Monday, September 19, 2011

kawin sudah...

weeeeeettttt....wwwweeeeeeetttt...
saya dengan bangga hati dan kembang hidung mengumumkan bahawa kami telah selamat menjadi sepasang suami isteri pada 9 Julai 2011 yang dah lama lepas. disebabkan aku kawin so bolehlah aku watkan aku bz nak kawin sebagai alasan aku tak update blog berabad lamanya.. ops lupa pulak nak wish.. selamat hari raya kepada semua kengkawan yang mengikuti blog ni. sekarang ni dah jadi isteri orang dah lain pulak gaya hidup..
tapi aku takmo erita dulu pasal kehidupan aku sebagai bini orang. aku nak bagi korang layan dulu gambar aku masa pernikahan, malam berinai dan sanding.. layan....


ini gambar kami pas nikah..muka hepi tak hengat


malam berinai..sila abaikan dagu yang berlapis seperti kuih lapis itu ya..


bersama rakan terchenta..thanks kawan-kawan sebab datang dari jauuuuuhh...

Tuesday, February 22, 2011

kelamaan kesungguhan..ing. awal

dah lama sungguh tak update blog ni.. bukan sebab pe.. ketiadaan masa dan internet.. sejak format laptop ni nak guna wireless free pun dah takleh. nak kena g register tapi disebabkan malas melampau aku biakan je. sampai member2 pun ada tanya mana menghilang. rileks semua.. aku masih di sini..cheewah!

disebabkan lama dah tak update dah tentulah banyak menda nak diceritakan. betul tak kawan-kawan?ceciter..ceciter.. kami dah jumpa rumah yang kami impikan! yaiy! dengan berbekalkan kesabaran dan mudah.my akhirnya dapat gak kami umah macam yang dikehendaki. rumah teres 2 tingkat dengan harga yang berbaloi-baloi.. walaupun hanya menyewa tapi rasa sangat gembira hokkay.. takpe.. mula-mula kita menyewa dulu.. nati ada rezeki kita beli pula.. betul tak incik shaffiq.. wink!!

kegembiraan bersambung dengan aku berjaya menyiapkan projek menjahit langsir rumah. ye.. sekarang baru aku tahu kenapa upah membuat langsir mahal nak termampus.. memang penat dan rumit kerjanya walaupun setakat nak jahit lurus.. 4 hari aku memotong n menjahit langsir rumah tu.. rasa berterima kasih kepada bonda tersayang sebab selama ni menjahit langsir rumah tanpa rasa penat. sekarang ni pun dia tengah menjahit langsir untuk kenduri kawin aku nanti..huhu...

bercerita tentang kenduri kawin.. mak aku dah tempat katering.. awal hokkay.. inilah dikatakan semangat..haahaa..tapi tak kisahlah.. yang penting dia cakap murah dan berbaloi.. berapa banyak berbaloi da..

sekarang aku dah dapat mengajar tusyen 2 orang budak lagi. Alhamdulillah.. rezeki.. dapat gak nak menyimpan n membantu incik shaffiq pe yang boleh.. nak pindah rumah n duduk rumah baru memang banyak guna duit. baru sekarang aku tau.. walau pun mak dah offer cakap kalau nak duit mintak tapi kalau boleh kami tak mau mintak duit mak.. kamu cuba usaha sendiri..

excited nak masuk umah baru ni.. nanti aku update gambar umah baru kami dengan langsir yang kacak bergaya hokkay..daa...

p/s ~ trimas kat piah sebab bagi pinjam brodban dia..huhu

Monday, January 17, 2011

selamat tahun baru

woot..wooot..salam satu malaysia semua..walaupun tahun baru dah berakhir 17 hari yang lalu tapi kat sini aku tetap nak wat ucapan tahun baru..rasa lom terlambat lagi nak wish korang semua selamat tahun baru dan semoga apa yang korang plan akan menjadi kenyataan tahun baru ini..hehehe...

untuk pengetahuan sesiapa yang belom tahu, aku sudah selamat menjadi tunangan orang..aih..mestilah kepada incik kekasih hati..incik shaffiq bin sa'an..kami bertunang on krismas tahun lepas..wah..bila guna tahun lepas rasa cam dah lama pulak bertunang..Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan saksama walaupun ada berlaku sedikit ketidak puas hatian dengan tok sidang tempat aku..kerek nak termampus hokkay beliau..huhu..

