ceritanya, kalu x faham drop komen dan korang gi tonton sendiri. aku cerita bercampur aduk tuh. tapi lebih kurang camtuh r citenye .. hehe ..
Thursday, February 12, 2009
lawan tokey..
1. sifu dan tongga (ann...ann..)
---> akupun berpendapat sama seperti beliau lahkan cerita ni memang agak membosankan. aku pun tak tau nape cerita ni boleh membosankan. bukan tak ada lawak tapi lawak dia sekadar dapat wat aku gelak takat 15 saat jelah. jalan cerita yang ringan dan walaupun agak tak logik..memang tak logik pun tapi cam okeylah.. aku rasa promosi cerita ni hebat tetapi dia punya cerita tak sehebat apa yang digembar-gemburkan. cam kira suap2 tapak kaki jelah. kalu aku.. aku bagi filem ni 3 bintang. okeylah kot.. korang nak tau lebih lanjut korang g tengok sendiri... (tapi ada tayangan lagi ke?)
2. PTD fasa 1
---> pasal topik ni aku takleh nk komen banyak2lah.. just aku doakan kejayaan orang tersayang jelah. kalu dapat kerajaan lagi bagus. kerja dia sekarang bukan tak bagus tapi aku plak cam kesian tengok dia penat asekkan kena tidur ofis je. (susah nk jumpa aku) huhuhuhu... dengan ini aku punmengewishbeliau selamat maju jaya!! fighting!!
3. belagakkan spek baru
---> sampai ati dia letak gamba spek dia je.. spek aku di anak tirikan.. huhuhu.. kecik ati.. hakhak.. aku belikan dia spek tu bukan apa.. atas dasar kasih sayang dan nak bagi semangat supaya dia makin pandai bawak keta dan hasilnya dia bawak lagi bagus dari aku. kecemasan beliau telah bertukar tangan. harhar.. nervous gile aku bawak keta dia.. yelah.. kalu pe2 jadi kompom kena ungkit sampai mati.huhu... ok gaklahaku tengok dia pakai kaca mata tu. kira ala2 mat rempit tapi bawak keta.
4.cover pinjam
---> ha..tang ni yang aku paling hangat ati. aku sukup menyampah dia g tukar cover tu jadi kaler putih. tak cukup ngan tu siap nak g design baru.. aku dah sound kalu aku tengok cover dia bertukar jadi design baru, aku designkan lagi menggunakan maker pen. baru padan muka dia. bukan ape.. pembaziran. nak design menatang tu rm50. motor bukannya buruk pun.okey je aku tengok. tu yang membangkitkan kemarahan aku tu..
okeylah..sampai sini dulu.tata...~
Wednesday, February 11, 2009
Kebeshan Coverset LC Pinjam Terbaruku
bagi membakar lagi darah beliau, aku rasa nak design coverset lama aku dengan design motor latihan en.rossi. lebih kurang camni design dia.
so, kira ingin dinyatakan disini hobi terbaru aku ialah membakar darah. huhu .. nak letak dalam resume aku gak r. hobi terbaru aku tuh unik! oklah, cau dulu. dah nak gi lunch. chalo betey benafe .. salam ..
Keberlagakan Gaya Spek Baru !!
sampai sini dululah .. kang aku nak tayang coverset pinjam terbaru aku .. nantikan .. zaSS ..
Persiapan PTD lagik !!
maklum dah lama x buka buku, aku buka r sikit2 sebelum tido. baca 5 helai, menguap 50 helai. xleh blah. kebosanan tahap otai sakit gigi. nak buka je muka surat ke-6, mata dah rapat. lalu aku teruskan rapatkan je terus. xyah banyak dalih. hehe ..
hari berikutnya pun sama, lebih kurang 11pm aku start buka buku lagik. target time tuh leh baca till 1145pm at least. sudahnya kul11.30 aku dah ngigau dah pun. hehe ..
sampai sini dulu lah aku update blog nih .. nanti jumpa lagi ye ..
Wednesday, February 4, 2009
Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1
Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1
wachaa .. aku kembali dengan gelabahnya di sini. aku sedang sarat memikirkan pasal Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Fasa 1 yang perlu aku attend 21hb Februari nih nanti. setelah Pacit Gugel membantu serba sedikit, nampak gayanya nak exam nih bukan sesuatu yang senang cam exam nak amek lesen L. hakikatnya aku kena buka buku dan perlu study semula isu2 semasa dan x berapa semasa. means, kepala hotak aku kena ada isu yang updated, dan outdated. pendek kata, sebelum tutup mata, isu..isu..isu.
aku punya exam kat Dewan Kuliah, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Jalan Tasik, Ayer Keroh, 75450, Melaka. masa exam ialah dari seawal banget 9.00am hinggalah ke selewat keren 4.30pm. kira seharian gak r tuh. kira kalu lupa calit deodoran, alamat buruk r tuh.
peluang bukan datang selalu. so aku kena usaha tangga kejayaan gak r serba sedikit mana yang mampu untuk mempersiapkan diri aku untuk exam tersebut. setakat nih aku dah bercadang nak beli buku kat Popular Bookstore. tapi baru cadang je r. huhu..
ape2 pun, aku wish gudlak untuk diri aku sendiri dan buat semua yang akan turut berjuang dengan aku pada hari dan tempat tersebut. jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat ulat sagu. cheeewah.. akhir kalam untuk kali ini, amalkan pemakanan yang sihat. USAHA, DOA, TAWAKAL !!