memang ramai yang tak tahu akan pertunangan kami and bila kitorang upload gambar je terus member2 mesej cakap nape tak inform diorang..maafkan kami penunggu gua..eh..maafkan kami kengkawan..sebenarnya majlis pertunangan nak wat bulan 3 tapi disebabkan kekartunan mak aku dan mak incik kekasih maka majlis merisik ditukarkan kepada majlis bertunang. bukan takat mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat je yang terperanjat..kami tuan punya badan pun terkezut dengan berita kartun ni.. sebaik barang2 hantaran kitorang dah beli awal2 time sale aritu..yelah..nak jimat kena beli time sale..tips dari orang yang berpengalaman hokkay kawan2..harus diingati selalu..

keputusan untuk bertunang terus ni dibuat sebulan sebelum tarikh bertunang. kartun tak mak kami?hahaha...dan sebagai anak2 yang menurut perintah orang tua setuju jelah..sampai akak sepupu aku kata "korang ni kelakarlah..nak kawin tapi cam kena kawin paksa.."huhu..dapat korang bayangkan betapa menjadi superwomannya aku nak menyiapkan hantaran sebanyak 13 dulang itu? fisrt sekali g butik andaman tempah baju..try punya try mak aku kenan baju ni..dan sebagai anak mithali one more time ikutkan jelah...




inilah rupanya selepas dipakai ye kawan2..


rasa diri cam artis pulak bila orang amek gambar senggini..malu akak..muakakaka..

okeylah ye..disebabkan tenet lembap nak termamps nanti-nanti aku sambung upload gambar ye kawan-kawan..

akhir kata..kepada sesiapa yang nak bertunang tu aku nasihatkan korang rajin-rajinkan diri g survey butik andaman, cari mana yang kenan dan harga berpatutan..mintak kurang kalau boleh dan beli barang hantaran time sale..ini tips buat yang nak berjimat cermat..kalau korang rasa banyak duit abaikan jelah nasihat aku ni ye..tatata...

Thursday, October 21, 2010

cikgu tusyen..

sebenarnya dah agak lama aku memulakan kerjaya segabai guru tusyen ni..dah lebih kurang 3 bulan kalau tak silap aku.. mengajar student darjah tiga dan darjah lima subjek bahasa melayu.. BAHASA MELAYU hokkay.. akak ni memang power bab2 mengajar bahasa melayu ni ha.. so sebab terlalu power terpaksa membuka semula kitab2 lama yang dah berpasir di rumah tu..

mengajar budak-budak ni tak susah sebenarnya sebab diorang ni memang suka belajar. pelik aku budak-budak ni suka tusyen.. nampak sangat aku ni seorang cikgu yang berjaya..muakaka.. masa first dia nak UJIAN BULANAN.. hati rasa berdebar-debar.. mana taknya.. harapan mak dia memang terletak betul-betul di atas batu jemala patik ni ha.. dapat je result bahasa melayu dia meningkat. Alhamdulillah.. mak-mak dan anak-anak gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang diorang dapat..

yang darjah tiga tu memang minat menulis karangan so bab-bab menulis karangan ni dia dah agak power just nak menambahkan lagi KOSA KATA dan pemantapkan lagi penulisan dia.. yang darjah lima pula lemah dalam penulisan. tak minat penulisan katanya.. tatabahasa diorang agak lemah sikit sebab banyak perkataan yang mereka tak faham dan kadang kala tak pernah dengar..simpulan bahasa dan peribahasa lagilah.. so sebagai guru yang berWIBAWA, aku mengajar mereka simpulan bahasa dan peribahasa..

ni dah nak periksa penggal.. seminggu aku mengajar 3 kali.. masyuk sikitlah tapi pasni dah takda tusyen sebab dah cuti sekolah.. huhu.. so kepada sesiapa yang nak menyekolahkan anak mereka sila-silalah hubungi aku ok..

p/s:
ya..saya mengaku bahasa melayu saja semakin meningkat sejak mengajar bahasa ini..
akhir kata martabatkan bahasa kita..

Friday, October 8, 2010

teater tun mahathir..

sori ye kengkawan sebab sudah agak lama tidak mengupdatekan diri. bukan apa.. agak busy sekarang ni.. terlalu banyak perancangan yang dibuat di awal dan akhir minit. cam biasalah.. round2 mencari masalah dan cerita terhangat malaya..

ni nak cerita pasal hari rabu yang lepas tanggal 6 haribulan 10 tahun 2010 aku dan incik kekasih telah menghadirkan diri ke Istana Budaya untuk menonton teater Tun Mahathir Mohamad. sekarang ni agak addicted menonton teater sejak tertonton teater muzikal cuci dua bulan yang lepas. kalau mengikut perancangan awal, tontonan kami disertai oleh Mr. Aizat Akmal tetapi beliau terpaksa menarik diri di saat akhir sebab tak dilepaskan pergi oleh bos kesayangan, maka terpaksalah aku dan incik kekasih bermesra-mesra bersua sahaja bak kata penyanyi indon tu berdua lebih baik..

perjalanan dimulakan dengan lafaz bismillah tepat jam 6.30 petang. stuck di Kota Damansara je sampai jam 7.15 petang. kami tiba di IB pada jam 8 malam.setelah menunaikan apa yang perlu kitorang makan di cafe IB tu. incik kekasih makan bihun goreng yang menjadi igauan beliau sejak akhir2 ini..

tepat jam 8.30 malam teater bermula. memang ramai orang pada malam tu. penung IB tu. masa cuci the muzical taklah seramai ni. mungkin sebab harga tiket yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga tiket cuci dulu. cerita sangat best. perjalanan cerita doselang seli dengan lagu. tapi yang tak best sangat ialah masa muzical tu diorang miming je. tak nyanyi live except misha omar.. macam agak terkilan di situ tapi so far cerita dan jalan penceritaan sangat menarik..

teater abis kul 11.30 malam dan cam biasa kitorang menjadi orang terakhir mengambil autograph artis yang berlakon. bukan pe..kalau jadi orang terakhir ni best sikit sebab takda orang nak kecoh-kecoh suh kita cepat. huhu..

sempat gak bergambar dengan artis yang berlakon. kat sini aku tepek 3 keping gambar je...nanti aku tepek banyak2 lagi hokkay..


tun mahathir..memang jadi gila dia berlakon sebagai tun mahathir..tabik spring!!!


datin siti hasmah..erra punya lakonan memang takleh dipertikaikan..


zizan nin!!!wwwoooott...wwwwooooooooooottt.....

Sunday, October 3, 2010

mahu kurus..

ya..saya mahu kurus!!hahaha.. impian untuk bulan ini ialah kuruskan badan sehingga menjadi seperti nasha aziz.. walopun mendapat banyak kutukan yang tidak memberangsangkan tapi itu semua aku anggap sebagai pemangkin ke arah kekurusan aku.. voleh?

rasa seperti mahu keluar berjalan-jalan tetapi teman baik cik sri telah memulakan kerja beliau hari ini. aku harap ko mampu bertahan bekerja kat sana hokkay.. kalau ada masa akak g melawat ko nyah.. sila bagi diskaun kalau akak data hokkay.. hahaha..

ok..mahu bersenam..wah!hehehe..

renung-renungkan dan selamat beramal..

Thursday, September 30, 2010

hey gadis..

pagi yang gelap kini sudah terang...la..la..la...camne lagu ni bleh berkumandang diruang legar otak aku pun aku tak berapa mahu pasti. sebenarnya mud hari ini agak baik sebab telah berjaya bangun dengan kadaar yang paling lambat.cukup tidur aku untuk malam tadi. tapi ada berita yang tak berapa mahu best sebab bangun-bangun tidur dengar pengumuman mengatakan bekalan air takda selama sehari untuk hari ini. aku pun apa lagi.. bangun dan bergegas ke bilik air? sudah semestinya tidak.. kalau korang bayangkan aku begitu maknanya korang lom kenal aku siapa.. muakakaka..

berita ketiadaan air telah disebarkan kepada jiran tetangga yang aku kompom-kompom tak tahu akan perihal tersebut. tidak lain dan tidak bukan cik seri hanna. dan seperti yang dijangka memang beliau tak tahu hari ni takda air. ko patut berterima kasih kat aku hokkay seri.. kalau tak, ada yang berak takl cebok petang nanti..huhu...

oklah.. sampai sini dulu.. kepelikkan melanda jiwa ni.. orang dah buat pengumuman pasal takda air harini tapi still ada orang yang membasuh baju ditandas. patutnya jimat-jimat lah air untuk pakai mandi n bersuci nanti..tak paham betul..pe pikiran korang?

mata hampir tertutup

entry kali ni tajuk still berkanaan dengan mata. motip? takda motip tertentu.. eh sukati akulah nak wat tajuk pe..ko susah hati pahal? wah!ayat seperti seorang gengster. bukan apa.. oksigen tak sampai ke otak lagi dah ni.. mata sudah mengantuk teramat sangat. kesimpulan yang dapat dibuat di sini.. jangan minum old town kopi putih di malam hari lebih-lebih lagi esoknya korang dah ada plan nak berjalan seharian and jangan dengar sangat pendapat member korang sebab selapas apa yang terjadi beliau akan enggan bertanggung jawap..

entry ni takleh nak taip panjang-panjang sebab sangat mengantuk hokkay..nanti isok aku cerita pasal pengalaman mengambil ahli geng bas sekolah yang mahu konvo ujung minggu ni..

Wednesday, September 29, 2010

mata dah ngantuk tapi hati mahu main..