Monday, February 2, 2009
Sifu dan Tongga (Aann..Aann..)
Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penulis
Shukor Mohaideen : (Scriptwriter)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)
Pelakon
Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama)
Nabil : Tongga (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama)
Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Azad : Izzaq (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Adrea Abdullah : Wartawan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek : Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)
Krew
Mohd Erman : (Pengarah Fotografi)
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Ady Putra : (Creative Director)
Mohd Ridzuan : (Pembantu Pengarah)
Azlan Syah : (Pembantu Pengarah)
Amandus : (Wardrobe)
Adzrey : (Juruteknik Bunyi)
Penerbit
Latiff Mohaideen : (Penerbit)
Puad Onah : (Penerbit Eksekutif)
Shukor Mohaideen : (Penyelaras Penerbitan)
Nak dijadikan cerita aku kua menuntun filem nih, aku ke LCCT terlebih dahulu anta laptop akak aku. Nak kirim kat kawan dia yang nak balik ke Sarawak. Akak aku amek KPLI dan kena anta kat sana. Padan muka dia dan aku sekali sebab macam2 aku kena buat gak. Selepas anta barang aku terus ke LCCT ngan gadisku lah. Memang dah cadang nak layan filem nih. Masa beratur cam ok je kot sebab x ramai yang beratur (or memang x ramai penonton disitu aku x sure). Tiket kitorang kul 3.50 petang. Masa masih muda, so aku jalan2 dulu je kat Alamanda tuh. Gi cari gadisku punya memory kad untuk hp tigaji dia yang baru tuh (kasi can r kat dia).
Sinopsis cite nih lebih kurang camnih la. Ia mengisahkan sekumpulan orang purba kononnya yang tinggal dalam gua. Kemudian datang r wartawan yang tamakkan pangkat lakonan Erra Fazira pastuh tangkap si Fauziah Gous tuh n bawa balik rumah dia. Tujuan dia tangkap tuh nak watkan si Gous nih bahan utama paper dia. Dia nih nak jadi Ketua Editor kononnya.
Kemudian Sifu lakonan Apek dan Tongga lakonan Nabil diarahkan untuk mencari Mila (si Gous tadik). Mila nih awek Sifu lah kiranya. Operasi menyelamat dimulakan, Apek boleh berhubung dengan nenek tua. Nenek tua tuh leh masuk dalam badan Apek n kononnya bagi info katne Mila berada. Masa nak cari Mila, diorang jumpa Rozita Che Wan janda meletup tuh. Dia berlakon sebagai polis. Macam2 gak berlaku masa diorang kat balai polis. Kemudian dia jumpa Azwan Ali, Shamsul Ghau Ghau, dan ramai lagik. Setelah dugaan demi dugaan dihadapi, Mila berjaya diselamatkan. Kemudian puak Sifu dan Tongga dipelihara oleh Datuk Jalaluddin Hassan lakonan orang yang sama gak.
Keseluruhannya jika dinilai oleh aku, kalu 5 bintang tuh aku kasi 2.5 bintang jelah. Mula2 aku berkobar nak ketawa, tapi lepas tengok cam hampeh jerk. Xde lawak mana pun, bagi aku jauh nak lawan filem kelakar Afdlin iaitu Baik Punya Cilok. Cuma ada certain part yang kelakar. Contohnya, time dalam balai polis tuh r. Tapi naik meluat lak lepas lawak yang sama diulang2. Daya tarikan filem nih aku rasa sebab ada Nabil kot. Kalu ikutkan filem, xde pe yang menarik. Garapan Abang Ajak dah terlalu banyak n agak klise. Penonton dah mula bosan dengan olahan yang sama. Asek stret cut jerk!
Sampai sini dulu. Buat rakan-rakan yang mahu menonton, silakan. Aku hanya memberi pandangan aku. Mungkin korang punya pandangan berbeza dengan pandangan aku. Sokong industri file melayu. Adioss ~
Sunday, February 1, 2009
sandal dan handphone baru
inilah rupa handphone baru aku. disebabkan aku punya handphone hilang kena ragut dulu aku beli handphone baru. murah je. tak sampai 400 hengget. function dia ok dan aku dah ada memorycard 2g. aku dah berjaya mengalahkan cik shaffiq. muahahaha...(berlagak sikit). handphone ni ada 3g dan aku baru je ber 3g ngan sepupu aku. kira oklah tu. cik shaffiq akan aku gesa untuk membeli handphone yang sama supaya kami dapat ber3g dengan hebatnya.. hehehe
si pungguk
menjerit-jerit
memanggil-manggil
tertunggu-tunggu dengan setia
bodoh si pungguk kerana bulan
bodoh aku kerana cinta kau