"mata dah ngantuk tapi hati mahu main" nilah ayat feberet mak aku time aku and adik aku kecik-kecik dulu.. kalau mata dah kuyu n merah-merah tapi masih ligat berlari sekeliling rumah kompom akan kedengaran mak aku mengeluarkan kata-kata seperti di atas. sekarang aku rasa masih boleh diaplikasikan lagi pepatah mak aku ni..

mulut dah menguap-nguap tapi mata masih enggan tutup. terima kasih kepada pak cik ld Town sebab memberikan saya tenaga untuk tidak tidur pada malam ini walopun takda sedikit pun niat untuk tidak tidur.. oh..lupa mahu mengucapkan terima kasih kat kawan @ geng bas metro i dulu cik sri hanna sebab telah berjaya mengeluarkan wang untuk membelanja kawannya yang terchenta ni..lain kali belanja lagi ye. beliau dah menyuarakan kesanggupan beliau untuk membelanja aku jika beliau berjalan mendapatkan pekerjaan sementara di KLCC. jangan ko..mintak keje kat KLCC..vas gitew..haha..

rasa hati seperti mahu berlari setempat sudah ni. agak-agaknya kalau aku melompat di pagi hari ni ada orang marah tak? haha.. kegembiraan lebih kepada dibuat-buat sebab kepala sudah merasa sedikit bingung..mungkin kesan dari kopi tadi.memang terbaiklah..

oh ya..aku sudah menukar nama blog dan lay out blog ni supaya tidak jemu mata memandang.. tapi bak kata puan moli..kalau tak hapdet takda gunanya..muakaka... pasni saya akan lebih rajin mengupdate blog saya ini hokkay..

untuk entry kali ni aku nak bagi satu pertanyaan untuk renungan bersama.."kenapa nak menipu sedangkan lambat laun akan terbongkar jugak?"

akhir kata...renung-renungkan dan korang fikirlah sendiri..challow babeh..

hujan...

entry kali ni aku bagi tajuk hujan.. bukan sebab apa, sekarang ni tiap-tiap hari hujan. kalau tak pagi kompom petang hujan. nak jemur baju, jemur dalam bilik jelah.. karang kalau g kelas hujan tak pasal-pasal baju yang dah separa kering basah kembali. bukan takat basah je..lencun hokkay.. hari ni nasib baik dah sampai bilik baru hujan turut. turun dengan lebatnya pulak tu.. kepala sedang memikirkan camnalah keadaan cik sri hanna yang interview di KLCC petang tadi. mahu telepon beliau tapi malas sebab sekarang mahu berjimat. wuwuwuw...

malam ni nak sambung buat EAP yang dari aritu lech mintak draft dia. sangat malas sampai tak terbuat. bak kata sir bukan malas tapi penat. nak buat tapi penat.. sir.. u are the best ar..cam sangat memahami perasaan student beliau.. ntah-ntah dulu dia pun tambah tolah darap bahagi cam aku gak kot malas dia. haha..

dalam kelas Communication engineering tadi sempat berangan dan membuat sedikit kajian mengenai belanjawan untuk berkahwin. bukan pe..bila dengar sepupu yang bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan sedang mencatu bajet aku pun dah naik seram. bak kata dia, duit ada 13 ribu pun belum tentu cukup..wooot..wooot... gila ah.. berapa bajet kawin korang eik? boleh share kat sini tak? sementara ni yang aku dah dapat anggaran bagi pihak wanita jelah.. pihak lelaki nanti aku kena tanya incik kekasih sebab itu beliau yang buat.. so far anggaran aku..

barang hantaran (aku pukul rata 1 hantaran dalam rm150) x 7 = rm1050
kad jemputan (RM0.50) x 1000 = rm500
bunga telur / survenior (RM1) x 1000 = rm1000
tukang amek gambo (amek member n share dengan incik kekasih ) = rm1000
ni je dah total rm3550..

andaman n pelamin n baju pengantin aku tak tau lagi berapa hengget..


paling-paling koman mesti ada rm7-10k ni nak kawin..kena makan masa 1 tahun nak ngompol duit banyak tu..huhu..cam terfikir kenapa tak buat kecil-kecilan je? tapi mak dah pesan.. kawin hanya sekali.. kena buat betul-betul..ye ke?

apa-apa pun yang baik jadikan amalan, yang buruk korang pikirlah sendiri..dadaaaaa..

Monday, September 27, 2010

lupa janji...

ya...aku mengaku kesalahan aku yang lupa pada janji aku untuk menulis blog ni setiap hari..mintak ampun dan maaf k uols..di hari raya ni tak baik marah-marah hokkay.. hahaha..so far takda menda yang menarik yang berlaku sepanjang ketiadaan aku kat blog ni.. kehidupan dilalui seperti biasa.. oh lupa mahu beritahu.. hujung minggu ni ada konvo kat UIA. kamal n natrah akan konvo pada tahun ini.. tahniah ye korang. hope nat dapat amek sijil time tu sebab dia punya due date nak beranak 10 hb. amek ko..jangan terberanak atas pentas sudah.. terpaksa bagi anak nurkonvo or mohd konvo nanti..ko jangan..

dalam hati tengah berkira-kira..ada ke orang kira dalam hati?orang kira menggunakan otak yang waraslah cik sheeda oi..sila faham konsep.. oh terlupa satu lagi perkara. tahniah gak pada incik aizat sebab dah terkonvo tahun ni.. penantian dah berakhir dah buat beliau.. pasni boleh potostate banyak2 sijil tu.. g cari kerja baru..aku dah tak sanggup mendengar keluhan hati ko tu dah hokkay..

berbalik pada hal berkira-kira ni.. aku sedang mengira budget untuk bunga kawan2 seperjuangan aku ni. cik sri hanna dah bersetuju untuk berkongsi tenaga dan wang untuk membeli bunga kepada kengkawan yang berkenaan..ya..sila bersyukur dengan apa yang bakal korang dapat ye kawan-kawan..haha..

oklah..mahu belajar..renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, September 21, 2010

setahun sekali..

sebab pe aku bagi title setahun sekali ni?aku bukan nak wat entry pasal raya yang orang cakap setahun hanya sekali..rayakan setahun ada dua kali.. raya puasa n raya haji.. so salah pendapat anda itu..

tajuk ini adalah kerana aku yakni tuan tanah kedaung blog ni sangat jarang mengupdate blog aku ni.. kalau rumah, bukan takat bersawang je dah ni.. ini dah tahan jin dah dok beranak pinak dalam rumah.. fakta.. tahukah anda bila anada meninggalkan rumah atau kediaman selama 3 hari..ya.. hanya tiga hari.. jin yakni makhluk halus akan mula mendiami rumah anda.. sebab tulah bila masuk rumah yang agak lama ditinggalkan kita digalakkan memberi salam... bukan pe.. untuk memberi isyarat kepada makhluk2 ALLAH yang lain bahawa kita akan memasuki kawasan mereka.. jadi bagilah salam hokkay..

ok cukup dengan fakta seciput tu.. aku ada banyak nak cerita sebenarnya tapi perasaan utnuk menulis blog tiada.bila baca blog-blog orang lain cam best pulak. boleh? bila baca blog orang mulalah perasaan untuk menulis blog berkobar-kobar. nak-nak plak sekarang ni tenet di bilik agak kencang perjalanannya.. ya..maafkan bahasa saya yang agak tunggang-langgang..

ok lah..malam ni ada mengajar..mahu membaca buku karangan terlebih dahulu supaya guru nampak lagi hebat dari murid..huhu..daaa..

Sunday, July 18, 2010

tada...

hello semua...jangan terkejut sbb i dah lama tak update mi blog kan? sebenarnya takda cerita best yang nak ceritakan sangat. rasa malas semakin melampa sekarang ni. rutin seperti biaa.. kelas harus d hadiri.. Alhamdulillah... dapat gak add english at last.. kira berbaloi gak ar aku g serang CELPAD pagi2 buta.. adakah pagi itu buta?aku pun tak tahu kenapa pagi dipanggil begitu walaupun ternyata dia tak bersalah..

semalam aku dan incik kekasih pergi ke ladang UPM untuk mengambil gambar.. aku dengan puan moli berposing bagai nak rak walo pun incik kekasih sebenarnya amek gambar pemandangan sahaja.. penat kami berposing hokkay..model amaturlah katakan... siap amek gambar dengan lembu2 ternakan UPM lagi.. muka tukang amek gambar pucat lesi walopun puan moli yang berada berdekatang dengan lembu berkenaan.. sesi amek gambar bersama lembu terpaksa dihentikan sebab lembu2 tu macam nak serang kitorang je..

balik dari ladang smpat nyinggah umah puan moli..makan2 n semayang jap terus zusss ke karaoke yang berdekatan.. kagum sebentar mendengar suara incik suami moli sebab tak sangka beliau boleh menarik suara beliau sebegitu rupa.. sungguh ku tak sangka..tapi cam tak puas je sebab RM18 untuk 1 jam. dahlah bilik panas..bak kata budak yang jaga kat situ.."ekon ni panas sikit sebab kitorang tak tukar lagi.." pastu aku tanya.."dik..pintu tu memang takleh tutup rapat ke?" beliau menjawap"pintu ni memang takleh rapat sebab kitorang tak tukar lagi.." bape banyak benda korang tak tukar lagi da...

rasa tak puas hati sangat sebab rasa nyanyi jap je.dah biasa nyanyi kat sogo 3 jam baru rm9 so rasa cam tak berbaloi je rm18 untuk sejam.. tapi tak kesahlah janji enjoy kata orang muda2..balik sempat singgah pasar borong selangor g kedai amy(nadia) budak bilik aku masa kat teknik dulu.. niat nak berkenalan ngan anak dia sebab moli kata anak dia comel tersangat tapi budak comel tu tidor.. so dapat tengok muka je..memang cute... bila balik baru tahu yang umah moli n kota damansara ni dekat je sebenarnya..lalu LDP..masuk susur serdang kajang..pastu amek susur ke umah dia.. so dekat..nanti boleh datang lagi..tol rm3.20..

oklah sampai sini dulu..nak tengok gambar2 kami tengok kat facebook i hokkay..malas nak up kat sini sebab malas nak ejas2 gambar dia.. take care..dadaaaa....

Thursday, July 8, 2010

update

sudah lama tidak mengupdate blog ni.. kalau boleh bersawang memang dah beratus ribu labah-labah bertapak kat blog aku ni.. ni pun update atas pertanyaan moli.. ye puan moli.. saya update sekarang ye..

banyak perkara n aktiviti yang dah beraya kami lakukan sepanjang ketidak'update'an blog aku ni.. kalau mak budak yang ku ajar tusyen baca blog aku ni kompom dia was-was..oh ya..aku sekarang dah start mengaar tusyen.. subect? bahasa melayu, english n math. budak standard 3 and 5. kira oklah kan..

ok.. sekarang untuk entry ni aku nak cerita pasal pengembaraan geng bas sekolah ke bukit broga. dimanakah letaknya bukit broga tersebut?bukit tersebut terletak di daerah Kaang ye kawan-kawan.. dah lama kitorang merancang untuk menakluki puncak bukit tersebut sebab member cakap cantik pemandangan dari atas puncak.. dapat tengok pemandangan matahari terbit.. dikaburi dengan kabar-kabar nagin dari pihak kawan-kawan perjalanan kami bermula..

journey kitorang bermula pada jam 6 petang kalau tak salah aku.. mula-mula aku, piah n incik shaffiq ke pasar malam paya jaras untuk mencari ikan yang dipesan oleh ibunda beliau..(nama ikan tu aku dah terlupa. maafkan nenek yang dah tua ni ye..) pencarian kami berakhir dengan kekeciwaan sebab takda ikan yang dicari.. beli cendawan goreng n tembikai.(incik shaffiq baru beli blender so dia sekarang sangat teruja untuk membuat air jus buah-buahan)

sekembali dari pasar malam kami berkumpul.(rumah cik shaffiq dijadikan markas untuk kami cas tenaga yakni makan n minum) lepas tu gerak g funfair n main game dart sampai dapat 2 biik bantal love n 2 ketul bear. sempat gak aku n incik fatah menaiki sebuah permainan yang berjaya membuatkan kami sakit bahu dan pungkok. dah abis labur duit kat funfair kitorang meneruskan perjalanan mencari downtown cheras. dengan berbekalkan google map(hp cik shaffiq) n gps piah, kami berjaya menyesatkan diri.. pastu berenti tanya kat kakak yang jual burger tepi jalan dan beliau telah menunjukkan kami jalan ke arah kesesattan.. bak kata fatah.."akak tu cakap u turn pastu jalan terus je. nampak balai polis pun terus je." at last kitorang mendapatkan pertolongan dari sepupuku terchenta. kul 10 malam sampai sana..jalan2 ushar baju n kasut. aku ,piah n cik syu sempat berinai besar gak kat sana. hasil dari situ fatah dapat 2 pasang kasut n satu lampu picit. cik shaffiq dapat lampu picit, piah dapat beg lappy yang diidamkan, syu dapat selai t shirt n legging dan aku? aku tak beli pe2 pun.. takda budget..hahaa..

kul 2 pagi gerak g kg bnaru amek incik piji @ photographer kami. sampai kota damansara kul 3 pagi. minum2 isi perut kat mcD kota pastu balik dengan kadar yang paling menggelupur. turun balik kul 4 and terus bergerak ke tempat yang diidamkan. aku dah rasa cam tak sedap hati and dah bagi cadangan untuk tidak meneruskan aktiviti tapi cadangan aku ditolak. kali ni aku drive dari damansara sampai bukit broga. sampai kat sana am menunjukkan kul 530. kami ber6 memulakan perjalanan dengan lafaz bismillah. belum sampai level pertama hujan turun ngan lebatnya hokkay. basah kuyup. yang pompuan semuya dah berpayung. aku dah siap tersemput2 nak naik ke atas tu. takda stamina dah(dah tua katakan)sampai cek poin 1 @ puncak pertama kitorang lepak jap. ramai gak dah samapi kat situ time tu. bila hujan cam dah reda perjalanan diteruskan. dengan kaki n badan yang menggegel2 akak naik gak nyah... setiap puncak kitorang berenti minum n rehat. nak naik ke puncak terakhir yang paling mencabar. time tu hari cam dah terang sikit so kitong gagahkan diri panjat batu2 menggunakan tapi semua.. sampai kat puncak tunggu mathari terbit.. sekali matahari tak nampak sebab hari hujan.. turun dengan kadar paling segera sebab memasing dah nak terkucil tapi ku tahan jebat. sempat gak posing2 on the way turun.. aku pun sempat gak tergelincir sebab tanah sangat licin n curam..

sampai tak bawah dalam kul9 lebih n masa tu dah ramai yang baru nak naik. nasihat aku pasa sesiapa yang nak naik bukit broga tu sila tonton ramalan kaji cuaca seblom gerak dari rumah..

Sunday, May 30, 2010

opinion?

can't help but thinking that when people ask for an opinion do the really want for opinion or they just asking? why bother to ask for other opinion when you had made your decision? i think from now on I will reserve my opinion. you want for an opinion? they come with the price..

Tuesday, May 11, 2010

akhirnya...

okey kawan-kawan..sila keji aku sebab aku dah lama tak update blog aku ni. kalau umah aku rasa dah berpenunggu dah kot. bukan sebab takda idea tapi sebab dasar kemalasan yang melampaui batas-batasan manuasia menyebabkan hal ini berlaku. okey fine.. sekarang aku dah ketiadaan idea.

sebenarnya banyak perkara yang dah terjadi sepanjang ketiadaan aku di blog ini ye. untuk mengetahui perkempangan terbaru aku sila lah rajin2 cek facebook aku sebab aku malas nak upload gambar di sini.

betul ke kata orang love can hurt you? wah! kecek orang putih ar plak. dalam bahasa ibundanye cinta or sayang bleh menyakitkan? menyakitkan dari segi apa? adakan si cinta or si sayang itu boleh menoreh muka anada? boleh menumbuk anda selaju 320km/j? tidak ye kawan-kawan.. dalam konteks ini menyakitkan lebih kepada melukakan hati. bagi pendapat aku memang agak betullah. yelah, walopun cam kami tak bergaduh sangat tapi kadang2 sentap tu berlaku gak. lebih2 lagi incik shaffiq tu suka menyakitkan hati aku. ini telah diakui oleh adik aku sendiri hokkay.. kalau tak caya tanya piah!

okey.. nak citer pasal menda lain plak. adakah kita seorang yang kejam kalau kita gembira dengan ketidak-gembiraan orang lain? bagi akulahkan, aku rasa tak kot. tapi persoalan tu sering keluar kat kepala hotak aku ni. sebagai contoh eik. cik seri hanna baru saja mengalami kerosakkan pada laptop beliau dan aku gembira. motip? sebab pasni aku bleh bawak dia makan or berjalan kemana saja sebab beliau dah takda aktiviti lain. haha.. keji tak? ampun ye cik seri... adakan ini menunjukkan aku seorang yang kejam? tidak! sebab bukan aku pun yang mendoakan kerosakkan laptop beliau. laptop tu yang nak rosak. so?

okeylah.. sampai sini dulu. kepala pun agak kepeningan. perut pun agak kesakitan. chow! renung2kan dan selamat beramal...~~

Tuesday, April 20, 2010

Bitter heart of mine

mesti korang pelik apsal aku ni tak tido2 lagi walo pn jam dah tunjuk kul 335 pagi dah ni.. Mata tak ngntuk d tambah pulak dengan rasa sakit hati so inilah hasilnya.sementara menanti hidangan makanan larut malam@pagi aku ni,aku pun taip blog.bagi gembira sikit hati cik sri hanna tu sebab dapat baca blog terbaru dari aku ni.
Why can't I just care less? Is it worth it to cry? These are 2 questions yang ada dalam pala hotak aku sekarang ni. Aku rasa pasni aku akan cuba untuk menjadi seorang yg sangat care less so people..don't bother to update with me coz i just don't care.. Bleh tak camtu?
Kelaparan makin memuncak ni.bila breakfast meal akan bermula? Cepatlah kul 4. Aku teringin nak makan mc muffin ni..
Okeylah people.. Don't try to make other people happy coz they don't make u happy n take care of yourself coz nobody cares..
mc muffin...tggu aku datang..daaaa...

Wednesday, April 7, 2010

sudah abes kesemuanya...

hahahaha...bia aku gelak dengan gembira...exam final dah abes untuk semester ini.. hope semua result with flying colors ar.. jangan kena flying kick sudah.. ok sekarang saya sudah boleh berlagak dengan seri sebab dia berlagak ngan aku aritu. eleh.. abis 2 hari lebih awal pun nak berlagak ke? ada aku kesah? yang penting exam aku abis d hari terakhir final day.. yaaa...memang terbaik lecturer aku pilih time exam.

ingatkan pas exam nak terus balik tiba-tiba cik shaffiq selaku pengambil aku d kelana jaya mengatakan beliau ada hal untuk seketika. wah! seketika hokkay kawan-kawan..so aku pun mengambil keputusan untuk lepak kat lab ni jelah seketika. diulangi seketika je hokkay...

bahu rasa sakit gile ni bukan sebab saya gila akan tetapi sebab aku bawak banyak barang kot pagi tadi. kena kosongkan bilik adalah satu perkara wajib untuk sem ini hokkay.. walaupun dah 2 kali mengangkut barang untuk dibawa pulang, still ada lagi cam banyak yang tinggal.aku pun pelik.. manalah datang barang-barang yang bertimbun-timbun kat bilik aku tu. penuhlah si kacak(kancil MAQ) aku tu dengan barang-barang tuan dia yang bukan sedikit. sampai penuh sit belakang. tu belum cita yang dah bawak naik rumah sapiah yang tinggi melangit tu. setelah dihitung dan dikira, ada 8 kotak barang2 aku. 3 kotak baju, 4 kotak buku dan 1 kotak printer.banyak tak kawan2? banyakkan... hahahaha...

okeylah. nak balik rumah dah ni. dah lama tak tulis blog cam kekeringan idea je aku dah ni. perasan tak cik shaffiq dah lama tak update blog ni? takpe.. nanti aku akan paksa rela dia update selalu..

sampai nanti (till then)..daaa~~~~

Friday, March 26, 2010

Debaran kian ketara

Wa..tajuk kemain hebat.bukan pe.aku kat tempat kejadian d mana aku akn final jap lagi.exam kul 230 tapi kul 1230 aku dh smpai.awl gitu.ciri2 pelajar cemerlang mesti ada hokkay..nebes dah mula terasa.dari tak da orang smpai bdak2 dah ada ni. Tak pe.. Usaha telah d lakukan.yang lain hanya tinggal tawakal.moga d mudahkn final aku ni.amin

Saturday, March 13, 2010

kenapa saya suka balik rumah?

kali ni aku nak memblog pasal kenapa aku suka balik umah aku. sape yang tak suka balik ke rumah sila angkat tangan. seriusly aku tersangat pelik dengan manusia yang tak suka balik ke rumah. walopun umah aku agak jauh yakni di melaka bandaraya bersejarah terchenta, aku akan pastikan every 2 weeks mesti balik ke umah. kalau dulu balik nek bas, kini atas kebaik hatian abah aku (setelah digoda2 oleh anak dia yang sorang ni) aku telah diberi sekeping kereta kancil. tu pun sebab abah aku dah beli keta baru. dari dia wat koleksi letak kat umah keta kancil ni baik bagi kat anak terchenta dia ni. huhu..
so kat bawah ni aku senaraikan sebab2 aku suka balik umah aku beserta gambar gajah sekali. sebarang pertanyaan tidak akan dilayan hokkay...

ini sebab utama aku suka balik umah. bukan sebab sofa merah tu tapi sebab makhluk atas sofa tu. adik aku yang paling suka dibuli oleh kakak2 dan abang beliau.. i lap u adik!! hahaha...
karaoke!! hahaha.. sila abaikan makhluk yang sedang menyanyi ini ya.. kat umah aku bleh menyanyi dan menyanyi tanpa perlu berkongsi mic dengan sesiapa (exspecially kamal yang gila karok) hahaha..

bilik pink aku..sila abaikan kesemakkan bilik ini..nampak bola biru itu? itulah bola yang digunakan untuk eksesais perut.(kata mak aku bukan aku).. nampak ekon di atas katil itu? ekon tu baru pasang tu..sebab pemanasan global sekarang mak aku pasangkan ekon sebijik kat bilik anak dara terchenta beliau.. anak teruna dilarang masuk sebab nanti demam hokkay... dah yang warna pink disebelah kiri gambar adalah sauna.. ya kawan2 umah aku ada sauna.. adalah sebulan sekali aku bersauna. panas gile hokkay...
kebun getah belakang umah.. korang percaya tak ni adalah gambar kebun getah belakang umah aku? cantikkan? redup mata memandang.. hahaha..

dan sebab utama aku suka balik umah aku ialah sebab ia umah aku.. kalau umah korang aku tak suka..